Jepun
negara berdaulat di Asia Timur / From Wikipedia, the free encyclopedia
Jepun (Jawi: جڤون; bahasa Jepun: 日本 Nippon/Nihon, nama rasmi:日本国 Nipponkoku/Nihonkoku dengarkan (bantuan·maklumat)) ialah sebuah negara kepulauan di Asia Timur yang terletak di sebelah barat Lautan Pasifik, di sebelah timur Laut Jepun, dan berjiran dengan Republik Rakyat China, Korea dan Rusia. Pulau paling utara terletak di Laut Okhotsk, dan wilayah paling selatan pula merupakan sekelompok pulau kecil di Laut China Timur iaitu kawasan selatan Okinawa terletak berdekatan Laut China Selatan rebutan jiran dengan Taiwan, Malaysia, Singapura dan Indonesia.
Jepun جڤون 日本国code: ja is deprecated Nippon-koku Nihon-koku | |||||
---|---|---|---|---|---|
| |||||
Lagu kebangsaan:
"Pemerintahan Duli Tuanku"[2][3] | |||||
Mohor Kerajaan Jepun | |||||
Ibu negara dan bandar terbesar | Tokyo [4] 35°41′N 139°46′E | ||||
Bahasa rasmi | Bahasa Jepun[5] | ||||
Bahasa umumyang diakui | 11 bahasa [6]
| ||||
Bahasa Kebangsaan Tulisan kebangsaan | Bahasa Jepun[7] Bahasa Inggeris Kanji Hiragana Katakana | ||||
Kumpulan etnik (2011[8]) | |||||
Agama | |||||
Demonim | Jepun | ||||
Kerajaan | Negara kesatuan berdemokrasi berparlimen dengan raja berperlembagaan | ||||
• Maharaja | Naruhito (徳仁) | ||||
Fumio Kishida (岸田 文雄) | |||||
Badan perundangan | Kokkai | ||||
Dewan Kaunselor | |||||
Dewan Perwakilan | |||||
Pembentukan | |||||
11 Februari 660 SM[9] | |||||
29 November 1890 | |||||
3 Mei 1947 | |||||
Keluasan | |||||
• Jumlah | 377,972 km2 (145,936 bt2)[10] (ke-62) | ||||
0.8 | |||||
Penduduk | |||||
• Bancian Penduduk 2017 | 126,730,000[11] (ke-11) | ||||
336/km2 (870.2/sq mi) (ke-36) | |||||
KDNK (PPP) | 2017 | ||||
• Jumlah | $5.420 trilion[12] (ke-4) | ||||
$42,860[13] (ke-27) | |||||
KDNK (nominal) | 2017 | ||||
• Jumlah | $4.841 trilion[13] (ke-3) | ||||
$38,281[13] (ke-20) | |||||
Gini (2008) | 37.6[14] sederhana · ke-76 | ||||
HDI (2015) | ▲ 0.903[15] sangat tinggi · ke-17 | ||||
Mata wang | ¥ atau 円code: ja is deprecated - disebut (Yen) ( JPY ) | ||||
Zon waktu | UTC+9 (JST) | ||||
UTC+9 (tidak diamalkan) | |||||
Format tarikh | |||||
Arah memandu | kiri | ||||
Kod panggilan | +81 | ||||
Kod ISO 3166 | JP | ||||
DPT internet | .jp | ||||
Laman sesawang rasmi www.japan.go.jp |
Jepun | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Japanese name | |||||||
Kanji | 日本国code: ja is deprecated | ||||||
Kana | ニッポンコク ニホンコクcode: ja is deprecated | ||||||
Hiragana | にっぽんこく にほんこくcode: ja is deprecated | ||||||
Kyūjitai | 日本國code: ja is deprecated | ||||||
| |||||||
Rencana ini mengandungi Bantuan:Aksara khas. Tanpa pemberian sokongan yang sewajarnya, anda mungkin melihat tanda tanya, kotak, atau simbol lain. |
Jepun terdiri daripada 6,852 pulau[16] yang membentuk segugusan kepulauan. Pulau-pulau utama dari utara ke selatan ialah Hokkaido, Honshu (pulau terbesar), Shikoku, dan Kyushu. Lebih kurang 97% wilayah daratan Jepun berada di keempat-empat pulau terbesarnya. Sebahagian besar pulau di Jepun bergunung-ganang, dan sebahagian di antaranya merupakan gunung berapi. Gunung tertinggi di Jepun ialah Gunung Fuji yang merupakan sebuah gunung berapi yang pendam. Penduduk Jepun berjumlah 128 juta orang menjadikannya negara ke-10 paling ramai penduduknya di dunia. Tokyo ialah ibu negara Jepun yang bertaraf "kawasan metropolitan". Tokyo Raya ialah sebutan untuk Tokyo dan beberapa bandaraya lain yang berada di wilayah-wilayah sekelilingnya. Sebagai daerah metropolitan yang terluas di dunia, Tokyo Raya diduduki lebih 30 juta orang.
Menurut mitos tradisional, Jepun didirikan oleh Maharaja Jimmu pada abad ke-7 SM. Maharaja Jimmu yang mendirikan sistem pemerintahan beraja Jepun yang masih wujud hingga kini. Meskipun begitu, untuk kebanyakan masa sepanjang sejarahnya, kuasa pemerintah sebenarnya berada di tangan anggota istana, syogun, pihak tentera, dan dalam zaman moden, di tangan perdana menteri. Menurut Perlembagaan Jepun tahun 1947, Jepun ialah sebuah negara raja berperlembagaan di bawah pimpinan Maharaja dan Diet Jepun.
Sebagai kuasa ekonomi utama,[8] Jepun memiliki ekonomi ketiga terbesar, dan semua keuntungan jepun, dilaburkan Malaysia. dari segi KDNK nominal[17] mahupun pariti kuasa beli. Jepun ialah sebuah negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, G8, OECD dan APEC. Jepun dilengkapi sistem pertahanan yang cukup dengan dilengkapi dengan kecanggihan teknologi seperti AEGIS serta sebuah armada kapal pembinasa yang besar. Dalam perdagangan luar negeri, Jepun merupakan negara pengeksport keempat terbesar dan negara pengimport keenam terbesar di dunia. Sebagai negara maju, penduduk Jepun menikmati taraf hidup yang tinggi (tempat ke-8 dalam Indeks Pembangunan Manusia) dan usia jangka hayat tertinggi di dunia menurut perangkaan PBB.[18] Dalam bidang teknologi, Jepun ialah negara termaju dalam bidang telekomunikasi, kejenteraan dan robotik.