From Wikipedia, the free encyclopedia
XFM ialah sebuah stesen radio di Malaysia yang terkenal kerana hanya memutarkan lagu-lagu Malaysia. Nama asal stesen radio ini adalah XFresh FM, walaupun telah bertukar nama kepada XFM pada Ogos 2008, namun penggunaan nama XFresh dalam logo diteruskan sehingga pertengahan 2009. Stesen ini menyasarkan pendengar remaja. XFM dilancarkan di corong FM pada 28 September 2004 setelah lama hanya berkumandang di Astro Radio dan DVR Player juga dikenali sebagai Digital Visual Radio di bawah nama Varia merupakan salah satu komponen kepada jenama portal web remaja XFresh yang merupakan naungan AMP Radio Networks.[1] Stesen radio ini menggunakan cogan kata "Muzik Malaysia Terbaru Anda". XFM bersiaran secara online bermula pada 9 Julai 2012, frekuensi dan slot di Saluran Astro 858 diambil-alih oleh stesen radio berbahasa Cina, Melody FM.
Bandar | Kuala Lumpur |
---|---|
Kawasan penyiaran | Malaysia |
Slogan |
|
Frekuensi | Berbeza-beza bergantung kepada kawasan (lihat Frekuensi) |
Tarikh siaran pertama | 28 September 2004 |
Format | Radio kontemporari dewasa |
Tarikh siaran terakhir | 9 Julai 2012 |
Bahasa | |
Pemilik | Astro Radio |
Saluran kembar | Hitz FM, Mix FM, Lite FM, Sinar FM, My FM, Melody FM, Era FM, THR Gegar dan THR Raaga |
Berikut ialah barisan bekas penyampai XFM (sehingga 9 Julai 2012).
Setelah Din Beramboi meninggal dunia pada April 2010 akibat demam denggi, Haniff dan Ray (penyampai untuk program Ra'yat Pagi X) telah dipindahkan ke Era FM untuk menemani Aznil Nawawi untuk segmen Riuh Pagi Era bermula Jun 2010. Johan kemudiannya menggantikan Aznil Nawawi dalam segmen pagi pada Januari 2012.
Thevandran a/l Ramanath/Burn juga telah dipindahkan ke Era FM pada November 2008 setelah beberapa orang penyampai di sana telah keluar daripada stesen radio tersebut.
Manakala, Nana (sebelumnya bertugas di Era FM) pula dipindahkan ke XFM untuk tujuan mempromosikan stesen ini, tetapi telah meninggalkan XFM pada Mei 2011.
Pada tahun 2010 juga, menyaksikan X FM kehilangan sejumlah besar pendengar kerana membelakangi motto mereka sendiri, iaitu "berdiri dibelakang bunyi baru muzik Malaysia". XFM membelakangi motto mereka dengan mengudarakan lagu-lagu lama yang kebanyakan adalah lagu 90-an, walaupun telah di kritik oleh pendengar, mereka tetap meneruskan siaran tersebut. Namun, cogankatanya telah bertukar kepada XFM Rocks dan kemudiannya, Muzik Malaysia Terbaru Anda, pada tahun berikutnya.
Frekuensi radio sekarang digunakan oleh radio Melody.
Dan juga di Astro Saluran 858.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.