Remove ads
From Wikipedia, the free encyclopedia
Universiti Iskandariah (Arab: جامعة الإسكندرية ) adalah sebuah universiti di Iskandariah, Mesir. Ia ditubuhkan pada tahun 1938 sebagai kampus satelit Universiti Fuad (kemudiannya ditukar kepada Universiti Kaherah), menjadi entiti berasingan pada tahun 1942. Ia pernah dikenali sebagai Universiti Farouk sehinggalah Revolusi Mesir 1952 apabila namanya ditukar kepada Universiti Iskandariah. Taha Hussein adalah rektor pengasas Universiti Iskandariah. Universiti ini merupakan universiti kedua terbesar di Mesir dan mempunyai kerjasama dengan pebagai universiti dalam melaksanakan penyelidikan terkini.
Nama lama | Universiti Farouk (1938–1952) |
---|---|
Jenis | Universiti awam |
Ditubuhkan pada | 1938 |
Staf pentadbiran | 18,450[1] |
Siswazah | 175,591 |
Ijazah/Sarjana | 19,510[1] |
Lokasi | , |
Kampus | Bandar |
Ketika universiti ini menjadi institusi bebas pada 1942, universiti mempunyai fakulti:
Selepas tempoh ini, beberapa fakulti dan institut ditubuhkan;
Pada tahun 1989, empat fakulti, terletak di Iskandariah tetapi ditadbir oleh Universiti Helwan, telah digabungkan ke Universiti Iskandariah. Fakulti tersebut adalah Fakulti Pertanian, Fakulti Seni Halus, Fakulti Pendidikan Jasmani dan Sains Kesihatan untuk lelaki dan Fakulti Pendidikan Jasmani dan Sains Kesihatan untuk pelajar perempuan.
Prof. Hind Mamdouh Hanafi
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.