From Wikipedia, the free encyclopedia
Ōtsuchi (大槌町 , Ōtsuchi-chō) ialah sebuah pekan yang terletak di Daerah Kamihei, Iwate, Jepun. Sejak tahun 1973, Universiti Tokyo mengendalikan sebuah makmal penyelidikan marin di Ōtsuchi yang dikenali sebagai Pusat Penyelidikan Pantai Antarabangsa yang diurus oleh Institut Penyelidikan Atmosfera dan Lautan.[2]
Ōtsuchi
大槌町 | |
---|---|
Koordinat: 39°21′29.7″N 141°53′58″E | |
Negara | Jepun |
Kawasan | Tōhoku |
Wilayah | Iwate |
Daerah | Kamihei |
Pentadbiran | |
• Datuk Bandar | Kozo Hirano |
Penduduk (31 Oktober 2018)[1] | |
• Jumlah | 11,956 |
Laman sesawang | https://www.town.otsuchi.iwate.jp/ |
Pada 11 Mac 2011, pekan ini dimusnahkan oleh sebuah gempa bumi bermagnitud 9.0 dan tsunami.[3] Tsunami itu membinasakan pelabuhan dan kawasan rendah, sementara kawasan tinggi pekan terselamat tetapi mengalami kemusnahan akibat gempa dan gempa susulan. Lebih kurang separuh kawasan pekan ditenggelami air tsunami.[4] Tsunami itu juga membinasakan semua kecuali 30 daripada 650 buah bot perikanan dan menghancurkan industri pertanian laut pekan.[5]
Ahli bomba pekan menutup 12 pintu air di tembok perintang tsunami pelabuhan itu secara manual, tetapi tembok itu tidak mampu menahan ombak gergasi itu. Lapan orang ahli bomba dilaporkan mati atau hilang. Setakat 31 Ogos 2011, 799 penduduk pekan ini disahkan mati, dan 608 lagi hilang,[6][7] iaitu 10% daripada sejumlah 16,000 orang penduduk pekan.[8]
Datuk Bandar pekan ketika itu, Koki Kato kali terakhir dilihat menghadiri mesyuarat keselamatan bersama para pegawai pekan pada hari Jumaat.[9] Mayatnya dijumpai pada Sabtu, 19 Mac, iaitu lapan hari selepas bencana.[10]
Kesemua stesen di bawah telah ditutup akibat sebahagian landasan menerima kerosakan besar daripada bencana gempa bumi pada 2011. Kawasan landasan tersebut sedang dibaiki dan akan diserahkan kepada Sanriku Railway pada 2019.[11]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.