syarikat pengiklanan Korea Selatan; anak syarikat bagi YG Entertaiment From Wikipedia, the free encyclopedia
YG Plus Inc. (dahulunya Phoenix Holdings Inc.) ialah sebuah syarikat media dan pengiklanan awam Korea Selatan yang diambil alih oleh YG Entertainment pada November 2014. Pada 2019, syarikat itu memasuki industri pengedaran muzik dan turut terlibat dalam penghasilan, pengedaran dan pelesenan barangan yang berkaitan dengan artis muzik. Pada Januari 2021, Hybe Corporation dan anak syarikat teknologinya, Weverse Company, telah memperoleh 17.89% daripada syarikat itu dalam perjanjian dagangan dan pengedaran. Kerjasama menjadikan YG Plus sebagai pengedar produk bagi artis-artis HYBE Music (Big Hit dan Pledis) dan artis-artis YG Entertainment pula menyertai Weverse.
Jenis/bentuk sah | Agensi bakat, syarikat rakaman, syarikat awam |
---|---|
Industri | Industri pengiklanan, media massa, industri muzik |
Ditubuhkan | November 2014 |
Ibu pejabat | Seoul , Korea Selatan |
Syarikat induk | YG Entertainment |
Tapak web | www |
sunting · sunting di Wikidata |
YG Entertainment memperoleh Phoenix Holdings, sebuah syarikat perhubungan awam daripada Kumpulan Bongwan pada November 2014 dan menjenamakannya semula sebagai YG Plus.[1][2] Yang Min-suk, adik kepada pengasas YG Entertainment Yang Hyun-suk, telah dilantik sebagai ketua pegawai eksekutif syarikat itu manakala YG Entertainment memiliki 38.6% saham syarikat itu.[3] Pada tahun 2019, YG Plus memasuki industri pengedaran muzik. Pada 27 Januari 2021 telah didedahkan bahawa Hybe Corporation dan anak syarikat teknologinya, Weverse Company (dahulunya beNX) melabur sebanyak KR₩70 bilion (AS$63 juta) di dalam YG Plus.[4] Hybe dengan itu memperoleh 17.9% pegangan syarikat itu dan melalui perjanjian perniagaan dan pengedaran, artis dari YG Entertainment akan menyertai Weverse.[5] Pada Mac 2021, Choi Sung-jun dilantik sebagai CEO baharu manakala Yang Min-suk dilantik sebagai pengarah eksekutif untuk YG Plus.[6]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.