6 Ogos merupakan hari ke-218 (hari ke-219 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 147 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
- 1538 - Konkuistador Sepanyol Gonzalo Jiménez de Quesada mengasaskan petempatan Eropah di tempat yang hari ini ialah Bogotá, Colombia.
- 1806 - Empayar Suci Rom berakhir apabila Maharaja terakhirnya Francis II turun takhta selepas tamatnya Perang Pakatan Ketiga.
- 1890 - Di New York, A.S., William Kemmler menjadi orang pertama menjalani hukuman mati dengan kerusi elektrik.
- 1945 - Perang Dunia Kedua: Pesawat B-29 Superfortress Tentera Udara A.S. Enola Gay menjatuhkan sebutir bom atom bernama Little Boy (gambar) di atas bandar Hiroshima, Jepun yang membunuh sehingga 140,000 orang.
- 1966 - Syeikh Zayed bin Sultan Al Nahyan menjadi amir dan pemerintah Abu Dhabi, mewarisi abangnya Shakhbut bin Sultan Al Nahyan.
- 1991 - Tim Berners-Lee (gambar) mencadangkan satu sistem dokumen hiperteks yang bersambung yang boleh dicapai melalui Internet, dipanggil "World Wide Web".
- 2008 - Presiden Mauritania Sidi Ould Cheikh Abdallahi digulingkan oleh sekumpulan jeneral yang dipecatnya beberapa jam sebelum itu.
- 2009 - 13 tahun selepas memutuskan hubungan diplomatik, Presiden Republik Demokratik Congo Joseph Kabila dan Presiden Rwanda Paul Kagame bertemu di Goma.
- 2011 - Taliban menembak jatuh sebuah helikopter CH-47 Chinook tentera A.S. di Wilayah Wardak, Afghanistan, mengorbankan kesemua 38 orang di dalamnya.
- 2012 - Perayau Curiosity Makmal Sains Marikh (gambar) NASA mendarat di Marikh.
- 2012 - Perdana Menteri Syria Riyad Farid Hijab berpaling tadah kepada pemberontak.