Warisan Hutan Hujan Tropika Sumatera

From Wikipedia, the free encyclopedia

Warisan Hutan Hujan Tropika Sumateramap
Remove ads

Warisan Hutan Hujan Tropika Sumatera (Bahasa Indonesia: Warisan Hutan Hujan Tropis Sumatra) ialah sebuah kawasan hutan hujan tropika simpan di pulau Sumatera, Indonesia yang diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia oleh badan antarabangsa, UNESCO. Kawasan ini merupakan habitat beberapa spesies terancam seperti harimau Sumatera, orang utan Sumatera, gajah Sumatera, dan badak Sumatera (badak sumbu Kerbau). Tempat ini juga tempat berbagai jenis tumbuhan endemik seperti periuk kera, Rafflesia arnoldi (bunga terbesar dunia), dan bunga bangkai (Amorphophallus titanum), juga bunga tertinggi dunia.

Fakta Segera Maklumat am, Termasuklah ...
Remove ads
Thumb
Bukit Barisan Selatan
Bukit Barisan Selatan
Gunung Leuser
Gunung Leuser
Kerinci Seblat
Kerinci Seblat
Kawasan Warisan Hutan Hujan Tropika Sumatera

Keluasan kawasan hutan simpan ini ialah kira-kira 2.5 juta hektar, dan terdiri daripada tiga buah taman negara di Sumatera, iaitu Taman Nasional Gunung Leuser, Taman Nasional Kerinci Seblat, dan Taman Nasional Bukit Barisan Selatan. Selain memiliki kepelbagaian biologi yang tinggi, hutan hujan tropika Sumatera juga merupakan sumber mata pencarian bagi masyarakat yang tinggal di sana. Beberapa suku tinggal di kawasan ini seperti suku Mentawai dan suku Anak Dalam.

Remove ads
Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads