From Wikipedia, the free encyclopedia
The Amazing Race Asia adalah rancangan permainan televisyen realiti berdasarkan siri, The Amazing Race dari Amerika Syarikat. Ansuran tayangan musim kelima kembali selepas terhenti selama 6 tahun.
Rencana ini memerlukan kemas kini dalam Bahasa Melayu piawai Dewan Bahasa dan Pustaka. Silalah membantu. Anda boleh rujuk: Laman Perbincangannya • Dasar dan Garis Panduan Wikipedia • Manual Menyunting |
The Amazing Race Asia (season 5) | |
Fail:Amazing-race-asia-season-5.png | |
Tayangan | 13 Oktober 2016 – |
---|---|
Penggambaran | – |
Benua dilawati | 1 |
Negara dilawati | 6 (pada pusingan ke-8) |
Bandar dilawati | 15 (pada pusingan ke-8) |
Bilangan pusingan | 10 |
Kronologi musim | |
Sebelum | The Amazing Race Asia 4 |
Musim ini ditayangkan pada 13 Oktober 2016 dan berjanji untuk menjadi musim yang paling membakar adrenalin. [1] Sebelas pasukan telah dipilih dari teluk rantau untuk bersaing dalam perlumbaan yang kuat ke seluruh dunia bagi peluang untuk memenangi AS$ 100,000 dalam tunai.[2]
Allan Wu[3] kembali untuk menjadi pengacara bagi musim kelima The Amazing Race Asia dan musim ke-11 The Amazing Race francais keseluruhan. Tara Basro, seorang pelakon filem wanita Indonesia mengacara musim ini bersama Wu hanya ketika di Indonesia sahaja.
Pada 20 Mei 2016, Sony Pictures Television (SPT) Networks Asia mengumumkan bahawa The Amazing Race Asia akan kembali untuk musim kelima selepas terhenti selama enam tahun dan akan disiarkan oleh AXN Asia.
Dengan bantuan penajaan daripada Wonderful Indonesia, musim ini merupakan musim pertama yang berlumba di sebuah negara lebih daripada 2 pusingan berturut-turut.
Timbalan Menteri Pelancongan Indonesia Sapta Nirwandar menghantar pasukan melepasi garisan permulaan. Ini adalah kali pertama di mana-mana edisi seluruh dunia bahawa Perlumbaan tidak dimulakan oleh pengacara.
Zabrina Fernandez & Joe Jer Tee, pemenang musim pertama, merupakan penyambut di Pit Stop pada Pusingan 3 di negara asal mereka, Malaysia.
Tidak seperti musim sebelumnya yang mengadakan perlumbaan di Vietnam, penanda perjalanan yang biasa yang berwarna kuning dan merah tidak ditukar. Musim sebelumnya telah menukarkan warna penanda perjalanan bagi mengelakkan pengeliruan dengan bendera Vietnam Selatan, tetapi di musim ini tidak.
Aplikasi untuk musim ini bermula pada 23 Mei 2016 dan tutup pada 30 Jun 2015 (18 hari diperpanjang daripada hari tutup yang asal pada 12 Jun 2016).[4]
Meneruskan trend aplikasi pemain bagi francais Asia, pemain-pemain terdiri daripada beberapa selebriti tempatan atau saudara mereka.
Ini bukan sahaja merupakan musim yang tidak memaparkan pasukan dari Hong Kong, tetapi juga musim pertama yang memaparkan pasukan dari Vietnam.
Wonderful Indonesia, GrabTaxi, Garuda Indonesia merupakan penaja bagi perlumbaan ini. Kementerian Pelancongan Indonesia, Arief Yahya, mendedahkan bahawa perlumbaan ini akan bermula di Jakarta dan seterusnya ke destinasi tempatan di Indonesia serta Singapura, Kuala Lumpur, Ho Chi Minh City, Manila dan Taipei sebelum tamat di Bali.[5]
Pasukan berikut menyertai perlumbaan kali ini, dengan hubungan antara ahli pasukan diumumkan pada 28 Julai 2016 dari laman web AXN. Kedudukan semasa mereka disenaraikan seperti berikut:
Pasukan | Hubungan | Kedudukan (mengikut pusingan) | Roadblocks | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1 | 2 | 3 | < 4>2 | 5ƒ | ⊂ 6⊃ | 7 | < 8>2 | 9 | 10 | ||||
Treasuri & Louisa | Kawan Baik | 2 | 3 | 1 | 1 | 1 | 5 | 3 | 1 | 4 < ⊂ | - | Treasuri 5, Louisa 4 | |
Eric & Rona | Pasangan berkahwin | 4 | 4 | 6 | 4 | 3 | 4 | 5 | 2 | 1⊃ | 3 | Eric 5, Rona 5 | |
Parul & Maggie | Ratu Cantik | 7 | 6 | 5 | 3 | 4 | 3 | 4 | 3 | 2> | 1 | Parul 5, Maggie 5 | |
Yvonne & Chloe | Ratu Cantik | 9 | 1 | 3 | 5 | 2 | 2 | 2 | 4 | 3 | 2 | Yvonne 5, Chloe 5 | |
JK & Mike | DJ Radio | 3 | 8 | 7 | 7 | 5 | 1 | 1 | 5 | JK 4, Mike 4 | |||
Anita & Tom | Berpacaran | 8 | 2 | 4 | 2 | 6 | 6 | Anita 2, Tom 3 | |||||
Will & Alex | Abang Berotot | 5 | 7 | 2 | 6 | 7 | Will 2, Alex 2 | ||||||
Rach & Vicky | Pengacara Pelancongan | 6 | 5 | 8 | 8 | Rach 1, Vicky 2 | |||||||
Alphaeus & Brandon | Kawan Sekolah | 1 | 9 | Brandon 0, Alphaeus 1 | |||||||||
Rei & Keiji | Adik-Beradik | 10 | Rei 0, Keiji 0 | ||||||||||
Lisa & Nicole | Pasangan Hidup | 111 | Lisa 0, Nicole 0 | ||||||||||
Hadiah diberikan kepada pasukan pertama yang menghabiskan sebuah pusingan.
