Utopia (disebut /juːˈtoʊpiə/) merujuk kepada sebuah komuniti atau masyarakat ideal yang memiliki sistem sosio-politik sah yang sempurna.[1] Perkataan ini diimport dari Yunani, oleh Sir Thomas More untuk buku beliau yang berjudul sama tahun 1516 di mana ia menghuraikan tentang sebuah pulau rekaan di Lautan Atlantik. Istilah ini telah digunakan untuk memperihalkan kedua-dua komuniti terancang yang cuba untuk mencipta sebuah masyarakat ideal, dan masyarakat rekaan yang digambarkan dalam sastera. Ia telah melahirkan konsep-konsep lain, yang paling utama ialah distopia.
Kata ini datang daripada Yunani: οὐ , "bukan", dan τόπος, "tempat". Kata sebunyi Inggeris, Eutopia, diterbitkan daripada kata Yunani εὖ, "bagus" atau "baik", dan τόπος, "tempat", menandakan adanya dwimakna.
Wikiwand in your browser!
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.