Qatar Airways
Syarikat penerbangan kebangsaan Qatar / From Wikipedia, the free encyclopedia
Qatar Airways Company Q.C.S.C. beroperasi sebagai Qatar Airways (Arab: القطرية , Al Qatariyah),[5] adalah syarikat penerbangan nasional negara Qatar.[6][7] Berpangkalan di Qatar Airways Tower yang terletak di Doha,[8] syarikat penerbangan beroperasi dari rangkaian hab, menghubungkan lebih 150 destinasi antarabangsa [9] merangkumi Afrika, Asia Tengah, Eropah, Timur Jauh (Asia Timur), Asia Selatan, Timur Tengah (Asia Barat), Amerika Utara, Amerika Selatan dan Oceania dari Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad, menggunakan lebih daripada 200 buah pesawat. Kumpulan Qatar Airways mempunyai lebih 43,000 pekerja. Ia telah menjadi ahli kepada perikatan penerbangan Oneworld sejak Oktober 2013, menjadi penerbangan Arab pertama untuk menyertai satu diantara daripada 3 perikatan Syarikat Penerbangan.
| |||||||
Ditubuhkan | 22 November 1993; 30 tahun yang lalu (1993-11-22) | ||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Bermula operasi | 20 Januari 1994; 30 tahun yang lalu (1994-01-20) | ||||||
Hab | |||||||
Program kesetiaan | Qatar Airways Privilege Club (Kelab Hak Istimewa Qatar Airways) (Qmiles) [1] | ||||||
Perikatan | Oneworld | ||||||
Subsidiari |
| ||||||
Pesawat | 235 (jumlah keseluruhan armada) 16 (jumlah keseluruhan armada eksekutif Qatar) | ||||||
Destinasi | 249 (jumlah keseluruhan destinasi) 213 (tidak termasuk destinasi yang ditamatkan) 150+[2] | ||||||
Syarikat induk | Kerajaan Qatar | ||||||
Ibu pejabat | Qatar Airways Towers, Doha, Qatar | ||||||
Orang penting | Akbar Al Baker (CEO) | ||||||
Pendapatan | ▲ QAR QR 38.89 bilion (2017)[3] ▲ QAR QR 42,229 juta (Mac. 2018)[4] | ||||||
Pendapatan bersih | ▼ QAR QR 1.977 bilion (2017)[3] ▼ QAR QR -252 juta (Mac. 2018)[4] | ||||||
Pekerja | 43,000 (2017)[3] 32,000+ (Mac. 2019) | ||||||
Laman web | www www |
Qatar Airways adalah satu daripada lima syarikat penerbangan di dunia yang bertaraf lima bintang untuk kecermelangan dalam perkhidmatan oleh Skytrax, sebuah agensi yang memantau industri penerbangan sedunia. Skytrax juga telah menamakan awak kabin sebagai yang "Terbaik di Timur Tengah" buat tahun keempat berturut-turut pada 2006 dan juga syarikat penerbangan kedua terbaik di dunia menurut tinjauan pendapat yang disertai lebih 12 juta penumpang. Pada 2007, Qatar Airways diiktiraf sebagai syarikat penerbangan terbaik di Timur Tengah dan keempat terbaik di dunia, dalam satu acara anugerah Skytrax 2007.