benua From Wikipedia, the free encyclopedia
Afrika (Tulisan Jawi: افريکا) merupakan benua yang kedua terbesar selepas Asia, sama ada dari segi keluasan atau jumlah penduduk. Luasnya adalah kira-kira 30,244,050 km2 (11,677,240 batu2) termasuk kepulauan di sekitarnya, meliputi 20.3% dari jumlah daratan di bumi dan didiami lebih daripada 900 juta orang pada 2005, atau sekitar 14% populasi manusia di bumi.
Kawasan | 30,370,000 km2 (11,730,000 bt2) (ke-2) |
---|---|
Penduduk | 1,225,080,510[1] (2016; ke-2) |
Ketumpatan penduduk | 36.4/km2 (94/sq mi) |
KDNK (PPP) | $7.16 trilion (2019; ke-5)[2] |
KDNK (nominal) | $2.45 trilion (2019; ke-5)[2] |
KDNK per kapita | $1,930 (2019; ke-6)[2] |
Demonim | Orang Afrika |
Negara | 54 (dan 2 dipertikai) |
Wilayah tanggungan | Luaran (1) |
Bahasa | 1250–3000 bahasa asli |
Zon masa | UTC-1 hingga UTC+4 |
Bandar terbesar | Kawasan perbandaran terbesar: |
Benua Afrika disempadani:
Perkataan Afrika berasal dari bahasa Rom kuno, Africa terra — "tanah Afri" (perkataan jamak dari "Afer") — untuk menunjukkan bahagian utara benua tersebut, iaitu Tunisia sekarang, wilayah jajahan Rom Afrika. Asal perkataan "Afer" mungkin adalah dari bahasa Funisia (Phoenician), afar yang bererti debu; atau dari puak Afridi, yang mendiami bahagian utara benua dekat Carthage; atau dari bahasa Greek aphrike yang bererti tanpa dingin; atau dari bahasa Latin aprica yang bererti cerah.
Afrika adalah daratan terbesar daripada tiga daratan jika dilihat dari arah selatan di bahagian muka bumi di angkasa. Diasingkan daripada Eropah oleh Laut Mediterranean, ia bersambung hingga ke Asia pada bahagian paling timur laut oleh Tanah Genting Suez (disilang oleh Terusan Suez) 163 km (101 batu) lebarnya. Secara geopolitik, Mesir, Semenanjung Sinai dan timur Terusan Suez lazim dianggap sebahagian daripada Afrika.[3] Dari titik paling utara iaitu Ras ben Sakka di Tunisia dan titik paling selatan iaitu Tanjung Agulhas di Afrika Selatan (34°51'15" S), mempunyai jarak lebih kurang 8,000 km (5,000 batu). Dari Cape Verde, (17°33'22" W) iaitu titik paling barat ke Ras Hafun di Somalia, (51°27'52" E) bahagian paling timur, mempunyai jarak lebih kurang 7,400 km (4,600 batu).
Panjang pesisir pantai Afrika ialah 26,000 km dengan dan ketiadaan titik putus atau lubang besar di sepanjang pantainya adalah satu ilustrasi yang menggambarkan fakta bahawa Eropah, yang hanya merangkumi 10,400,000 km² (4,010,000 batu persegi )– yang luasnya hanya sepertiga daripada keluasan Afrika – mempunya pesisir pantai sepanjang 32,000 km (19,800 batu).
Negara terbesar di Afrika ialah Algeria, dan negara yang terkecil adalah Seychelles, sebuah gugusan kepulauan di luar pantai timurnya. Negara terkecil di atas daratan benua Afrika ialah Gambia.[4] Menurut Rom Purba, Afrika tersebar di barat Mesir, manakala "Asia" yang dahulunya dirujuk sebagai Anatolia tersebar ke arah timur. Garis sempadan mutlak antara dua benua ini telah digariskan oleh ahli geografi terkenal iaitu Ptolemy (85–165 Masihi), menunjukkan Iskandariah di sepanjang garis Meridian serta menentukan bahawa tanah genting Suez dan Laut Merah menjadi sempadan antara Asia dan Afrika. Apabila orang Eropah mula memahami keluasan sebenar benua ini, idea tentang Afrika mula berkembang bersama dengan ilmu pengetahuan mereka.
Iklim di Afrika adalah pelbagai daripada iklim tropika kepada sub-Artik (iklim yang selalunya musim salji yang teramat sejuk dan musim panas yang singkat) di bahagian puncak yang tertinggi. Bahagian utaranya terdiri daripada gurun dan padang pasir,[5] manakala di bahagian tengah dan selatannya mengandungi kedua-dua lembah savana dan wilayah hutan hujan yang tebal. Di antaranya pula didominasi oleh pertemuan tumbuh-tumbuhan yang hidup di kawasan sahel dan steppe. Afrika merndakwa bahawa benuanya kemungkinan merupakan kombinasi terbesar dari segi kepadatan dan “ruang kebebasan” untuk populasi hidupan liarnya dan diversitinya. Dengan populasi haiwan liar untuk karnivor besar (seperti singa, dubuk dan harimau bintang) dan haiwan herbivor (seperti kerbau, rusa, gajah, unta dan zirafah) bergerak bebas di dataran tanah ratanya yang luas. Ia juga merupakan tempat tinggal kepada pelbagai makhluk hutan lain (termasuk ular dan primat) serta hidupan akuatik (termasuk buaya dan amfibia).
