Terminal komputer ialah peranti perkakasan elektronik atau peranti perkakasan elektromekanik yang digunakan untuk memasukkan dan mengeluarkan data ke dalam komputer[1] (atau sistem pengkomputan), dengan data itu dipaparkan pada skrin monitor. Ia merupakan salah satu contoh antara muka manusia-mesin (HMI).

Thumb
Terminal mod aksara ASCI televideo yang menggunakan mikropemproses, k.k. 1982.
Thumb
Terminal teks biasa menghasilkan input dan memaparkan output serta ralat.

"Terminal teks" (seringnya dipanggil dengan mudah sebagai "terminal" atau kekadangnya sebagai "konsol teks") ialah antara muka komputer bersiri untuk memasukkan dan memaparkan teks sahaja. Kebanyakan terminal teks disambungkan kepada komputer kerangka utama dan seringnya memiliki skrin yang berwarna hijau atau kuning jingga. Ia biasanya berkomunikasi dengan komputer melalui port bersiri yang biasanya menggunakan antara muka bersiri RS-232.

Terminal pengguna awal yang disambungkan kepada komputer umumnya merupakan telepencetak elektromekanik (TTY) yang pada asalnya bertujuan untuk telegrafi. Menjelang awal dekad 1970-an, banyak orang dalam industri komputer menyedari bahawa terminal kemasukan data video dapat menggantikan kad tebuk yang digunakan secara meluas ketika itu lalu memperkenalkan penggunaan komputer interaktif. Masalahnya adalah bahawa penyimpanan maklumat pada halaman teks memerlukan jumlah ingatan sebesar ingatan minikomputer bawahan yang digunakan ketika itu. Dengan itu, satu dorongan utama untuk membangunkan mikrokomputer merupakan pemudahan dan pengurangan bahan elektronik yang diperlukan di dalam terminal.

Terminal dungu

Makna yang khusus untuk istilah terminal dungu berbeza-beza, bergantung kepada konteksnya. Dalam konteks terminal komputer tradisional yang berkomunikasi melalui sambungan RS-232 bersiri, terminal dungu merupakan terminal yang boleh menterjemahkan bilangan kod kawalan (CR, LF, dll.) yang terhad, tetapi tidak berupaya memproses jujukan lepasan khusus yang menjalankan fungsi seperti menghapuskan baris, memadamkan skrin, atau mengawal kedudukan kursor.

Dalam konteks yang lebih umum yang merangkumi semua bentuk peranti komunikasi komputer papan kekunci/skrin, istilah "terminal dungu" kekadang merujuk kepada mana-mana satu jenis terminal komputer tradisional yang berkomunikasi secara bersiri melalui sambungan RS-232 tetapi tidak memproses data atau melaksanakan atur cara pengguna di dalam terminal. Terminal ini termasuk komputer peribadi, stesen kerja tanpa cakera, komputer rangkaian, pelanggan kecil, dan Terminal X. Istilah "terminal dungu" kekadang juga merujuk kepada:

  • terminal komputer awam yang hanya memiliki keupayaan teks monokrom sahaja; dan
  • terminal yang menghantar setiap aksara semasa ditaip, berbanding dengan menunggu sehingga ia ditinjau oleh komputer hos.

Terminal "cerdas" kemudian diperkenalkan, dengan VT52 dan VT100 dikeluarkan oleh DEC. Kedua-dua terminal ini masih dilagak dalam perisian secara meluas. Terminal ini digelar "cerdas" kerana berupaya menterjemahkan jujukan lepasan untuk menempatkan kursor dan mengawal paparan.

Terminal grafik

Kebanyakan terminal pada hari ini merupakan terminal grafik, iaitu ia boleh memaparkan imej yang berwarna, serta teks yang terdiri daripada berbagai-bagai saiz, warna dan fon (muka taip) pada skrin komputer. Istilah moden untuk terminal grafik ialah "pelanggan kecil". Apabila peranti sebegini menggunakan paparan video seperti tiub sinaran katod, ia digelar sebagai "unit paparan video", "unit paparan tampak (VDU), atau "terminal paparan video" (VDT). Unit paparan grafik tidak menggantikan terminal teks sama sekali kerana terminal teks memudahkan kerja pengatur cara komputer serta juga sesuai digunakan untuk antara muka garis perintah dan antara muka pengguna teks.

Lihat juga

  • Apple I, komputer rumah yang terawal, dengan terminal dungu terbina
  • HASP, terminal IBM RJE yang umum
  • Blit (terminal komputer)
  • HP 2640, terminal berasaskan mikropemproses yang menggabungkan ASCII bersiri dengan bentuk mod blok dan kekunci fungsi berlabel
  • HP X-Terminal, dikeluarkan pada 1990-an dan yang digunakan sebagai bahagian depan grafik (pelayan X) untuk sistem Unix (pelanggan kecil yang awal memuat turun sistem pengendaliannya, kebanyakannya menerusi TFTP/BOOTP)
  • IBM 2780, terminal IBM RJE yang umum
  • IBM 3270 dan IBM 5250: sejenis terminal syarikat klasik yang memaparkan borang pratertakrif dengan menggunakan protokol 3270 atau protokol 5250 untuk berkomunikasi dengan hos. Protokol ini ialah teknologi antara muka pengguna piawai untuk komputer kerangka utama IBM (3270) dan komputer julat tengah (5250) seperti S/36 dan AS/400. Pada hari ini, terminal dilagak, berbanding dengan penggunaan peranti khusus.
  • IBM 3780, terminal IBM RJE yang umum
  • Konsol komputer, untuk peranti output teks sebagai pesanan pentadbiran sistem
  • Konsol maya, untuk konsep yang membenarkan terminal berbilang pada satu perkakasan
  • Masukan kerja jauh (RJE), terminal untuk penyerahan, pengawalan, dan pencetakan kerja jauh
  • Minitel
  • Paparan skrin hijau
  • Pelanggan kecil
  • Tektronix 4014, tiub storan untuk grafik vektor
  • TV Typewriter, terminal buatan rumah yang amat sangat sederhana yang digunakan pada komputer rumah yang awal
  • Pelayan terminal

Rujukan

Pautan luar

Wikiwand in your browser!

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.

Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.