Remove ads
From Wikipedia, the free encyclopedia
Tebus guna tanah merupakan proses pembentukan daratan baru daripada dasar laut atau sungai. Tanah yang ditebus guna itu dipanggil tanah tebus guna atau kambus tanah.
Pembuatan daratan baru adalah untuk kegunaan kegiatan manusia.
Contoh-contoh di negara Barat:
Contoh-contoh di negara Timur:
Salah satu projek penebusgunaan tanah yang terawal dan paling dikenali ialah Skim Tebus Guna Praya yang memperluas kawasan daratan sebanyak 50 hingga 60 ekar (20.2 hingga 24.3 he) pada tahun 1890, iaitu salah satu projek pembangunan yang paling besar di Hong Kong sewaktu pemerintahan British.[1] Sekitar 20% tanah di Teluk Tokyo turut ditebus guna.[2]
Pulau buatan merupakan salah satu contoh hasil penebusgunaan tanah yang mahal dan menanggung risiko yang amat tinggi. Ia sering dipertimbangkan di tempat-tempat yang amat padat dengan penduduk dan kekurangan tanah rata. Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai (di Osaka) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong merupakan contoh-contoh perlunya pembuatan pulau baru. Kepulauan Palma, The World dan hotel Burj al-Arab di luar pesisir Dubai, Emiriah Arab Bersatu juga contoh-contoh pulau buatan, di samping juga Flevopolder di Belanda selaku pulau buatan terbesar di dunia.
Pertanian ialah salah satu tujuan penebusgunaan tanah sebelum datangnya pengindustrian. Di China Selatan, para petani menebus guna sawah padi dengan memotong sebuah kawasan di pinggir laut dekat muara atau delta sungai dengan tembok batu-batan. Spesies padi yang tumbuh di atas tanah-tanah ini lebih tahan garam. Satu lagi tujuan tanah terpotong sebegini ialah kolam ikan, misalnya yang sering didapati di Delta Sungai Mutiara dan Hong Kong. Tanah tebus guna ini juga menarik pelbagai spesies burung berpindah-randah.
Salah satu amalan yang berkait rapat ialah penyaliran tanah lembap yang berpaya atau tenggelam ikut musim untuk ditukar menjadi tanah ladang. Biarpun sebenarnya tidak membentuk tanah baru, namun ia membenarkan penggunaan yang berdaya hasil komersil ke atas tanah yang asalnya terhad sebagai habitat hidupan liar. Ia juga sejenis kaedah pembasmian nyamuk yang penting.
Pembinaan semula pantai ialah proses membaiki pantai dengan bahan-bahan seperti pasir atau lumpur dari pedalaman. Ini boleh digunakan untuk membina semula pantai-pantai yang mengalami kebuluran pantai atau hakisan akibat hanyutan susur pesisir. Ia menghalang pergerakan bahan-bahan pantai yang asli akibat hanyutan susur pesisir sambil memelihara wajah pantai yang semula jadi. Walaupun bukan penyelesaian jangka panjang, namun kaedah ini murah berbanding kaedah-kaedah pemeliharaan pantai yang lain.
Apabila kawasan terbangun semakin sesak dengan penduduk pada abad ke-20, timbulnya keperluan untuk membangunkan strategi peggunaan semula tanah untuk kambus tanah yang siap. Antara kegunaan-kegunaan tersebut adalah pembukaan taman, padang golf dan tapak sukan yang seumpamanya, di samping pembinaan bangunan pejabat dan kilang di mana kawalan metana kerap dijalankan untuk mengurangkan bahaya letupan dalam bangunan.
Penyaliran tanah lembap untuk tujuan membajak, sebagai contoh, ialah satu contoh pemusnahan habitat. Di sesetengah negara, projek tebus guna baru dihadkan atau dilarang oleh undang-undang perlindungan alam sekitar.
Para penggubal undang-undang Hong Kong meluluskan Ordinan Perlindungan Pelabuhan 1996 dalam usaha melindungi Pelabuhan Victoria yang semakin terancam oleh pencerobohan pembangunan tanah.[3]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.