Hampir kesemua negara Afrika adalah republik kecuali beberapa negara yang mengamalkan sistem monarki seperti Maghribi dan Swaziland. Benua Afrika juga terkenal sebagai benua yang melahirkan ramai diktator seperti Muammar Ghadafi (Libya) dan Idi Amin (Uganda).
Kesatuan Afrika ialah sebuah badan persatuan yang merangkumi 55 negara Afrika. Badan ini ditubuhkan pada 26 Jun 2001 (secara rasmi pada 9 Julai 2002)[6] dan beribu pejabat di Addis Ababa, Habsyah.
Benua Afrika mempunyai 59 buah negara.
Jata | Bendera | Nama negara dan wilayah |
Keluasan (km²) |
Jumlah penduduk [7] |
Tahun | Kepadatan penduduk (per km²) |
Ibu negara |
---|---|---|---|---|---|---|---|
Afrika Utara | |||||||
Algeria | 2,381,740 | 34,178,188 | 2009 | 14 | Algiers | ||
Kepulauan Canary (Sepanyol) | 7,492 | 2,154,905 | 2017 | 226 | Las Palmas de Gran Canaria, Santa Cruz de Tenerife | ||
Ceuta (Sepanyol) | 20 | 85,107 | 2017 | 3,575 | — | ||
Libya | 1,759,540 | 6,310,434 | 2009 | 4 | Tripoli | ||
Madeira (Portugal) | 797 | 245,000 | 2001 | 307 | Funchal | ||
Maghribi | 446,550 | 35,740,000 | 2017 | 78 | Rabat | ||
Melilla (Spain) | 12 | 85,116 | 2017 | 5,534 | — | ||
Mesir | 1,001,450 | 82,868,000 | 2012 | 83 | Kaherah | ||
Sudan | 1,861,484 | 30,894,000 | 2008 | 17 | Khartoum | ||
Tunisia | 163,610 | 10,486,339 | 2009 | 64 | Tunis | ||
Sahara Barat | 266,000 | 405,210 | 2009 | 2 | El Aaiún | ||
Afrika Timur | |||||||
Burundi | 27,830 | 8,988,091 | 2009 | 323 | Gitega | ||
Comoros | 2,170 | 752,438 | 2009 | 347 | Moroni | ||
Djibouti | 23,000 | 828,324 | 2015 | 22 | Djibouti | ||
Eritrea | 121,320 | 5,647,168 | 2009 | 47 | Asmara | ||
Habsyah | 1,127,127 | 84,320,987 | 2012 | 75 | Addis Ababa | ||
Kenya | 582,650 | 39,002,772 | 2009 | 66 | Nairobi | ||
Madagascar | 587,040 | 20,653,556 | 2009 | 35 | Antananarivo | ||
Malawi | 118,480 | 14,268,711 | 2009 | 120 | Lilongwe | ||
, Wilayah Lautan Hindi British | Mauritius | 2,040 | 1,284,264 | 2009 | 630 | Port Louis | |
Mayotte (Perancis) | 374 | 223,765 | 2009 | 490 | Mamoudzou | ||
Mozambique | 801,590 | 21,669,278 | 2009 | 27 | Maputo | ||
Réunion (Perancis) | 2,512 | 743,981 | 2002 | 296 | Saint-Denis | ||
Rwanda | 26,338 | 10,473,282 | 2009 | 398 | Kigali | ||
Seychelles | 455 | 87,476 | 2009 | 192 | Victoria | ||
Somalia | 637,657 | 9,832,017 | 2009 | 15 | Mogadishu | ||
Sudan Selatan | 619,745 | 8,260,490 | 2008 | 13 | Juba | ||
Tanah Selatan dan Antartika Perancis (Perancis) | 439,781 | 100 | 2019 | — | Saint-Pierre | ||
Tanzania | 945,087 | 44,929,002 | 2009 | 43 | Dodoma | ||
Uganda | 236,040 | 32,369,558 | 2009 | 137 | Kampala | ||
Afrika Tengah | |||||||
Angola | 1,246,700 | 12,799,293 | 2009 | 10 | Luanda | ||
Cameroon | 475,440 | 18,879,301 | 2009 | 40 | Yaoundé | ||
Chad | 1,284,000 | 10,329,208 | 2009 | 8 | N'Djamena | ||
Republik Congo | 342,000 | 4,012,809 | 2009 | 12 | Brazzaville | ||
Republik Demokratik Congo | 2,345,410 | 69,575,000 | 2012 | 30 | Kinshasa | ||
Gabon | 267,667 | 1,514,993 | 2009 | 6 | Libreville | ||
Guinea Khatulistiwa | 28,051 | 633,441 | 2009 | 23 | Malabo | ||
Republik Afrika Tengah | 622,984 | 4,511,488 | 2009 | 7 | Bangui | ||
São Tomé dan Príncipe | 1,001 | 212,679 | 2009 | 212 | São Tomé | ||
Selatan Afrika | |||||||
