Zakaria Yusof

From Wikipedia, the free encyclopedia

Zakaria Yusof (1951 – 11 Disember 2016), lebih dikenali sebagai Zakaria Cina merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia, terkenal dengan watak-watak antagonis. Sepanjang kerjayanya, beliau telah membintangi puluhan drama, serta aktif dalam pementasan teater dan bangsawan. Antara kredit lakonan beliau termasuk Ceritaku Ceritamu (1979) dan Mekanik (1983), Gerak Khas dan Tanah Kubur (kedua-duanya sebagai pelakon undangan). Lakonan terakhir beliau ialah menerusi drama arahan Mengapaku Diseksa arahan pelakon Zul Huzaimy yang melayakkannya menerima trofi Penampilan Khas Terbaik pada Anugerah Tribute P. Ramlee 2015.

Fakta Segera Kelahiran, Meninggal dunia ...
Zakaria Yusof
Kelahiran1951 (1951)
Meninggal dunia11 Disember 2016 (berumur 6465)
Sebab kematianKomplikasi jangkitan kuman pada paru-paru, buah pinggang dan jantung
Nama lainZakaria Cina
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1978–2016
PasanganFatimah Ali
Anak-anak4
Tutup

Kematian

Beliau meninggal dunia pada 11 Disember 2016 akibat kompilasi jangkitan kuman pada paru-paru, buah pinggang dan jantung, kira-kira jam 6.45 pagi di Hospital Kuala Lumpur pada usia 65 tahun. Beliau meninggalkan balu, Fatimah Ali dan empat anak. Jenazah beliau dikebumikan di tanah perkuburan berhampiran Taman Permata, Hulu Klang.[1][2][3][4][5]

Filemografi

Filem

Drama

Telefilem

  • Mengapaku Diseksa (2015)

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.