Nana Mahazan
Pelakon, pengacara, penyampai radio dan penyanyi Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Nurul Hana Che Mahazan [1] atau lebih dikenali sebagai Nana Mahazan (lahir 1 Julai 1983) merupakan seorang selebriti & bergiat sebagai pengacara radio, pengacara, penyanyi dan juga seorang usahawan Malaysia. Nana menceburi bidang hiburan sewaktu menyertai program realiti TV, Akademi Fantasia Musim 1 pada tahun 2003.
Remove ads
Remove ads
Latar belakang
Nurul Hana Che Mahazan dilahirkan pada 1 Julai 1983. Dilahirkan di Muar, Johor dan dibesarkan di Pengkalan Chepa, Kelantan.
Beliau adalah anak perempuan tunggal daripada 4 orang adik-beradik Superitendan Polis Che Mahazan Che Aik dan Rosnah Harun. Membesar di Kuching, Sarawak dan kemudian berpindah ke Seremban dan bersekolah di Sekolah Rendah Dato' Bandar Rasah sehingga Tahun 3. Kemudian keluarga beliau berpindah ke Kota Bharu, Kelantan dan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Dato' Hashim (1) sehingga tamat Tahun 6.
Mendapat pendidikan menengah di Sekolah Menengah Pengkalan Chepa sehingga tamat Tingkatan 5 kerana bapa beliau bertugas sebagai seorang pegawai kanan Polis Diraja Malaysia.
Kemudian beliau melanjutkan pengajian ke Universiti Tun Abdul Razak di Pekan, Pahang dan kemudian menyambung pengajian dalam bidang pengaturcaraan multimedia di Cosmopoint Muar.
Remove ads
Kehidupan peribadi
Beliau telah berkahwin dengan Mohamed Raqeem Brian yang berasal dari Sarawak pada 6 Jun 2009[2] [3] [4] dan dikurniakan dengan sepasang cahaya mata, iaitu, Althea dan Aaqib.[5]
Kerjaya
Bermula sebagai peserta program realiti Akademi Fantasia (musim 1), dan tersingkir pada minggu ke-7. Nana sempat juga menghasilkan 2 single, Katakan dan Lekas untuk album Evolusi 1. Nana kemudiannya ditawarkan pekerjaan sebagai penyampai di ERA FM. Setelah tamat kontrak, Nana bertugas pula di X FM.[6] Setelah menamatkan kontrak, Nana berehat untuk menumpukan kepada kehidupan keluarganya.
Selepas itu, Nana mendapat pelbagai tawaran pengacaraan di televisyen. Pelbagai rancangan bual bicara dan program realiti yang telah beliau terlibat sebagai pengacara.
Nana terlibat dalam bidang perniagaan apabila menghasilkan produk kosmetik jenama sendiri menggunakan nama Nana Mahazan yang dipasarkan oleh Nana Mahazan Beauty.[7]
Filemografi
Filem
Televisyen
Remove ads
Radiografi
Radio
Diskografi
Anugerah dan pencalonan
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads