kumpulan muzik lelaki dari Korea Selatan From Wikipedia, the free encyclopedia
TO1[lower-alpha 1][1] (Hangul: 티오원; dahulu dikenali sebagai TOO[lower-alpha 2]) (digayakan dalam semua huruf besar) ialah kumpulan lelaki dari Korea Selatan yang terdiri daripada sepuluh orang ahli. Kumpulan ini dibentuk melalui rancangan realiti televisyen kendalian Mnet, To Be World Klass pada tahun 2019.[2] Kumpulan ini debut pada 1 April 2020 dengan album mini pertama Reason For Being: Benevolence dan dijenamakan semula menjadi TO1 pada 28 Mac 2021.[3]
Pada 20 Mac 2020, diumumkan bahawa kumpulan ini akan menyertai pertandingan televisyen realiti Mnet Road to Kingdom.[4] Mereka adalah kumpulan kedua tersingkir dalam episod ketujuh.
Kumpulan ini debut dengan album mini pertama mereka Reason For Being: Benevolence pada 1 April 2020, dengan single utama "Magnolia".[3]
Pada 15 Julai 2020, kumpulan ini mengeluarka album mini kedua mereka Running TOOgether, dengan single utama "Count 1, 2.".[5]
Pada 13 Ogos 2020, di 2020 Soribada Awards, TOO memenangi anugerah "New Artist Award", anugerah rookie pertama mereka sejak debut.[6]
Pada 13 Januari 2021, CJ ENM dan n.CH Entertainment terlibat dalam pertikaian pengurusan, di mana CJ ENM dilaporkan telah menghentikan kontrak pengurusan mereka dengan n.CH Entertainment.[7] Satu hari kemudian, n.CH Entertainment menjawab pertikaian tersebut dengan menyatakan bahawa kontrak mereka tidak ditandatangani secara rasmi selama berbulan-bulan dan bahawa tidak ada perbelanjaan yang dibayar sejak bulan Ogos 2020.[8]
Pada 19 Januari, CJ ENM mengeluarkan kenyataan yang mengesahkan bahawa mereka menamatkan kontrak mereka dengan n.CH Entertainment setelah tidak dapat mencapai persetujuan. CJ ENM akan menguruskan kumpulan sepenuhnya.[9]
Diumumkan pada 28 Mac bahawa kumpulan ini telah mengubah nama kumpulan mereka dari TOO menjadi TO1.[10][1]
TO1 membuat debut semula dengan album mini pertama mereka Re:Born dengan single utama "Son of Beast" pada 20 Mei.[11][12] Kumpulan ini akan dikendalikan di bawah label muzik CJ ENM, WakeOne.[13]
Pada 4 November, TO1 mengeluarkan album mini kedua mereka Re:Alize dengan single utama "No More X".[14]
Pada 28 Disember, WakeOne mengumumkan bahawa Woonggi akan hiatus daripada kumpulan kerana gangguan anxiety dan dengan itu TO1 akan meneruskan sementara dengan ahli yang tinggal.[15]
Pada 30 April, Wake One Entertainment mengeluarkan kenyataan rasmi melalui kafe peminat TO1, mengumumkan Chihoon meninggalkan kumpulan.[16] Pada 17 Jun, Wake One mengumumkan Minsu, Jerome dan Woonggi meninggalkan kumpulan. Mereka juga mengumumkan bahawa Daigo, Renta dan Yeojeong akan menyertai TO1 sebagai ahli baharu.[17] Renta dan Daigo mengambil bahagian dalam Produce 101 Japan season 2, masing-masing menduduki tempat ke-13 dan ke-16.
