Kuar angkasa lepas From Wikipedia, the free encyclopedia
Kapal angkasa lepas Voyager 1 ialah kuar angkasa lepas 722 kilogram (1,592 lb) yang dilancarkan oleh NASA pada tahun 1977, untuk mengkaji Sistem Suria bahagian luar dan medium antara najam. Dilancarkan pada 5 September, kapal angkasa ini menerima arahan rutin dan menghantar data kembali melalui Deep Space Network. Dengan jarak sejauh 120 unit astronomi (1.8x1010 km) setakat Februari 2012,[1] ia merupakan object buatan manusia terjauh dari Bumi. Voyager 1 kini berada dalam heliosalut, iaitu lapisan terluar heliosfera. Pada 15 Jun 2012, ahli sains NASA melaporkan yang Voyager 1 mungkin berada sangat dekat untuk memasuki ruang antara bintang dan menjadi objek buatan manusia yang pertama untuk meninggalkan Sistem Suria.[2][3]
Pengendali | NASA / JPL |
---|---|
Jenis misi | Lintas terbang |
Lintas terbang | Musytari, Zuhal |
Tarikh Berlepas | 1977-09-05 12:56:00 UTC (47 tahun, 1 bulan dan 20 hari lalu) |
Kenderaan Pelancar | Titan IIIE / Centaur |
Kawasan Pelancaran | Space Launch Complex 41 Cape Canaveral Air Force Station, Florida, Amerika Syarikat |
Tempoh misi | Sedang dijalankan (misi antara najam) (45 tahun, 9 bulan dan 21 hari berlalu) |
ID COSPAR | 1977-084A |
Laman web | Tapak web Voyager NASA |
Jisim | 721.9 kg (1,592 lb) |
Kuasa | 420 W (3 RTG) |
Pada 12 September 2013, NASA mengumumkan bahawa Voyager 1 telah memasuki ruang antara bintang pada 25 Ogos 2012, sekaligus menjadi objek buatan manusia pertama yang melakukan sedemikian.[4][5][6][7][8][9] Setakat 2013[kemas kini], peneroka angkasa lepas ini bergerak dengan kelajuan relatif Matahari sebanyak 17kms.[10] Tenaga yang terdapat pada peneroka sudah menurun dan tidak akan dapat mengendalikan satu alat pun menjelang tahun 2025.
Sebagai sebahagian daripada program Voyager, bersama dengan kapal kembarnya Voyager 2, kapal angkasa ini dalam misi lanjutan, ditugaskan untuk mencari dan mengkaji sempadan Sistem Suria, termasuk lingkaran Kuiper, heliosfera dan ruang angkasa lepas antara najam. Misi utamanya tamat pada 20 November 1980, selepas melawati sistem Musytari pada 1979 dan sistem Zuhal pada 1980. Ia merupakan kuar angkasa lepas pertama menangkap imej terperinci dua planet terbesar Sistem Suria dan bulan mereka.
Voyager 1 mula mengambil gambar Musytari pada bulan Januari 1979. Jaraknya yang paling dekat dengan Musytari berlaku pada 5 Mac 1979 pada jarak lebih kurang 349,000 kilometer dari pusat planet tersebut.[11] Oleh sebab jaraknya yang lebih dekat membenarkan peleraian yang lebih tinggi, kebanyakan pemerhatian tentang persekitaran bulan, gelang, medan magnet, dan jalur sinaran sistem Musytari dibuat dalam jangka masa 48 jam yang dicapai semasa pendekatan terdekat. Voyager 1 selesai mengambil gambar Musytari pada April 1979.
Kedua-dua peneroka Voyager membuat beberapa penemuan penting tentang Musytari, satelit-satelit, jalur-jalur sinaran, dan gelang planet yang tidak pernah dilihat sebelum ini. Penemuan yang paling memeranjatkan ialah kehadiran aktiviti gunung berapi bulan Io, yang belum pernah dicerap sama ada dari Bumi ataupun oleh Pioneer 10 mahupun Pioneer 11.
Trajektori bantuan graviti di Musytari berjaya dilaksanakan oleh kedua-dua kuar Voyager dan kedua-duanya berjaya menuju ke planet Zuhal dan sistem bulan dan gelang planet tersebut. Penerbangan lalu Voyager 1 pada Zuhal berlaku pada bulan November 1980, dan jarak terdekat yang dicapainya berlaku pada 12 November apabila peneroka tersebut menghampiri Zuhal pada jarak 124,000 km dari awan Zuhal. Kamera kuar ini mengesan struktur-struktur kompleks yang terdapat pada gelang-gelang Zuhal, dan peralatan penderiaan jauhnya dapat mengkaji atmosfera-atmosfera Zuhal dan bulan gergasinya, Titan.[12]
Oleh sebab sebuah atmosfera tebal dan bergas pada Titan telah dikesan Pioneer 11 setahun lampau, para pengawal misi Voyager di Makmal Pendorong Jet (Jet Propulsion Laboratory) memilih untuk menghantar Voyager 1 merapati Titan pada jarak dekat, dan oleh sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, mengakhiri misinya, yakni Pengembaraan Agung, di situ sahaja. (Untuk sambungan Pengembaraan Agung yang melibatkan Uranus dan Neptun, lihat rencana berkaitan dengan Voyager 2.)
Trajektori Voyager 1 yang melibatkan penerbangan lalu melintasi Titan menyebabkan pemesongan graviti yang menghantar peneroka angkasa lepas tersebut terkeluar daripada satah ekliptik, dan dengan itu menamatkan misi penerokaan angkasa lepasnya. Voyager 1 boleh diarah untuk mengambil trajektori lain yang membenarkannya untuk terbang lalu Pluto dengan bantuan kesan lastik graviti Zuhal, akan tetapi pilihan ini tidak diambil kerana penerbangan lalu Titan dikira lebih berniliai dari segi penyelidikan sains dan relatif berisiko rendah.[13]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.