From Wikipedia, the free encyclopedia
Tentera Udara Republik Islam Iran (IRIAF; Parsi: نیروی هوایی ارتش جمهوری اسلامی ایران ) adalah cabang udara bagi Tentera Republik Islam Iran. Tentera Udara sekarang asalnya telah ditubuhkan pada awal tahun 1980an daripada bekas Tentera Udara Imperial Iran selepas berlakunya Revolusi.
Tentera Udara Republik Islam Iran | |
---|---|
Ditubuhkan pada | 1925 |
Negara | Iran |
Jenis | Tentera udara |
Peranan | Peperangan udara |
Saiz | 37,000 (anggaran MEI 2011)[1] |
Sebahagian daripada | Artesh |
Markas | Tehran |
Nama samaran | Parsi: تیزپروازان , Tizparvazan "Fastflyers" |
Moto | Parsi: بلند آسمان جایگاه من است "Skyhigh Is My Place" |
Warna | Biru Ultramarin |
Kawat | 18 April |
Maskot | Helang |
Peringatan | 8 FebruarI (Hari Tentera Udara) |
Kelengkapan | 741 kapal terbang/helikopter |
Pertempuran |
|
Komander | |
Panglima | Brig Jen. Aziz Nasirzadeh |
Timbalan Panglima | Brig Jen. Hamid Vahedi |
Timbalan Panglima Koordinator | Brig Jen. Mahdi Hadian |
Tanda kebesaran | |
Roundel | |
Corak ekor pesawat | |
Bendera | |
Pesawat terbang | |
Penyerang | F-4D/E, Su-22M3/M4, Su-24MK, F-5E/F, Saeqeh |
Peperangan elektronik | RC-130, B707 Elint |
Pejuang | F-14A, MiG-29A/UB, Mirage F1EQ4/EQ5/EQ6, F-7M |
Helikopter | CH-47, AB-206, AB-214, AS-61, Mi-17, AH-1J, RH-53D |
Peronda | P-3F |
Pengawasan | RF-4E |
Pelatih | F-5A/B/Simorgh, PC-7, F33C, Fajr-3, FT-7 |
Pengangkut | C-130, IL-76, F27, Boeing 747, Boeing 707, Falcon 20, Falcon 50, JetStar, Y-12, PC-6, Socata TB. |
Pihak Tentera Udara Iran berusaha mengekalkan perkhidmatan sejumlah besar pesawat buatan Amerika yang dibeli semasa rejim Shah. Pihak Tentera Udara telah beralih kepada pembelian pesawat Soviet dan China, serta membawa bekas-bekas pesawat Iraq ke dalam perkhidmatan, dan pesawat buatan tempatan, untuk kekal sebagai pasukan yang berkaliber. Setakat bulan Jun 2016, di atas kertas, Tentera Udara Republik Islam Iran memiliki 348 pesawat pejuang, menjadikannya angkatan udara ke-9 paling kuat di dunia.[2]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.