Universiti Jepun From Wikipedia, the free encyclopedia
Universiti Tokyo (東京大学, Tōkyō Daigaku) atau Tōdai (東大) ialah sebuah universiti penyelidikan awam yang terletak di Bunkyō, Tokyo di Jepun yang ditubuhkan pada tahun 1877. Universiti ini biasanya diangkat sebagai salah satu universiti paling berprestij di Jepun.
東京大学 | |
Latin: Universitas Tociensis | |
Jenis | Awam |
---|---|
Ditubuhkan pada | 1877 |
Presiden | Junichi Hamada (濱田純一) |
Staf akademik | 2,429 sepenuh masa 175 separuh masa[1] |
Staf pentadbiran | 5,779 |
Pelajar | 27,654[2] |
Siswazah | 14,024 |
Ijazah/Sarjana | 13,630 |
Kedoktoran | 5,747 |
Pelajar lain | 755 pelajar penyelidikan |
Lokasi | , , |
Kampus | Urban |
Warna | Biru cair |
Olahraga | 46 pasukan |
Penggabungan | IARU, APRU, AEARU, AGS, BESETOHA |
Laman sesawang | u-tokyo.ac.jp |
Fail:UnivOfTokyo logo full.svg |
Universiti Tokyo memiliki 10 buah fakulti dengan kira-kira 27,000 orang mahasiswa, dengan lima buah kampus di Hongō, Komaba, Kashiwa, Shirokane dan Nakano.
Universiti Tokyo ditubuhkan oleh kerajaan zaman Meiji pada tahun 1877 dengan nama kini melalui penggabungan institusi-institusi perubatan terdahulu, pihak cendekiawan tradisional dan pengajian moden. Universiti ini kemudiannya bertukar nama kepada "Universiti Imperial" (帝國大學, Teikoku Daigaku) pada 1886 dan seterusnya kepada "Universiti Imperial Tokyo" (東京帝國大學, Tōkyō Teikoku Daigaku) pada 1897. Universiti ini bertukar nama sekali lagi kepada nama pada sekarang pada 1947, selepas Perang Dunia Kedua.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.