Untuk kegunaan lain, sila lihat Jasad air (nyahkekaburan).
Jasad air ialah mana-mana himpunan air ketara, secara amnya di atas permukaan planet. Istilah jasad air paling kerap merujuk himpunan air besar, seperti lautan, laut, dan tasik, tetapi juga termasuk kolam air lebih kecil seperti kolam, tanah lembap, atau lebih jarang, lopak. Jasad air tidak perlu kekal atau tertakung; sungai, anak sungai, terusan, dan ciri geografi lain yang mempunyai air beredar dari satu tempat ke satu tempat lain juga dianggap sebagai jasad air.[1]
Kebanyakannya merupakan ciri geografi yang terjadi secara semula jadi, tetapi sesetengah merupakan buatan manusia. Ada jenis yang boleh bersifat salah satu daripada kedua-dua itu. Contohnya, kebanyakan reservoir(waduk) dicipta dengan pembinaan empangan, tetapi sesetengah tasik semula jadi digunakan sebagai reservoir. Secara serupa, kebanyakan pelabuhan lindung merupakan teluk semula jadi, tetapi sesetengah pelabuhan lindung dicipta melalui pembinaan.
Jasad air yang boleh pandu arah dikenali sebagai laluan air. Sesetengah jasad air mengumpulkan dan memindahkan air, dan yang lain terutamanya menakung air, seperti tasik dan lautan.
Istilah jasad air juga boleh merujuk waduk air ditakung oleh loji, secara teknikal dikenali sebagai fitotelma.
Perhatikan bahawa ada sesetengah ciri geografi yang melibatkan air bukan jasad air, contohnya air terjun dan geiser.
Alur — lingkungan fizikal sungai, selut atau selat lautan yang mengandungi dasar dan tebing. Lihat juga dasar anak sungai dan selat.
Bendungan — jasad air buatan, dicipta dengan pengempangan sumber. Kerap digunakan untuk kawalan banjir, sebagai bekalan air minum (waduk), riadah(English: recreation), kawasan liburan, hiasan (kolam buatan), atau tujuan atau gabungan tujuan lain. Perhatikan bahawan proses penciptaan "bendungan" air, dipanggil "pembendungan".
Billabong — tasik atau jasad air tenang tercipta apabila sungai berubah laluan dan sesetengah air terperangkap (di Australia).
Kill — digunakan dikawasan berpengaruh Belanda di New York, New Jersey dan kawasan lain bekas jajahan Belanda Baru di Amerika Belanda untuk menggambarkan selat, sungai, atau lengan laut.
Kolam — jasad air yang lebih kecil daripada tasik, terutamanya yang merupakan buatan manusia.
Kolam (nyahkekaburan), pelbagai jasad air kecil seperti kolam renang, kolam pembayang, kolam, atau lopak.
Kolam kincir — resevoir (waduk) dibina untuk menyediak air mengalir ke kincir air.
Kolam pasang turut — kolam berbatu bersebelahan dengan lautan dan berisi dengan air laut.
Lagun — jasad air masin atau payau yang cetek secara perbandingan dipisahkan daripada laut dalam oleh tebing pasir cetek atau terdedah, terumbu karang, atau ciri serupa.
Larian — anak sungai kecil atau bahagian anak sungai kecil, terutamanya bahagian anak sungai yang mengalir dengan lancar.
Laut — kawasan air masin yang luas terbentang terhubung dengan lautan, atau tasik besar yang biasanya masin yang kekurangan alur keluar seperti Laut Kaspia dan Laut Mati. Dalam kegunaan umum, kerap seerti dengan lautan.
Laut mediterranean — laut yang hampir tertutup yang mempunyai pertukaran air dalam dengan lautan luar dan tempat peredaran air didominasi oleh kemasinan dan perbezaan suhu lebih daripada angin.
Lautan — jasad air masin besar yang, secara keseluruhan, melitupi kira-kira 71% permukaan Bumi.
Lembangan — kawasan tanah yang air daripada hujan atau cairan salji mengalir menghilir ke jasad air lain, seperti sungai, tasik, atau empangan.
Lenganlaut — digunakan untuk menggambarkan loch laut.
Loch — jasad air seperti tasik, serokan laut, firth, fiord, muara atau teluk.
Loch laut — loch serokan laut.
Lopak — himpunan air kecil di atas permukaan, biasanya tanah.
Lubang periuk — lihat Cerek
Lubang periuk glasier — lihat Cerek
Mata air — titik tempat air tanah mengalir keluar dari tanah, dan maka tempat permukaan akuifer bertemu dengan permukaan tanah.
Mer — tasik atau jasad air yang luas dalam kaitan dengan kedalamannya.
