From Wikipedia, the free encyclopedia
Tembus ialah filem aksi drama Malaysia 2014 arahan Ahmad Idham. Dibintangi oleh pelakon dari tiga negara—Khir Rahman dan Fazura (Malaysia), Aaron Aziz (Singapura) dan Luna Maya (Indonesia).[1] Filem ini ditayangkan kepada umum pada 28 Julai 2014, sempena Hari Raya Aidilfitri.[2][3]
Tembus | |
---|---|
Pengarah | Ahmad Idham |
Penulis | Siti Jasmina Ibrahim |
Dihasilkan oleh | Ahmad Idham |
Dibintangi | |
Sinematografi | Ahmad Nizar Hanafiah |
Syarikat penerbitan | |
Tarikh tayangan | 28 Julai 2014 |
Masa tayangan | 85 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Tembus berkisarkan tentang sepasang suami isteri yang berkerjaya dan cukup berjaya dalam hidup mereka. Namun segala-galanya berubah dalam sekelip mata apabila anak tunggal mereka hilang. Sepanjang pencarian anak tunggal mereka, banyak kebenaran yang terbongkar.
Penggambaran dijalankan di sekitar Kuala Lumpur bermula 24 Ogos 2013. Tembus merupakan filem yang ke-14 terbitan Excellent Pictures dan skrip ditulis oleh Siti Jasmina Ibrahim. Aaron Aziz yang sebelum ini bekeejasama dengan Ahmad Idham menerusi filem Lari (2013), memegang watak sebagai Hari.[4][5]
Tembus dikeluarkan pada 28 Julai 2014, serentak dengan tayangan filem Mat Tudung, kedua-duanya ditayangkan pada Hari Raya Aidilfitri pertama.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.