Remove ads
aliran utama dalam agama Hindu Dari Wikipedia, ensiklopedia bebas
Waisnawa (Sanskerta: वैष्णव धर्म ) merupakan aliran dalam Hindu, yang dalam proses pemujaannya lebih menitik beratkan pada pemujaan Wisnu (beserta awataranya) sebagai dewa tertinggi. Waisnawa merupakan keyakinan dan ajaran yang juga memiliki pelaksanaan kewajiban bagi penganutnya (dalam Hindu disebut dengan Bakti Yoga), yang mana kesemua ajaran tersebut didasarkan pada Veda dan susastra Purana seperti Bhagavad Gita, Isha Upanishad, serta Wisnu Purana dan Bhagavata Purana.[1]
Bagian dari seri tentang |
Waisnawa |
---|
Portal Hindu |
Aliran ini terbagi dalam beberapa golongan (sampradaya), yaitu: Sri Sampradaya (Waisnawa yang memuja Laksmi sebagai pasangan Wisnu), Brahma Sampradaya (Waisnawa yang memuja Wisnu secara eksklusif), Rudra Sampradaya (Waisnawa yang memuja Wisnu atau para awatara, seperti Kresna, Rama, Balarama, dan lain-lain), Kumara Sampradaya (Waisnawa yang memuja Caturkumara). Beberapa mazhab Waisnawa ini yang utama boleh dikelaskan seperti berikut.
Sri Sampradaya ini berasal Alwar merupakan guru-guru Vaisnava yang paling awal. Mereka berasal dari Tamil Nadu, India dan hidup antara kurun ke-2 hingga kurun ke-8 Masihi. Guru-guru mistikal ini terdiri daripada pelbagai kasta termasuk seorang wanita (Andal). Ajaran Alvar ialah bahawa Vishnu-Narayana ialah Tuhan Maha Esa dan Bhakti pada-Nya adalah jalan untuk mencapai Moksha. Mereka menerima Avatara atau Jelmaan Tuhan Wisnu seperti Rama dan Kresna. Mereka juga memberikan keutamaan kepada pemujaan ritual atau arca dengan kepercayaan kuat bahawa Tuhan menjelma dengan rupa halus dalam arca semasa pemujaan dan sembahyang.
Bagi Ramanuja, Brahman atau Isvara dalam Wedanta ialah Narayana (atau Maha Wisnu) yang sentiasa ditemani oleh Sri atau Lakshmi. Narayana mencipta atau mencerminkan dunia ini dengan Prakrti-Nya (sifat semulajadi) iaitu acit (benda bukan hidup) dan cit (benda hidup, roh individu). Narayana memelihara ciptaan-Nya dan pada akhir suatu zaman, menariknya kembali. Sri atau Lakshmi ialah pasangan-Nya dan penjelmaan kurniaan-Nya. Sri membantu seseorang mendapat apa yang dia mahu daripada Narayana, termasuk kebebasan. Bhakti atau iman pada kedua-dua Sri dan Wisnu-Narayana adalah penting untuk mendapat kebebasan. Oleh kerana Ramanuja memberikan kepentingan yang sama kepada Sri dengan Wisnu-Narayana, maka, sistemnya dikenali sebagai Sri Waisnawa.
Madhva (1238-1317 Masihi) ialah ahli filsuf Hindu yang memberikan Waisnawa suatu dasar yang kukuh dan menjadikannya sebuah agama yang popular dalam masyarakat. Filsafatnya dikenali sebagai Dwaita, boleh dirumuskan seperti berikut:
Daripada falsafah Bhakti ini wujud pelbagai perkara-perkara berkaitan seperti pemujaan ritual, menyanyikan lagu-lagu suci, juga kebangkitan gerakan Bhakti yang teratur.
Filsafat Nimbarka (turun ke-12 Masihi) dikenali sebagai Dwaitadwaita. Tuhan atau Parabrahman ialah Sri Kresna, iaitu realiti bebas yang agung. Jivatman atau roh individu adalah tidak terkira dan bersaiz atom. Prakrti ialah benda bukan hidup yang melahirkan dunia ini. Jiva dan Prakrti adalah realiti yang bergantung pada Parabrahman dan tidak boleh dipisahkan daripada Parabrahman. Perhubungan ini adalah seperti perhubungan antara ombak dan laut atau matahari dengan cahayanya.
Bhakti pada Sri Kresna dan Srimati Radharani, berserah pada Mereka dan mematuhi guru rohani adalah jalan untuk mencapai kebebasan. Nimbarka juga adalah orang pertama yang memperkenalkan Srimati Radharani sebagai Sakti-Kresna atau pasangan-Nya.
Ramanandi Sampradaya dikenal pula dengan sebutan "Ramayat" adalah suatu cabang dari Sri sampradaya. Gerakan ini berjaya menyebarkan Vaishnavisme dengan menjadikan Sri Rama sebagai Tuhan Maha Esa. Pendirinya, Ramananda telah menjadi seorang rahib menurut tradisi Ramanuja. Namun, selepas itu, Ramananda telah tercicir daripada Sri Waisnawa oleh Ramanuja dan memulakan gerakan Bhakti pada Sri Rama. Menurut Ramananda, Bhakti pada Sri Rama adalah jalan untuk mencapai Mukti. Gerakannya juga menerima pengikut daripada semua kasta tanpa sekatan.
Antara pengikut-pengikutnya yang terkenal ialah Kabirdas, Sena, seorang tukang gunting rambut dari Maharashtra, dan Padmavati, seorang wanita. Tulsidas (1532-1623 Masihi) juga adalah seorang pengikut gerakan ini.
Antara pemimpin-pemimpin gerakan Bhakti pada zaman pertengahan, Kabir (1440-1518 Masihi), dikatakan seorang Muslim, adalah seorang pengikut Ramananda. Gerakan ini menyebarkan kepercayaan dan iman pada Sri Rama dengan mengetepikan pelbagai amalan masyarakat. Dengan peredaran masa, pengikut-pengikutnya membentuk suatu kultus berasingan atas namanya sendiri sebagai Kabirpanthis.
Wallabha (1473-1531), acarya dari Rudra Sampradaya, berasal dari negeri Telugu (Andhra Pradesh), kemudian, beliau berpindah ke Vrindavan. Beliau mengikuti filsafat Shuddha adwaita. Wallabha mengajar cara mudah penyembahan dan penyerahan diri sepenuhnya kepada Sri Kresna. Beliau juga menerima pengikut daripada semua kasta dan agama. Pengikut-pengikutnya membina kuil-kuil Krishna dan menyebarkan agama mereka. Sumbangan khas Vallabha ialah memperkenalkan Pustimarga (jalan khasiat rohani) yang menyarankan penyerahan penuh pada Tuhan selepas menerima Diksha daripada guru rohani yang bertauliah.
Pendiri Gaudiya Waisnawa, cabang dari Brahma sampradaya adalah Caitanya Mahaprabhu (1486–1534) berasal dari Bengal. Beliau merupakan salah seorang pemimpin hebat Gerakan Bhakti. Sumbangan utamanya ialah memperkenalkan Sankirtan (nyanyian lagu-lagu suci mengenai Kresna secara kumpulan dan menari dengan nama-Nya). Caitanya menyebarkan filsafat Acintyabhedabheda dan mencuba untuk menghapuskan perbedaan kasta dalam kalangan penganut-penganutnya. Fokus gerakan Gaudiya Waisnawa adalah pemujaan (bhakti) kepada Radha dan Kresna. Caitanya dipercayai sebagai penggabungan inkarnasi dari Radha dan Kresna.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.