Destinasi | Perjalanan udara Perajalan kereta api Perjalanan air Perjalanan bas |
---|---|
Penanda perjalanan | Detour Roadblock Fast Forward Yield U-Turn Speed Bump Pit Stop |
Tarikh tayangan: 13 Oktober 2016
Detour pertama bagi perlumbaan adalah pilihan antara Fix (Baiki) dan Freight (Mengangkut). Dalam Fix, pasukan pergi ke Taman Fatahillah. Di sana, mereka perlu membaiki dan memasang tayar basikal Onthel (Indonesia) sebagaimana contoh yang diberi. Sekiranya hakim telah berpuas hati, mereka akan mendapat petunjuk seterusnya. Dalam Freight, pasukan pergi ke Pelabuhan Sunda Kelapa. Mereka perlu mengisi sebuah guni dengan pasir dari pinisi dan mengangkutnya ke dok untuk mengisi empat tong. Sekiranya semua tong penuh, pasukan mendapat petunjuk seterusnya.
Tarikh tayangan: 20 Oktober 2016
Semasa di Pit Stop, pasukan dipindahkan ke Jalan Pecenongan di Jakarta untuk memulakan pusingan ini. Detour kali ini adalah pilihan antara Basket Bikes (Bakul Basikal) dan Bandung Biathlon (Bandung Duathlon). Dalam Basket Bikes, pasukan mesti menaiki basikal menuruni bukit melalui 5 km trek basikal dan menghantar 2 dozen telur di dalam bakul kepada penjaja telur. Hanya apabila semua telur mereka dalam keadaan sempurna, mereka akan mendapat petunjuk seterusnya. Jika mana-mana telur itu pecah semasa dalam perjalanan, pasukan harus mulakan tugas itu sekali lagi. Dalam Bandung Biathlon, pasukan mesti menembak satu set sasaran menggunakan senjata buluh tradisional sambil berjalan menaiki bukit menggunakan sepasang ski tanah tradisional, dikenali sebagai bakiak (Indonesia). Apabila mereka sudah menembak semua sasaran, mereka mendapat petunjuk seterusnya.
Bagi Roadblock yang pertama dalam perlumbaan, satu ahli pasukan harus mencari Hero Wayang Golek (Indonesia), patung tradisional Indonesia dari sebahagian besar kebun teh itu. Apabila mereka sudah menjumpai patung tersebut, mereka bertukar-tukar patung itu dengan petunjuk seterusnya.
Tarikh tayangan: 27 Oktober 2016
Semasa berada di Pit Stop, semua pasukan dipindahkan ke Jalan Merdeka di Bandung untuk memulakan pusingan ini. Dalam Roadblock, satu ahli pasukan harus menakik turun 300 kaki (91 m) Menara Great Eastern dan mengambil sebuah bendera yang digantung pada bangunan tersebut untuk mendapat petunjuk seterusnya. Kalau mereka terlepas mengambil bendera atau menjatuhkannya, mereka harus memulakan tugas itu semula.
Dalam Detour, pasukan harus memilih antara Street Art (Seni Jalanan) dan Street Play (Drama Jalanan). Dalam Street Art, pasukan harus menaiki beca di sekitar kawasan Lebuh Armenian dan mencari lima seni jalanan Pulau Pinang seperti mana yang telah ditunjukkan dalam gambar yang diberi. Kemudian, mereka harus meyakinkan penduduk tempatan untuk mengambil gambar mereka di setiap mural. Setiap gambar yang diambil mesti memenuhi syarat seperti syarat yang spesifik serta bilangan penyertaan pelancong. Setelah mereka telah mendapat lima gambar dari setiap mural, mereka akan mendapat petunjuk seterusnya. Dalam Street Play, pasukan pergi ke Han Jiang Ancestral Temple. Kemudian, mereka harus belajar untuk mempersembahkan sebuah dua minit rutin pergaduhan opera Cina sebelum mereka mempersembahkannya di hadapan hakim dengan iringan muzik. Sekiranya hakim berpuas hati, mereka akan mendapat petunjuk seterusnya.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.