Sukhoi Su-17 (NATO: Fitter) merupakan sebuah pesawat penyerang buatan Soviet yang dibangunkan berdasarkan pesawat pejuang/pengebom Sukhoi Su-7. Pesawat ini memiliki karier yang lama bersama perkhidmatan Soviet/Rusia dan dieksport secara meluas kepada tentera udara di negara-negara Blok Timur dan Timur Tengah.
Fakta Segera Su-17/-20/-22, Peranan ...
Su-17/-20/-22
Pesawat Su-20 dalam skema Rejimen Pengebom-Pengawasan ke-7, Tentera Udara Poland
Jangka hayat kerangka: 2,000 jam penerbangan, 20 tahun
Persenjataan
2× 30 mm meriam Nudelman-Rikhter NR-30, 80 butir peluru bagi setiap meriam
2x rel pelancaran di bawah sayap untuk peluru berpandu udara ke udara R-60 (AA-8 'Aphid') bagi mempertahankan diri.
Sehingga 4000 kg (8,820 lb) pada 10 tenggekan (3x di bawah setiap sayap, 4x di bahagian fiuslaj), termasuk bom-bom jatuhan bebas, pod roket, bom-bom berangkai, pod meriam SPPU-22-01 dengan laras boleh gerak, pod-pod pertahanan diri elektronik, tangki-tangki bom napalm, dan senjata nuklear. Pesawat sekarang serasi dengan peluru berpandu Kh-23 (AS-7 'Kerry'), Kh-25 (AS-10 'Karen'), Kh-29 (AS-14 'Kedge'), dan Kh-58 (AS-11 'Kilter') serta bom-bom elektro-optik dan panduan laser.