Pada 28 Julai, TO1 mengeluarkan album mini ketiga mereka Why Not?? dengan single utama "Drummin'".[18]
Pada 23 November, TO1 mengeluarkan album mini keempat mereka UP2U dengan single utama "Freeze Tag".[19]
Pada 22 September 2023, Renta mengumumkan melalui siaran Instagram yang mengandungi surat dalam bahasa Korea dan Jepun bahawa dia akan meninggalkan kumpulan itu.[20]
Pada 17 Disember 2023, telah diumumkan melalui siaran Fancafé bahawa kontrak kumpulan itu dengan WakeOne akan ditamatkan secara rasmi pada 31 Disember 2023.[21]
Nama | Pengenalan ringkas | |
---|---|---|
Pentas | Penuh | |
Donggeon (동건) | Song Dong-geon (송동건) |
|
Chan (찬) | Cho Chan-hyuk (조찬혁) |
|
Jisu (지수) | Choi Ji-su (최지수) |
|
Jaeyun (재윤) | Lee Jae-yun (이재윤) |
|
J.You (제이유) | Kim Je-You (김제유) |
|
Kyungho (경호) | Jang Kyung-ho (장경호) |
|
Daigo (다이고) | Kobayashi Daigo (小林大悟) |
|
Yeojeong (여정) | Jeon Yeoyeo Jeong (전여여정) |
|
Nama | Pengenalan ringkas | |
---|---|---|
Pentas | Penuh | |
Chihoon (치훈) | Choi Chi-hoon (최치훈) |
|
Minsu (민수) | Kim Min-su (김민수) |
|
Jerome (제롬) | Oh Sung-min (오성민) |
|
Woonggi (제이유) | Cha Woong-gi (차웅기) |
|
Renta (렌타) | Nishijima Renta (西島 蓮汰 · 니시지마 렌타) |
|
Tajuk | Butiran album | Kedudukan tertinggi carta | Jualan | |
---|---|---|---|---|
KOR [22] |
JPN [23] | |||
TOO | ||||
Reason For Being: Benevolence |
Daftar lagu
|
4 | — |
|
Running TOOgether |
Daftar lagu
|
9 | — |
|
TO1 | ||||
Re:Born |
Daftar lagu
|
12 | — |
|
Re:Alize |
Daftar lagu
|
7 | — |
|
Why Not?? |
Daftar lagu
|
11 | 30 | |
UP2U |
Daftar lagu
|
5 | — |
|
Title | Tahun | Album |
---|---|---|
TOO | ||
"Magnolia" (매그놀리아 ) | 2020 | Reason For Being: Benevolence |
"Count 1, 2" (하나 둘 세고 ) | Running TOOgether | |
TO1 | ||
"Son of Beast" | 2021 | Re:Born |
"No More X" | Re:Alize | |
"Drummin'" | 2022 | Why Not?? |
"Freeze Tag" (얼음 땡 ) | UP2U | |
Tahun | Tajuk | Ahli | Album |
---|---|---|---|
2020 | "Fly Away" (비상) | Donggeon, Jaeyun | Almost Famous OST |
2022 | "You Better Not" | Donggeon, Jaeyun | Ghost Doctor OST |
"Balloon" | Jaeyun, J.You | XX+XY OST | |
"Young Forever" | Jaeyun, J.You[upper-alpha 1] | Street Man Fighter OST | |
"OVERLAP" | Donggeon, Jaeyun, J.You[upper-alpha 2] | Love Catcher in Bali OST | |
2023 | "Dream Touch" | Donggeon, Chan, Jaeyun | The Haunted House Ghost Ball ZERO OST |
Tahun | Tajuk | Album | Pengarah |
---|---|---|---|
2020 | "Magnolia" (매그놀리아 ) | Reason For Being : 인 | JA KYOUNG KIM (Flexible Pictures)[31] |
"Count 1, 2" (하나 둘 세고 ) | Running TOOgether | Junwoo Lee (Salt Film)[32] | |
2021 | "Son of Beast" | Re:Born | Tidak diketahui |
"No More X" | Re:Alize | Tidak diketahui | |
2022 | "Drummin'" | Why Not?? | Kim Youngjo, Yoo Seungwoo
(Naive Creative Production)[33] |
"Freeze Tag" (얼음 땡 ) | UP2U | Ziyong Kim
(FantazyLab)[34] |
Anugerah | Tahun | Kategori | Penerima/Karya | Keputusan | Ref. |
---|---|---|---|---|---|
Asia Artist Awards | 2020 | Male Singer Popularity Award | TOO | Tercalon | [35] |
Korea First Brand Awards | New Male Artist Award | Tercalon | [36] | ||
Soribada Best K-Music Awards | Rookie Award | Menang | [37] | ||
Mnet Asian Music Awards | Best New Male Artist | Tercalon | [38] | ||
Artist of the Year | Tercalon | ||||
Worldwide Icon of the Year | Tercalon | ||||
Golden Disc Awards | 2021 | Rookie Artist of the Year | Tercalon | [39] | |
Asia Artist Awards | Male Idol Group Popularity Award | TO1 | Tercalon | [40] | |
Mnet Japan Fan's Choice Awards | 2022 | Hot Icon | Menang | [41] |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.