ULD

From Wikipedia, the free encyclopedia

ULD
Remove ads

Alat beban unit (bahasa Inggeris: unit load device, singkatan ULD) ialah sejenis palet atau kontena yang digunakan untuk memuatkan bagasi, barangan dan mel di atas pesawat berbadan lebar dan sebahagian pesawat berbadan sempit. Ia membolehkan kuantiti kargo yang banyak dibandelakan kepada satu unit, sekaligus mengurangkan masa pengendalian dan mengelakkan kelewatan penerbangan. Setiap ULD memiliki daftar muatannya sendiri agar semua kandungan dapat dijejaki.

Thumb
ULD jenis "LD3-45"
Remove ads

Jenis

ULD datang dalam dua bentuk iaitu palet dan kontena. Palet ULD ialah kepingan aluminium tahan lasak dengan bingkai, yang direka untuk mengunci kargo ke dalam pemegang jaring. Kontena ULD pula ialah kontena tertutup yang dibuat dari aluminium atau kombinasi aluminium (untuk bingkai) dan lexan (untuk dinding). Terdapat juga ULD yang dilengkapi dengan alat penyejukan untuk kargo khas. Berikut adalah contoh ULD dan spesifikasinya.

Maklumat lanjut Jenis kontena, Isi padu ...


Isi padu palet yang dinyatakan dibina 64 inci tinggi untuk pemuatan di geladak bawah. Had ketinggian untuk geladak utama adalah bergantung kepada jenis pesawat.
Remove ads

Kesesuaian pesawat

Thumb
ULD jenis LD-3

LD3, LD6, dan LD11 sesuai untuk 787s, 777, 747, MD-11, L-1011, dan semua Airbus berbadan lebar. 767 menggunakan LD2 dan LD8 yang lebih kecil kerana fiuslajnya yang lebih sempit. LD1 direka khusus untuk 747, tetapi ia sering digantikan dengan LD3 yang lebih terkenal (kedua-duannya memiliki dimensi tapak yang sama). Palet LD7 sesuai untuk 787, 777, 747, model terbaru 767 (dengan pintu besar), dan Airbus berbadan lebar.

Kapasiti ULD

Muatan pesawat boleh terdiri daripada kontena, palet, dan campuran jenis-jenis ULD, bergantung kepada keperluan. Jadual di bawah menunjukkan kapasiti maksimum untuk sebuah pesawat bagi semua jenis konfigurasi palet dan kontena.

Maklumat lanjut Pesawat, Kapasiti maksimum kontena ...
Kapasiti maksimum yang dinyatakan tidak termasuk had berat.
Jumlah sebenar ULD yang dimuatkan mungkin lebih rendah jika pesawat sudah melebihi had berat.
Remove ads

Pengenalan

Semua ULD dikenal pasti dengan nombor ULD nya. Awalan 3 abjad menunjukkan jenis, diikuti dengan 4 atau 5 digit nombor siri (4 jika sebelum 1 Oktober 1993; samada 4 atau 5 jika selepas 1 Oktober, 1993) yang unik untuk setiap ULD, dan diakhiri dengan 2 abjad dan digit yang menentukan pemilik ULD. [7]

Awalan biasa

  • AVY[8]: LD1 dengan lubang foklif
  • AKC[8]: LD1 tanpa lubang foklif
  • DPN[8]: LD2 dengan lubang foklif
  • DPE[8]: LD2 tanpa lubang foklif
  • AKN[8]: LD3 dengan lubang foklif
  • AKE[8]: LD3 tanpa lubang foklif
  • QKE: LD3 sama seperti AKE tetapi diperbuat dari KEVLAR dan kalis bom. Tiada lubang foklif
  • RKN[8]: LD3 dengan unit penyejukan
  • ALB[8]: LD4 dengan lubang foklif
  • ALP[8]: LD4 tanpa lubang foklif
  • AWC[8]: LD6 dengan lubang foklif
  • ALF[8]: LD6 tanpa lubang foklif
  • PAD[8]: LD7, palet besar (88" x 125"), rata
  • P1P[8]: LD7, palet besar (88" x 125"), sayap boleh lipat untuk digantung
  • XAW[8]: LD7, palet besar (88" x 125"), sayap tetap untuk digantung.
  • AAA: kontena LD7 (88" x 125"), 81" tinggi, terkontur untuk geladak utama pesawat berbadan sempit
  • AAD: kontena LD7 (88" x 125"), 96" tinggi, terkontur untuk geladak utama pesawat berbadan lebar (aka A1)
  • AAY: kontena LD7 (88" x 125"), 81" tinggi, terkontur untuk geladak utama pesawat berbadan lebar dan sempit (aka A2)
  • AAZ: kontena LD7 (88" x 125"), 64" tinggi, terkontur untuk geladak utama pesawat berbadan lebar dan sempit (aka L9)
  • PMC: LD7, palet besar (96" x 125")
  • AMJ: kontena LD7 (86" x 125"), 96" tinggi, terkontur untuk geladak utama pesawat berbadan lebar (aka M1)
  • DQF[8]: LD8 dengan lubang foklif
  • FQA: palet LD8 (dimensi tapak yang sama dengan DQF)
  • AAP[8]: LD9
  • RAP[8]: LD9 dengan unit penyejukan
  • ALD: LD11 container (aka L11)
  • ALP[8]: LD11 tanpa lubang foklif
  • RWB[8]: LD11 dengan unit penyejukan
  • FLA[8]: palet LD11
  • PLA[8]: palet LD11
  • AAF[8]: kontena LD26
  • AAU[8]: kontena LD29
  • RAU[8]: kontena LD29 dengan unit penyejukan
  • AMU[8]: kontena LD39 terkontur sama seperti ALF, tetapi mempunyai sambungan lebih dalam dan besar. kontena geladak bawah yang terbesar
  • AKH, AKW: LD3-45 selalunya untuk A320/321, sama tapak seperti AKE, terdapat sambungan di kedua belah, 45 inci tinggi
  • AMA[8]: kontena M1
  • AMD[8]: kontena M1H
  • AGA[8]: kontena M2
  • PGA[8]: M6, palet besar, 96 × 238.5 inci. untuk geladak utama pesawat pengangkut
  • VRA[8]: M6, palet besar, 96 × 196 inci. rak berkembar.
  • HMA[8]: (berbentuk) kandang kuda
  • KMA[8]: (berbentuk) kandang bebiri dan kambing

Abjad di posisi 1 menunjukkan kategori ULD (pengesahan, jenis ULD, unit terma)[9];
Abjad di posisi 2 menunjukkan dimensi tapak piawai[9];
Abjad di posisi 3 menunjukkan kontur, lubang foklif, dan pelbagai maklumat lain
[9].

Remove ads

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads