Fon atau pasuan[1] (font) ialah bentuk aksara termasuk huruf, angka dan tanda baca dalam sesebuah muka taip dengan ukuran dan gaya tertentu agar boleh dibaca selepas dicetak atau dipaparkan.
Bentuk-bentuk ini boleh digayakan dengan mengubah sedikit penampilan pada sebahagian perkataan agar lebih menonjol daripada petikan penulisan lain untuk tujuan tertentu:
huruf yang tebal (dalam bahasa Inggeris: bold) garis asas berbanding teks sekeliling[2] menunjukkan perkataan yang penting dan mesti diingati sebelum bacaan selanjutnya boleh disusuli. Kamus-kamus juga menebalkan perkataan yang didahulukan sebelum takrifannya agar senang dicari daripada banyak perkataan yang sama huruf mulanya serta berderet-deret.[3]
huruf yang condong (dalam bahasa Inggeris: italic) digunakan untuk membezakan seberapa benda penting:
antara dua bahasa berlainan dalam sesebuah penulisan,
judul sesebuah karya termasuk filem, penerbitan seperti majalah dan surat khabar,
penamaan sesebuah spesies hidupan yang lazim menggunakan bahasa Latin (contoh: Panthera tigris, Homo sapiens)
"Kelajuan cahaya atau c bersamaan kira-kira 3.00×108m/s."[4][5][6]
Font yang dipinjam kepada istilah "fon" datangnya daripada istilah Perancis bermaksud "tuangan, cairan" terbitan kata dasar fondre diakar kata Latin fundo yang bermaksud "mencairkan", yakni dari kaedah setiap huruf yang dituangkan besinya membentuk kepingan yang dipasangkan kepada pencetak besar sepertimana yang dilakukan pada zaman dahulu.[7][8] Petukangan buah huruf ini pernah disaksikan malah diajarkan kepada Munsyi Abdullah sendiri sekitar lewat tahun 1810-an yang memperincikan:[9]
Kemudian diajarkan oleh Tuan [Claudius Henry] Thomsen akan daku bagaimana membuat huruf itu atau angkanya. Maka bagaimana rupa yang kita kehendaki, maka dikikirlah baja itu. Setelah jadilah seperti yang dikehendaki tu, kemudian baharulah disepuh, setelah sudah maka dipukulkan kepada tembaga itu, kemudian tembaga itulah dimasukkan ke dalam tempat menuang timah itu, dituanglah seberapa banyak yang kita kehendaki, kemudian dipotong pula kaki huruf itu dengan perkakasannya supaya rata, jangan tinggi rendah. Sebermula adapun timah yang diperbuat huruf itu bukannya timah kebanyakan, iaitu timah sari, lagi ada bercampur dengan ubat-ubat yang supaya repuh...
Pasuan pula merujuk kepada hujung jejari roda pencetak roda daisi berukir bentuk huruf yang akan diketuk dari kekunci berpadanan ditekan[10] menimbulkan aksara bertanda pada kertas.
This technique may also be used to "deemphasise" text, as in the "Concordant Literal (Bible)" (OT, ISBN0910424098; NT, ISBN0910424144): "The type is large and readable, with boldface representing the actual English translation of the original Hebrew and Greek and lightface showing English words added for idiomatic clarity or to reflect grammatical significance."