Penulis Jepun From Wikipedia, the free encyclopedia
Yukio Mishima (三島 由紀夫 , Mishima Yukio) ialah nama pena penulis serta penyair, dramawan, aktor, dan pelakon Jepun bernama asal Kimitake Hiraoka (平岡 公威 , Hiraoka Kimitake, lahir di Shinjuku, Tokyo, 14 Januari 1925 – meninggal di Tokyo, 25 November 1970 pada umur 45 tahun). Beliau pernah tiga kali dicalonkan sebagai penerima Hadiah Nobel dalam Kesusastraan. Karya-karyanya tergolong dalam genre avant-garde yang menggabungkan estetika moden dan tradisional yang dikatakan menembusi batas-batas budaya dengan fokus terhadap kehomoseksualan, kematian dan perubahan politik.[1]
三島 由紀夫 Yukio Mishima | |||||
---|---|---|---|---|---|
Lahir | Shinjuku, Tokyo | 14 Januari 1925||||
Meninggal dunia | 25 November 1970 45) Markas Besar Pasukan Pertahanan Diri Jepun, Tokyo | (umur||||
Nama pena | Yukio Mishima | ||||
Pekerjaan | Novelis Pelakon drama Penyair Penulis | ||||
Warganegara | Jepun | ||||
Alma mater | Universiti Tokyo | ||||
Tempoh | 1944–1970 | ||||
Anak | Noriko Tomita (anak perempuan), Iichiro Hiraoka (anak lelaki) | ||||
Kanji | 三島 由紀夫 | ||||
Hiragana | みしま ゆきお | ||||
|
Selain itu, beliau juga aktif dalam kegiatan politik yang menjadikannya sebagai tokoh kontroversial hingga sekarang di Jepun.[2][3][4][5] Secara ideologi, Mishima ialah pendukung sayap kanan yang menyokong budaya dan semangat tradisional Jepun. Beliau menentang apa yang dilihatnya sebagai materialisme Barat, bersama-sama dengan amalan demokrasi, globalisme dan komunisme Jepun pascaperang, dan bimbang bahawa dengan menerapkan idea-idea ini akan menyebabkan bangsa Jepun akan kehilangan "pati nasional" mereka (kokutai) serta warisan budaya mereka (Shinto dan Yamato-damashii) lalu menjadi bangsa "tanpa akar".[6] Mishima membentuk sebuah gerakan militia, Tatenokai ("Persatuan Perisai") dengan tujuan mengembalikan kesucian dan martabat Maharaja Jepun.[7] Pada 25 November 1970, Mishima dan empat anggota militannya memasuki pangkalan tentera di pusat Tokyo, mengambil seorang komandan sebagai tebusan, dan berusaha memberi inspirasi kepada Pasukan Pertahanan Diri Jepun untuk bangkit dan menggulingkan Perlembagaan Jepun 1947, yang disebutnya sebagai "perlembagaan kekalahan".[7] Setelah ucapannya dan menjerit "Hidup Maharaja!", beliau melakukan seppuku.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.