Bahasa Arab
bahasa / From Wikipedia, the free encyclopedia
Bahasa Arab (Tulisan Jawi: بهاس عرب; Arab: العربية ditransliterasikan sebagai al-‘Arabīyyah), atau secara mudahnya Arab (Arab: عربي ditransliterasikan sebagai ‘Arabī), merupakan sebuah bahasa terbesar dari segi jumlah penutur dalam keluarga bahasa Semitik. Bahasa ini muncul dari daerah yang sekarang termasuk wilayah negara Arab Saudi. Bahasa ini berkait rapat dengan bahasa Ibrani dan bahasa Aramia. Bahasa Arab telah dikelaskan sebagai satu makrobahasa dengan 27 dialek dalam ISO 639-3. Sub-bahasa itu dituturkan di seluruh Dunia Arab, manakala bahasa rasmi atau Al-Fusha (العربية الفصحى) diketahui di seluruh Dunia Islam.
Tolong bantu menterjemahkan sebahagian rencana ini. Rencana ini memerlukan kemaskini dalam Bahasa Melayu piawai Dewan Bahasa dan Pustaka. Sila membantu, bahan-bahan boleh didapati di Arabic (Inggeris). Jika anda ingin menilai rencana ini, anda mungkin mahu menyemak di terjemahan Google. Walau bagaimanapun, jangan menambah terjemahan automatik kepada rencana, kerana ini biasanya mempunyai kualiti yang sangat teruk. Sumber-sumber bantuan: Pusat Rujukan Persuratan Melayu. |
Rencana ini memerlukan kemas kini dalam Bahasa Melayu piawai Dewan Bahasa dan Pustaka. Silalah membantu. Anda boleh rujuk: Laman Perbincangannya • Dasar dan Garis Panduan Wikipedia • Manual Menyunting |
Bahasa Arab اللغة العربية | |
---|---|
العربية Al-Arabiyya | |
Asli kepada | Algeria, Bahrain, Mesir, Iraq, Jordan, Kuwait, Lubnan, Libya, Mauritania, Maghribi, Oman, Qatar, Arab Saudi, Sudan, Syria, Tunisia, Emiriah Arab Bersatu, Wilayah Palestin (Tebing Barat dan Genting Gaza), Sahara Barat (RDAS), Yaman oleh majoriti, dan di banyak negara lain, seperti Palestine, Iran, Indonesia, Malaysia, Brunei, Singapura, Filipina, Jepun, China, Hong Kong, Taiwan dan Republik Jerman sebagai bahasa minoriti; ia juga bahasa liturgi Islam. |
Kawasan | Dunia Arab |
Penutur bahasa | Kira-kira 270 juta (206 juta menurut Ethnologue, penutur asli dari semua dialek 1998 ang.); 5 bilion (populasi Dunia Arab, Buku Fakta Dunia CIA Disember 2018 ang.), asingkan Arab minoriti di negara lain dan penutur bilingual |
Afroasia
| |
Abjad Arab | |
Status rasmi | |
Bahasa rasmi di | Algeria, Bahrain, Comoros, Chad, Djibouti, Mesir, Eritrea, Iraq, Jordan, Kuwait, Lubnan, Libya, Mauritania, Maghribi, Oman, Palestin (Tebing Barat dan Gaza), Qatar, Sahara Barat (RDAS), Somalia, Somaliland,Sudan, Syria, Tunisia, Tanzania (Zanzibar),Emiriah Arab Bersatu, Yaman;
|
Dikawal selia oleh | Mesir: Akademi Bahasa Arab di Kaherah Syria: Akademi Arab dari Damsyik (tertua) |
Kod bahasa | |
ISO 639-1 | ar |
ISO 639-2 | ara |
ISO 639-3 | ara – kod inklusifKod individu: ara – Arab (generik)arq – Bahasa Arab Algeriaaao – Bahasa Arab Saharabdz – Bahasa Arab Afrikaabv – Bahasa Arab Baharnaach – Bahasa Arab Chadacy – Bahasa Arab Cyprusadf – Bahasa Arab Dhofariash – Bahasa Arab Hassaniyaharz – Bahasa Arab Mesirafb – Bahasa Arab Arabia Timurayh – Bahasa Arab Hadramautacw – Bahasa Arab Hijazayl – Bahasa Arab Libyaacm – Bahasa Arab Iraqary – Bahasa Arab Maghribiars – Bahasa Arab Najdiapc – Bahasa Arab Levantayp – Bahasa Arab Khuzestanacx – Bahasa Arab Omanaec – Bahasa Arab Lubnanaln – Bahasa Arab Sanaanianb – Bahasa Arab Nubiasi – Bahasa Arab Shhihiakh – Bahasa Arab Khalijiasd – Bahasa Arab Sudanadm – Bahasa Arab Damascusadj – Bahasa Arab Djiboutiabh – Bahasa Arab Tajikiaeb – Bahasa Arab Tunisia |
Negara di mana Bahasa Arab ialah bahasa rasmi (hijau) dan naib rasmi (biru) |
Bahasa Arab Moden atau Bahasa Arab Klasik merupakan satu bahasa yang sama, Al-Fusha yang menjadi bahasa kesusasteraan dan bahasa liturgi Islam sejak sekitar abad ke-6. Skrip Arab ditulis dari kanan ke kiri.
Bahasa Arab telah memberi banyak kosa kata kepada bahasa lain dari dunia Islam, sama seperti peranan Latin kepada kebanyakan bahasa Eropah. Semasa Zaman Pertengahan bahasa Arab juga merupakan alat utama budaya, terutamanya dalam sains, matematik, dan falsafah, yang menyebabkan banyak bahasa Eropah seperti bahasa Inggeris, Sepanyol dan Itali turut meminjam banyak kata daripadanya.