From Wikipedia, the free encyclopedia
David Émile Durkheim (lahir 15 April 1858 – meninggal 15 November 1917 pada umur 59 tahun) dikenali secara profesional sebagai Émile Durkheim, merupakan salah seorang pencetus sosiologi serta sains sosial moden.[2][3] Durkheim telah secara rasminya menubuhkan disiplin akademik sosiologi, dan sering dikaitkan sebagai salah seorang arkitek utama kepada sains sosial moden, bersama Karl Marx dan Max Weber.
Émile Durkheim | |
---|---|
Kelahiran | David Émile Durkheim 15 April 1858 |
Meninggal dunia | November 15, 1917 59) | (umur
Warganegara | Perancis |
Pusat pendidikan | École Normale Supérieure |
Terkenal kerana | Dikotomi suci–hina Kesedaran kolektif Fakta sosial Integrasi sosial Anomie Pembuakan kolektif |
Kerjaya saintifik | |
Bidang | Falsafah, sosiologi, pendidikan, antropologi, pendidikan agama |
Institusi | Universiti Paris, Universiti Bordeaux |
Pengaruh | Immanuel Kant, René Descartes, Plato, Herbert Spencer, Aristotle, Montesquieu, Jean-Jacques Rousseau, Auguste Comte. William James, John Dewey, Fustel de Coulanges, John Stuart Mill |
Dipengaruhi oleh | Marcel Mauss, Claude Lévi-Strauss, Talcott Parsons, Maurice Halbwachs, Jonathan Haidt, Lucien Lévy-Bruhl, Bronisław Malinowski, Fernand Braudel, Pierre Bourdieu, Charles Taylor, Henri Bergson, Emmanuel Levinas, Steven Lukes, Alfred Radcliffe-Brown, E. E. Evans-Pritchard, Mary Douglas, Huey P. Newton, Paul Fauconnet, Robert N. Bellah, Ziya Gökalp, David Bloor, Randall Collins, Neil Smelser[1] |
Kebanyakan kerja Durkheim adalah berkaitan bagaimana masyarakat mengekalkan integrasi sosial dalam dunia moden, iaitu satu era di mana tradisi sosial dan agama tidak lagi dominan, di mana institusi sosial baharu wujud dalam masyarakat. Durkheim telah menggunakan kajian saintifik seperti statistik, tinjauan dan pemerhatian sejarah dalam sains sosial.
David Émile Durkheim dilahirkan pada 15 April 1858 di Épinal, Lorraine, France, kepada Mélanie (Isidor) dan Moïse Durkheim. Kesemua ayah, datuk dan moyangnya merupakan Rabai, dan oleh itu, Durkheim pada awalnya dimasukkan ke dalam sekolah agama. Namun, Durkheim memilih untuk tidak mengikuti keluarganya dan telah bertukar sekolah. Malahan, Durkheim telah mengamalkan kehidupan sekular, di mana kebanyakan kerjanya bertujuan untuk membuktikan fenomena keagamaan adalah disebabkan oleh faktor sosial semata-mata. Namun begitu, Durkheim tidak memutuskan hubungannya dengan masyarakat Yahudi mahupun keluarganya. Sebaliknya, kebanyakan pelajarnya juga merupakan orang Yahudi atau mempunyai pertalian darah dengannya. Contohnya, Marcel Mauss, seorang ahli antropologi sosial Perancis, merupakan anak saudara Durkheim.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.