From Wikipedia, the free encyclopedia
Vaksin COVID-19 ialah vaksin yang digunakan untuk mencegah penyakit koronavirus 2019 (COVID-19). Biarpun tiada vaksin yang telah selesai menjalani ujian klinikal buat masa ini, terdapat beberapa percubaan yang sedang dilakukan untuk membangunkan vaksin itu. Pada akhir Februari 2020, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tidak menjangkakan vaksin terhadap SARS-CoV-2, virus penyebabnya, boleh didapati dalam masa kurang daripada 18 bulan.[1] Pada awal Mac 2020, kira-kira 30 calon vaksin sedang dalam pembangunan.[1] Sehingga September 2020, terdapat 321 vaksin ujian percubaan yang sedang dalam pembangunan.[2] Pada September, 39 calon vaksin sedang dalam ujian klinikal, 33 dalam ujian tahap I–II, dan 6 dalam ujian tahap II–III.[2]
Beberapa jenis koronavirus lain yang menyebabkan penyakit pada haiwan telah memiliki vaksin tersendiri, seperti koronavirus burung, koronavirus anjing, dan koronavirus kucing.[3]
Usaha terdahulu dalam pembangunan vaksin virus keluarga Coronaviridae yang dapat menjangkiti manusia bertujuan untuk pencegahan sindrom pernafasan akut teruk (SARS) dan sindrom pernafasan Timur Tengah (MERS). Vaksin terhadap SARS[4] dan MERS[5] telah diuji pada haiwan. Setakat tahun 2020, tiada vaksin untuk rawatan atau pencegahan SARS terbukti selamat dan berkesan terhadap manusia.[6][7] Menurut jurnal saintifik yang diterbitkan pada 2005 dan 2006, pengenalan dan pembangunan vaksin dan ubat-ubatan baru untuk menyembuhkan SARS menjadi keutamaan bagi kerajaan di seluruh dunia.[8][9][10]
Selain itu, tiada vaksin yang terbukti dapat menangani MERS.[11] Ketika pesakit MERS mula meningkat, awalnya penyelidik yakin bahawa penyelidikan SARS terdahulu dapat memberikan gambaran untuk pembangunan rawatan terhadap MERS-CoV.[6][12] Sehingga Mac 2020, terdapat satu vaksin MERS (berasaskan DNA) yang telah selesai menjalani ujian klinikal fasa I (ujian terhadap orang yang sihat).[13] Kemudian terdapat tiga vaksin lain sedang dibangunkan. Ketiga vaksin tersebut ialah vaksin dengan vektor virus, dua vektor adenovirus (ChAdOx1-MERS,[14][15] BVRS-GamVac[16]), dan satu vektor MVA (MVA-MERS-S[17]).[18]
Ciapan di laman media sosial mendorong kepada penyebaran teori konspirasi yang mendakwa bahawa vaksin sudah tersedia. Namun sehingga kini, vaksin masih dibangunkan dan belum tersedia untuk masyarakat. Beberapa nombor paten yang dipetik di beberapa ciapan media sosial sebenarnya merupakan paten untuk urutan genetik dan vaksin untuk koronavirus jenis lain seperti SARS-CoV dan bukan untuk SARS-CoV-2.[19][20]
SARS-CoV-2 berjaya dikenal pasti pada akhir 2019. Virus tersebut merupakan penyebab penyakit koronavirus 2019. Virus tersebut telah menyebar ke seluruh dunia pada 2020. Ini menjadikan pembuatan vaksin ini dilakukan secepat mungkin dan dengan pelaburan yang amat besar.
Pelbagai pertubuhan menggunakan genom yang dihasilkan untuk mengembangkan vaksin untuk menangani SARS-CoV-2.[21][22] Terdapat kurang lebih 35 syarikat dan lembaga akademik yang terlibat dalam penyelidikan ini.[23]
Calon vaksin, pemaju, dan penaja | Kebenaran kegunaan darurat | Kebenaran sepenuhnya |
---|---|---|
Tozinameran (Comirnaty)[24] | ||
mRNA-1273
|
||
Gam-COVID-Vac (Sputnik V)
|
||
CoronaVac | ||
AZD1222
|
||
BBIBP-CorV
Wuhan Institute of Biological Products |
||
BBV512 (Covaxin)
|
|
|
Ad5-nCoV (Convidicea)
Beijing Institute of Biotechnology of the Academy of Military Medical Sciences |
|
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.