Afrika Selatan | 1,219,912 | 51,770,560 | 2011 | 42 | Bloemfontein, Cape Town, Pretoria | ||
Botswana | 600,370 | 1,990,876 | 2009 | 3 | Gaborone | ||
Eswatini | 17,363 | 1,123,913 | 2009 | 65 | Mbabane | ||
Lesotho | 30,355 | 2,130,819 | 2009 | 70 | Maseru | ||
Namibia | 825,418 | 2,108,665 | 2009 | 3 | Windhoek | ||
Zambia | 752,614 | 11,862,740 | 2009 | 16 | Lusaka | ||
Zimbabwe | 390,580 | 11,392,629 | 2009 | 29 | Harare | ||
Afrika Barat | |||||||
Benin | 112,620 | 8,791,832 | 2009 | 78 | Porto-Novo | ||
Burkina Faso | 274,200 | 15,746,232 | 2009 | 57 | Ouagadougou | ||
Cape Verde | 4,033 | 429,474 | 2009 | 107 | Praia | ||
Côte d'Ivoire | 322,460 | 20,617,068 | 2009 | 64 | Abidjan, Yamoussoukro | ||
Gambia | 11,300 | 1,782,893 | 2009 | 158 | Banjul | ||
Ghana | 239,460 | 23,832,495 | 2009 | 100 | Accra | ||
Guinea | 245,857 | 10,057,975 | 2009 | 41 | Conakry | ||
Guinea-Bissau | 36,120 | 1,533,964 | 2009 | 43 | Bissau | ||
Liberia | 111,370 | 3,441,790 | 2009 | 31 | Monrovia | ||
Mali | 1,240,000 | 12,666,987 | 2009 | 10 | Bamako | ||
Mauritania | 1,030,700 | 3,129,486 | 2009 | 3 | Nouakchott | ||
Niger | 1,267,000 | 15,306,252 | 2009 | 12 | Niamey | ||
Nigeria | 923,768 | 166,629,000 | 2012 | 180 | Abuja | ||
Saint Helena, Ascension dan Tristan da Cunha (United Kingdom) |
420 | 7,728 | 2012 | 13 | Jamestown | ||
Senegal | 196,190 | 13,711,597 | 2009 | 70 | Dakar | ||
Sierra Leone | 71,740 | 6,440,053 | 2009 | 90 | Freetown | ||
Togo | 56,785 | 6,019,877 | 2009 | 106 | Lomé | ||
Jumlah | 30,368,609 | 1,001,320,281 | 2009 | 33 |
Menurut kebanyakan perkiraan, Afrika mempunyai lebih daripada seribu bahasa.[8] Kebanyakan daripada bahasa-bahasa ini ialah bahasa asli Afrika, tetapi ada juga yang berasal dari Eropah dan Asia. Ada empat kelompok bahasa utama yang berasal dari benua ini, iaitu:
Selepas zaman penjajahan oleh pihak Eropah, negara-negara Afrika mengiktiraf bahasa-bahasa luar Afrika seperti bahasa Inggeris dan Perancis sebagai bahasa rasmi negara, meskipun sesetengah bahasa Afrika seperti bahasa Swahili dan Hausa juga memperoleh taraf ini di sesetengah negara.
Afrika kaya dengan sejarah yang kebanyakannya tidak direkodkan. Ia kaya dengan mitos, ceritera pendek dan lagenda.
53 negara Afrika mempunyai pasukan bola sepaknya di bawah Konfederasi Bola Sepak Afrika, manakal Cameroon, Nigeria, Senegal dan Ghana telah mara di peringkat kalah mati untuk Piala Dunia FIFA. Afrika Selatan akan menjadi tuan rumah untuk Pertandingan Piala Dunia 2010, dan akan menjadi negara Afrika pertama menjadi tuan rumah.
Kriket juga merupakan sukan popular di sesetengah negara Afrika,dengan Selatan Afrika and Zimbabwe memegang status Test dan dengan Kenya yang menjadi pasukan yang mampu memberi saingan dalam One-Day International Kricket. Ketiga-tiga negara ini menjadi tuan rumah secara bersama untuk Pertandingan Kriket Piala Dunia 2003.
Ada sesetengah negara Afrika, terutamanya Habsyah, Kenya dan Morocco, telah melahirkan ramai pelari jarak jauh bertaraf dunia seperti Abebe Bikila dan Cosmas Ndeti.
Afrika Selatan telah menjadi tuan rumah dan seterusnya memenangi Piala Dunia Ragbi 1995 dan juga telah memenagi Piala Dunia Ragbi 2007.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.