From Wikipedia, the free encyclopedia
Yazid Sobrani (17 Januari 1964 – 17 Mac 2008) merupakan seorang pelakon yang selalu melakonkan watak jahat dalam filem Melayu.
Yazid Sobrani | |
---|---|
Kelahiran | Abdul Yaziz bin Sobrani 17 Januari 1964 |
Meninggal dunia | 17 Mac 2008 44) | (umur
Dikebumikan | Kampung Alur Ibus, Kayang, Perlis |
Pekerjaan | Pelakon |
Tahun aktif | 1981–2008 |
Yazid mula menceburi bidang lakonan ketika berada di tingkatan lima,[1] Allahyarham telah berlakon filem dan diberi watak yang agak besar dalam Sumpah Di Bumi Merkah (1981) arahan Murad Ibrahim, dengan memegang watak seorang ketua Siam yang melancarkan serangan ke atas Kedah. Filem ini turut dilakonkan oleh Dato' Rahim Razali dan Ahmad Yatim.
Sungguhpun tidak mempunyai latar akademik yang tinggi kerana belajar sehingga tingkatan lima saja, Yazid Sobrani bersemangat waja untuk menggenggam cita-cita dan berani berusaha hingga yang dicita-citakan menjadi kenyataan.
Beliau mengembara ke Kuala Lumpur, kerana hendak jadi pelakon atau kerja yang berkaitan dengan drama. Kesempitan hidup di Kuala Lumpur pernah menyebabkan keluarganya datang mengajak Allahyarham balik ke kampung. Bagaimanapun beliau kemudiannya kemudian menerima beberapa tawaran berlakon antaranya drama terbitan RTM dengan bayaran yang agak lumayan.
Pada 17 Mac 2008, Yazid telah kembali ke rahmatullah selepas lama menderita penyakit lelah, paru-paru berair, hati dan buah pinggang. Allahyarham yang berusia 44 tahun menghembuskan nafas terakhir di Hospital Melaka dan disemadikan di kampung halamannya di Kampung Alur Ibus, Kayang, Perlis.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.