From Wikipedia, the free encyclopedia
Titan ialah bulan terbesar milik Zuhal ditemui pada 25 Mac 1655 oleh ahli astronomi Belanda, Christiaan Huygens, dan merupakan satelit pertama di sistem suria yang ditemui setelah Bulan Galileo milik Musytari. Titan ialah salah satu daripada bulan (bersama dengan bulan Zuhal Enceladus) dalam sistem suria kita yang ditemui mempunyai atmosfera yang ketara.
Penemuan | |
---|---|
Ditemui oleh | Christiaan Huygens |
Tarikh penemuan | 25 Mac 1655 |
Designasi | |
Sebutan | /ˈtaɪtən/ ( dengar) |
Nama alternatif | Zuhal VI |
Ciri-ciri orbit | |
Periapsis | 186680 km 1 |
Apoapsis | 257060 km 1 |
Paksi semimajor | 221870 km 1 |
Kesipian | 0.0288 |
Tempoh orbit | h 15.945 |
Kecondongan | 54° (ke khatulistiwa) 0.348 |
Satelit bagi | Zuhal |
Ciri-ciri fizikal | |
Min jejari | ±2 km ( 2576 Earths) 0.404[1] ( Moons) 1.480 |
Luas permukaan | ×107 km2 8.3 |
Isi padu | ×1010 km3 (0.066 7.16 Bumi) (3.3 Bulan) |
Jisim | ±0.0002)×1023 kg ( (1.3452 Earths) 0.0225[1] ( Moons) 1.829 |
Min ketumpatan | ±0.0044 g/cm3 1.8798[1] |
Graviti permukaan khatulistiwa | m/s2 ( 1.352 g) ( 0.14 Moons) 0.85 |
Halaju lepas | km/s ( 2.639 Moons) 1.11 |
Tempoh putaran | Segerak |
Kecondongan paksi | Sifar |
Albedo | 0.22[2] |
Magnitud ketara | 8.2 hingga 9.0 |
Atmosfera | |
Tekanan atmosfera | kPa 146.7 |
Komposisi | Berubah-ubah Stratosfera: 98.4% nitrogen (N2), 1.4% metana (CH4); Troposfera bawah: 95% N2, 4.9% CH4 |
sunting |
Huygens dengan mudah menamakan penemuannya Saturni Luna ("bulan Zuhal"). Kemudian, Jean-Dominique Cassini menamakan empat bulan yang ditemuinya (Tethys, Dione, Rhea dan Iapetus) Sidera Lodoicea ("bintang-bintang Louis") untuk menghormati Raja Louis XIV. Ahli astronomi menjadi terbiasa memanggil Saturn 1 hingga Saturn 5. Julukan lain yang dipakai adalah "Satelit Saturn Huygen" (atau "Huyghenian"), atau "satelit keenam Zuhal" (dalam urutan jaraknya dari Zuhal, ketika Mimas dan Enceladus turut ditemui tahun 1789).
Nama "Titan" dan nama ketujuh-tujuh satelit milik Zuhal kemudian diketahui berasal dari John Herschel (anak William Herschel, penemu Mimas dan Enceladus) dalam terbitan 1847nya, Results of Astronomical Observations made at the Cape of Good Hope , iaitu dia mengusulkan nama-nama Titan, saudara kandung dari Chronos (Saturn bagi Yunani), untuk digunakan.
Titan mempunyai jarak nyata antara +7.9 dan +8.7 dan menjangkau jarak sudut kira-kira 20 garis tengah Zuhal dari planet tersebut. Bulan ini dapat diamati menggunakan teleskop kecil (diameter lebih dari 5cm) atau teropong kuat.
Titan lebih besar daripada planet Utarid (walaupun kurang berat) dan satelit semula jadi kedua terbesar dalam sistem suria selepas Ganymede. Pada awalnya, Titan dianggarkan sedikit lebih besar daripada Ganymede, tetapi penelitian terbaru menunjukkan bahwa atmosfera tebalnya memantulkan banyak cahaya menyebabkan terlebih kiraan pada diameternya. Seperti sebilangan satelit lainnya, Titan juga lebih besar dan berat daripada Pluto.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.