Tiger Stripes

From Wikipedia, the free encyclopedia

Tiger Stripes ialah filem seram badan terbitan bersama antarabangsa 2023,[1] diarahkan dan ditulis oleh Amanda Nell Eu dalam penampilan sulungnya sebagai pengarah dan dikeluarkan oleh syarikat Ghost Grrrl Pictures.

Fakta Segera Pengarah, Penulis ...
Tiger Stripes
PengarahAmanda Nell Eu
PenulisAmanda Nell Eu
Dihasilkan oleh
  • Foo Fei Ling
  • Patrick Mao Huang
  • Fran Borgia
  • Juliette Lepoutre
  • Pierre Menahem
  • Jonas Weydemann
  • Ellen Havenith
  • Yulia Evina Bhara
Dibintangi
SinematografiJimmy Gimferrer
Disunting olehCarlo Francisco Manatad
Muzik olehGabber Modus Operandi
Syarikat
penerbitan
Ghost Grrrl Pictures
Diedarkan olehNetflix
Tarikh tayangan
  • 17 Mei 2023 (2023-05-17) (Cannes)
Masa tayangan
95 minit
Negara
  • Malaysia
  • Taiwan
  • Singapura
  • Perancis
  • Jerman
  • Belanda
  • Indonesia
  • Qatar
BahasaMelayu
Tutup

Filem ini mempunyai tayangan perdana dunia di Festival Filem Cannes 2023 pada 17 Mei 2023 di mana ia memenangi Hadiah Utama Minggu Pengkritik Antarabangsa.

Plot

Zaffan, seorang gadis berusia 11 tahun, mula mengalami perubahan fizikal pada tubuhnya apabila dia melalui proses akil baligh.

Pelakon

Pembikinan

Semasa pengeluarannya, Tiger Stripes telah mengumpul tujuh kredit pembangunan projek, termasuk Open Doors Locarno Festival, Network of Asian Fantastic Films, Talents Tokyo, NMSP Project Development Fund, Hubert Bals Fund Bright Future, Less Is More Event, dan SEAFIC Lab.[4]

Keluaran

Filem ini mempunyai tayangan perdana dunia di Festival Filem Cannes 2023 pada 17 Mei 2023.[5] Ia memenangi anugerah untuk Hadiah Utama Minggu Pengkritik Antarabangsa.[6]

Pada April 2023, Jour2fête memperoleh hak pengedarannya di Perancis.[7]

Ia dipilih oleh Finas untuk mewakili Malaysia bagi kategori Filem Cetera Antarabangsa Terbaik di Anugerah Akademi (Oscars) ke-96.

Penerimaan kritik

Pada tapak web pengagregat ulasan Rotten Tomatoes, 100% daripada 6 ulasan pengkritik adalah positif, dengan penilaian purata 6.7/10.[8] Metacritic, yang menggunakan purata wajaran, memberikan filem itu skor 65 daripada 100, berdasarkan 4 pengkritik, yang menunjukkan "ulasan secara umumnya positif".[9]

Fionnuala Halligan dari Screen International menyifatkan filem itu sebagai "sebuah drama kedewasaan bertumpukan wanita yang diperhatikan dengan baik".[3] Peter Bradshaw dari The Guardian menilai filem itu dengan memberi tiga daripada lima bintang dan memuji arahan Nell Eu serta persembahan pelakon yang lebih muda.[2]

Penghargaan

Maklumat lanjut Anugerah, Tarikh upacara ...
Anugerah Tarikh upacara Kategori Penerima Keputusan Ruj.
Festival Filem Cannes 25 Mei 2023 Grand Prix Minggu Pengkritik Amanda Nell Eu Menang [10]
27 Mei 2023 Caméra d'Or Tercalon
Tutup

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.