Tasik Titicaca
From Wikipedia, the free encyclopedia
Tasik Titicaca (Sepanyol: Lago Titicacacode: es is deprecated ; Quechua: Titiqaqa Quchacode: qu is deprecated ) adalah sebuah tasik terletak di sempadan Peru dan Bolivia. Ia terletak 3,811 m (12,500 ft) dari paras laut lalu mendapat reputasi sebagai tasik boleh dikemudi tertinggi di dunia.[2] Ia juga merupakan tasik terbesar di Amerika Selatan jika mengikut isipadu air tasik.[3] (Tasik Maracaibo merupakan jasad air sejenis yang mempunyai kawasan permukaan lebih besar namun sering diketepikan kerana terhubung dengan laut).
Tasik Titicaca | |
---|---|
Koordinat | 15°45′S 69°25′W |
Jenis | Tasik Gunung |
Aliran masuk utama | 27 sungai |
Aliran keluar utama | Sungai Desaguadero Penyejatan |
Kawasan tadahan | 58,000 km2 (22,400 bt2)[1] |
Negara lembangan | Bolivia Peru |
Panjang maksimum | 190 km (118 bt) |
Lebar maksimum | 80 km (50 bt) |
Luas permukaan | 8,372 km2 (3,232 bt2)[1] |
Kedalaman purata | 107 m (351 ka)[1] |
Kedalaman maksimum | 281 m (922 ka)[1] |
Isi padu air | 893 km3 (214 bt3)[1] |
Masa mastautin | 1343 tahun[1] |
Panjang pesisir1 | 1,125 km (699 bt)[1] |
Ketinggian permukaan | 3,812 m (12,507 ka)[1] |
Beku | tidak pernah[1] |
Pulau | 42+ (lihat rencana) |
Seksyen/lembangan kecil | Wiñaymarka |
Petempatan | Copacabana, Bolivia Puno, Peru |
Rujukan | [1] |
1 Panjang pesisir bukanlah ukuran yang jelas. |
Asal usul nama tasik ini dipercayai mengikut bahasa Aymara iaitu titi iaitu "puma" dan q’aq’a atau qaqa "kelabu" kerana bentuk suatu lukisan batu di Isla del Sol yang diperhatikan masyarakat tempatan menyerupai seekor puma yang memburu kelinci.[4]