Tasik
From Wikipedia, the free encyclopedia
Tasik (Jawi: تاسيقcode: ms is deprecated ) atau danau (Jawi: داناو) ialah sejenis sifat rupa bumi atau sifat fizikal yang berbentuk takungan air pedalaman beraliran perlahan lebih besar, luas[1] dan dalam berbanding kolam serta bukan sebahagian lautan, di mana ia tidak semestinya ditempatkan di bawah lembangan (satu lagi ciri-ciri rupa bumi) dan disalurkan oleh sungai.[2][3]
Tasik-tasik semula jadi biasanya terdapat di kawasan pergunungan, zon rengkahan, dan kawasan yang baru atau sering mengalami pengglasieran. Tasik-tasik lain pula dijumpai di lembangan endoreik atau sepanjang aliran sungai matang. Di sesetengah tempat di dunia terdapat banyak sekali tasik kesan corak-corak penyaliran camuk yang ditinggalkan dari Zaman Ais yang lalu. Semua tasik hanya wujud sementara sepanjang skala masa geologi, kerana lambat-laun tasik akan ditimbus mendapan atau tumpah keluar dari lembangan yang menakungnya.