Mot — peparit dalam dan luas, berisi dengan air, mengelilingi sesebuah struktur, pepasangan, atau bandar.
Muara — jasad air pesisir separa tertutup dengan sebatang atau lebih sungai atau anak sungai mengalir ke dalamnya,dan dengan hubungan bebas dengan laut terbuka.
Paya — tanah lembap yang bercirikan pembanjiran kekal kawasan darat besar oleh jasad air cetek, secara amnya dengan sebilangan bonggol atau bonjolan darat yang cukup banyak.
Paya bakau — habitat pokok dan semak bakau pesisir masin.
Pelabuhan lindung — jasad air buatan manusia atau semula jadi yang di dalamnya kapal disimpan atau mungkin dilindungi daripada cuaca dan arus lautan.
Pelabuhan teduh — tempat di luar pelabuhan lindung untuk kapal berhenti dengan sauh; kawasan tertutup dengan bukaan ke laut, lebih sempit daripada teluk atau telukan.
Pesolot — bentuk bumi pesisir. Ahli sains Bumi secara amnya menggunakan istilah ini untuk menggambarkan serokan bulat dengan jalan masuk sempit, tetapi secara basahan istilah ini kadang-kadang digunakan untuk menggambarkan mana-mana teluk terlindung.
Rawang — tanah lembap bercirikan rumput, rush, mensiang, typha, rusiga, dan tumbuhan herba lain (mungkin dengan tumbuhan kayu tumbuh rendah) dalam konteks air cetek. Lihat juga Rawang garam.
Rawang garam — sejenis rawang yang merupakan zon perantaraan di antara darat dengan sesebuah kawasan, seperti selut, teluk, atau muara, dengan air masin atau payau.
Rebus — lihat Tiris
Reservoir (Waduk) — tempat untuk menyimpan air untuk pelbagai kegunaan, terutamanya air minum, yang boleh bersifat semula jadi atau buatan (lihat Tasik dan Bendungan di atas)
Selat — alur air sempit yang menghubungkan dua jasad air lebih besar, dan maka terletak di antara dua jisim darat.
Selat besar — laut besar atau serokan lautan lebih besar daripada teluk, lebih dalam teteluk, lebih luas daripada fiord, atau mungkin mengenal pasti laut sempit atau alur lautan di antara dua jasad darah.
Selut — beberapa erti berlainan berkaitan dengan tanah lembap atau ciri akuatik.
Serokan — jasad air, biasanya air laut, yang mempunyai ciri salah satu atau lebih daripada yang berikut: teluk, pesolot, muara, firth, fiord, geo, loch laut, atau selat besar.
Sumber — titik asli yang darinya sungai atau anak sungai mengalir. Sumber sungai kadang-kadang merupakan mata air.
Sungai — laluan air semula jadi biasanya dibentuk oleh air diperoleh sama ada daripada mendakan atau cairan glasier, dan mengalir dari tanah tinggi ke tanah rendah.
Tanah lembap — persekitaran "pada antara muka antara ekosistem benar-benar bumi dan sistem benar-benar akuatik menjadikannya berlainan antara satu sama lain tetapi masih sangat bergantung antara satu sama lain" (Mitsch & Gosselink, 1986),.
Tarn — tasik atau kolam gunung terbentuk di dalam sirk digali oleh glasier.
Tasik atau danau — jasad air, biasanya air tawar, bersaiz agak besar terkandung di dalam jasad darat.
Tasik buatan atau kolam buatan — lihat Bendungan
Tasik ladam — tasik berbentuk U terbentuk apabila liku luas daripada haluan utama sungai terpotong untuk menghasilkan tasik.
Tasik musim bunga — lekukan cetek semula jadi pada aras tanah, dengan tiada alur keluar atas tanah kekal, yang menakung air secara bermusim.
Tasik subglasier — tasik yang kekal dilitupi oleh air batu dan yang airnya kekal sebagai cecair oleh tekanan lembaran air batu dan pemanasan geoterma. Ini kerap berlaku di bawah glasier atau litupan air batu. Tasik Vostok di Antartika ialah salah satu contoh.
Teluk — kawasan air disempadani oleh tanah di tiga sisi.
Telukan — sebahagian tasik atau lautan yang menganjur supaya dikelilingi oleh tanah di tiga sisi, serupa dengan , tetapi lebih besar daripada teluk.
Terusan — laluan air buatan manusia, biasanya terhubung dengan (dan kadang-kadang menghubungkan) tasik, sungai, atau lautan yang wujud.
Teteluk — teluk besar dan kerap hanya sedikit menyurut, atau liku dalam mana-mana ciri geografi.