Zamioculcas
From Wikipedia, the free encyclopedia
Zamioculcas adalah genus tumbuhan berbunga dari keluarga Araceae, yang mengandungi satu spesies tunggal iaitu Zamioculcas zamiifolia. Ia adalah sejenis tumbuhan renek tropika tempatan di timur Afrika dari selatan Kenya sampai ke timur laut Afrika Selatan. Pokok ini turut digelar pokok wang (money plant), pokok ZZ, pokok duit atau duit-duit, pokok "ong", dan pokok dolar. Pokok ini sering dijadikan tanaman hiasan, terutamanya lantaran rupa yang menarik dan mudah dijaga.[1][2]
Pokok wang | |
---|---|
![]() | |
Pokok wang dalam pasu. | |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
(tanpa pangkat): | |
(tanpa pangkat): | |
Order: | Arales |
Keluarga: | |
Subkeluarga: | |
Genus: | Zamioculcas |
Spesies: | Z. zamiifolia |
Nama binomial | |
Zamioculcas zamiifolia (Lodd.) Engl. | |
Pokok wang adalah jenis beracun. Beberapa sumber mendakwa pokok ini berupaya mengakibatkan kanser tetapi tiada pengesahan saintifik ditemukan.[3]
Penerangan

Pokok wang tumbuh meliar di hutan malar hijau kering atau lembap, hutan jarang, dataran rumput dan belukar dataran semak. Pokok ini mempunyai umbi berdiameter sekitar 3-4 cm panjang, kuat dan berkayu. Tangkai daun (petiole) hijau dengan tompok melintang, dan 15-35 cm panjang. Helai daun (blade) adalah 20-40 cm panjang dengan daun kecil terletak hampir bertentangan, berjarak, berbentuk bujur lonjong kadang-kadang bujur panah, dan berwarna hijau tua berkilat.
Tangkai induk (peduncle) 3-20 cm panjang dan terletak hampir menegak. Seludang (spathe) adalah 5-8 cm panjang dan bertekstur kasar, berwarna hijau hingga putih, atau kuning. Tongkol (spadix) adalah 5-7 cm panjang, berbentuk langsing di dasar, dengan stigma kekuningan. Berinya putih, dilitupi kelopak dan lebih dari 1.2 cm lebar dengan satu atau dua benih. Benih berwarna perang, leper dan mempunyai panjang sekitar 0.8 cm.[4]
Varieti
- Zamioculcas zamiifolia Zenzi
- Zamioculcas zamiifolia Raven
- Zamioculcas zamiifolia Super Nova
Lihat juga
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.