Makmal Sains Marikh
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Makmal Sains Marikh (bahasa Inggeris: Mars Science Laboratory; atau singkatannya MSL) adalah misi penerokaan Marikh oleh NASA menggunakan perayau bernama Curiosity.[7][8] MSL dilancarkan pada 26 November 2011, jam 10:02 EST[1][2] dan mendarat di Marikh di Kawah Gale pada 6 Ogos 2012, jam 05:14:39 UTC.[1] Ia membawa alat-alat sains untuk menganalisis tanah dan serbuk daripada batu-batan. Tujuannya menyiasat kebolehan Marikh untuk menyokong kehidupan. Komuniti antarabangsa membekalkan sebahagian alatannya.


Perayau Curiosity adalah lima kali lebih besar, dan memiliki alatan 10 kali lebih berat, daripada Misi Eksplorasi Perayau Spirit dan Opportunity yang membuat pendaratan pada 2004.[9] Perayau MSL dilancarkan oleh roket Atlas V 541.[3] MSL dijangka akan beroperasi untuk satu tahun Marikh (668 hari Marikh atau 686 hari Bumi), ia boleh menjelajah dengan jarak lebih jauh berbanding perayau Marikh lain.
Remove ads
Spesifikasi

MSL dijangka akan mempunyai berat 800 kg termasuk 65 kg alat-alat sains, berbanding dengan Perayau Penerokaan Marikh yang mempunyai berat 185 kg termasuk 5 kg alat-alat sains. MSL akan boleh memanjat melepasi objek berukuran 75 cm tinggi. Kelajuan maksimum dijangkakan sekitar 90 m sejam melalui panduan automatik, walaupun, kelajuan akan kira-kira 30 meter sejam, berdasarkan beberapa faktor seperti tahap kuasa, keadaan rupa bumi, gelinciran dan jarak penglihatan. MSL dijangka akan berjalan sejauh jarak minimum 6 km dalam misi dua tahunnya.
Remove ads
Video
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads
