Unis (kumpulan muzik)

From Wikipedia, the free encyclopedia

Unis (kumpulan muzik)
Remove ads

Unis (Korea: 서스; RR: Yuniseu; MR: Yunisŭ) digayakan dalam semua huruf besar, juga dikenali U&iS) adalah kumpulan wanita dari Korea Selatan yang dibentuk dan diuruskan oleh F&F Entertainment melalui rancangan realiti survival Universe Ticket (2023–24). Kumpulan ini terdiri daripada lapan orang ahli: Hyeonju, Nana, Gehlee, Kotoko, Yunha, Elisia, Yoona dan Seowon. Kumpulan ini debut pada 27 Mac 2024 dengan album mini (EP) pertama mereka We Unis.

Fakta Segera Maklumat latar belakang, Asal ...
Remove ads
Remove ads

Nama

Thumb
Logo rasmi

Nama kumpulan ini diperolehi sebagai singkatan daripada "U&I Story", serta "UNiverse Is Started", yang melambangkan keinginan kumpulan itu untuk terus menulis kisahnya sendiri untuk mencapai impian mereka yang bermula di Universe Ticket.[1]

Sejarah

Aktiviti pembentukan dan pra-debut

Unis telah ditubuhkan melalui rancangan survival realiti SBS Universe Ticket yang disiarkan dari 18 November 2023, hingga 17 Januari 2024.[2][3] Rancangan itu membawa 82 orang peserta dari seluruh dunia, terutamanya di Korea Selatan, Jepun, China, Thailand, Myanmar, Vietnam, Filipina dan Kanada, untuk bersaing untuk membuat debutdalam kumpulan wanita multinasional.[4]

Sebelum muncul dalam program tersebut, beberapa ahli telah pun bergiat aktif dalam industri hiburan. Pada 2017, Hyeonju adalah ahli kumpulan wanita Good Day di bawah nama Lucky[5] dan bertanding dalam The Unit: Idol Rebooting Project.[6] Bagaimanapun, dia telah tersingkir dalam pusingan penyingkiran ketiga dan debut semula sebagai ahli Cignature pada 2020 di bawah nama Belle.[6] Pada Disember 2020, Seowon muncul sebagai peserta dalam rancangan survival realiti Miss Trot 2.[7] Beberapa ketika selepas rancangan, Seowon menandatangani kontrak dengan Lean Branding[8] dan memulakan debut rasminya sebagai penyanyi solo pada 24 April 2021, dengan mengeluarkan single digital pertamanya "Shoulder Dance".[9] Pada Mac 2021, Yoona menyertai kumpulan muzik dan YouTube kolektif Play With Me Club yang ditubuhkan oleh PocketTV dan lulus daripada kumpulan itu pada 25 Mac 2022.[10] Pada Oktober 2021, Nana bertanding dalam Who Is Princess?.[11] Dia menduduki tempat kelima dan membuat debutnya sebagai ahli kumpulan wanita Prikil lima ahli pada Mei 2022.[12]

2024–kini: Debut dengan We Unis dan Curious

Pada 18 Januari 2024, dilaporkan bahawa Unis akan memulakan debut pada bulan Mac. Kemudian, diumumkan bahawa kumpulan ini akan membuat debut mereka pada 27 Mac 2024, dengan album mini We Unis.[13] Pada 7 Mac, kumpulan itu mengeluarkan jadual promosi untuk album itu.[14] Pada 27 Mac, kumpulan ini membuat debut mereka dengan mengeluarkan album mini pertama mereka We Unis bersama-sama dengan single utamanya "Superwoman".[15] Pada 3 April, telah diumumkan bahawa kumpulan ini akan mengadakan jelajah fansign di Filipina, dalam Jelajah Filipina U&iS Fansign. Ia bermula pada 4 Mei di Cebu dan 5 dan 6 Mei di Manila.[16][17]

Pada 12 Julai, diumumkan bahawa kumpulan ini akan mengeluarkan album single pertama mereka Curious pada 6 Ogos.[18] Pada 14 Julai, kumpulan itu mengeluarkan jadual promosi untuk album itu [19] Pada 6 Ogos, kumpulan ini membuat comeback mereka dengan mengeluarkan album single pertama mereka "Curious" bersama-sama dengan single utamanya dengan nama yang sama.[20] Pada 3 September, telah diumumkan bahawa kumpulan inu akan membuat debut rancangan realiti solo pertama mereka "Unibus Tour" pada 24 September. Siri ini akan disiarkan di saluran YouTube 'VISIT BUSAN', meneroka tarikan tempatan dan berkongsi detik unik.[21] Pada 11 September, telah diumumkan bahawa kumpulan inu akan mengadakan perjumpaan peminat Jepun pertama mereka, bertajuk "UNIS Japan 1st Fanmeeting CURIOUS" di Tokyo, Jepun pada 23 September.[22] Pada 2 Oktober, telah diumumkan bahawa kumpulan ini akan mengadakan fan con pertama mereka di Filipina, bertajuk "UNIS di CURIOUSland" yang akan berlangsung selama 2 hari diadakan pada 25 Oktober di New Frontier Theatre di Manila, dan 26 Oktober di Waterfront Cebu City Hotel di Cebu.[23]

Remove ads

Ahli

  • Hyeonju (현주) – Ketua[24]
  • Nana (나나)
  • Gehlee (젤리)
  • Kotoko (코토코)
  • Yunha (윤하)
  • Elisia (엘리시아)
  • Yoona (윤아)
  • Seowon (서원)

Diskografi

Album mini

Maklumat lanjut Tajuk, Butiran album ...

Album single

Maklumat lanjut Tajuk, Butiran album ...

Single

Maklumat lanjut Tajuk, Tahun ...
Remove ads

Videografi

Video muzik

Maklumat lanjut Tajuk, Tahun ...
Remove ads

Filemografi

Rancangan realiti

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...
Remove ads

Anugerah dan pencalonan

Maklumat lanjut Anugerah, Tahun ...
Remove ads

Nota

    Rujukan

    Pautan luar

    Loading content...
    Loading related searches...

    Wikiwand - on

    Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

    Remove ads