Penjaga gol bola sepak Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Ahmad Syihan Hazmi Bin Mohamed (lahir 22 Februari 1996), dikenali sebagai Syihan Hazmi, merupakan seorang pemain bola sepak profesional Malaysia yang bermain sebagai penjaga gol untuk kelab Liga Super Malaysia, Johor Darul Ta'zim dan pasukan kebangsaan Malaysia.
Maklumat peribadi | ||||||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Nama penuh | Ahmad Syihan Hazmi Bin Mohamed | |||||||||||||||||||||||||||
Tarikh lahir | [1] | 22 Februari 1996|||||||||||||||||||||||||||
Tempat lahir | Kubang Kerian, Kelantan, Malaysia | |||||||||||||||||||||||||||
Ketinggian | 1.85 m (6 ka 1 in) | |||||||||||||||||||||||||||
Posisi permainan | Penjaga gol | |||||||||||||||||||||||||||
Maklumat kelab | ||||||||||||||||||||||||||||
Kelab terkini | Johor Darul Ta'zim | |||||||||||||||||||||||||||
Nombor | 16 | |||||||||||||||||||||||||||
Kerjaya remaja | ||||||||||||||||||||||||||||
2012 | Sekolah Sukan Bukit Jalil | |||||||||||||||||||||||||||
2013–2014 | Harimau Muda C | |||||||||||||||||||||||||||
2015–2017 | Kelantan B21 | |||||||||||||||||||||||||||
Kerjaya Senior* | ||||||||||||||||||||||||||||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) | |||||||||||||||||||||||||
2016–2017 | Kelatan | 0 | (0) | |||||||||||||||||||||||||
2018–2019 | Negeri Sembilan | 2 | (0) | |||||||||||||||||||||||||
2020–2021 | Petaling Jaya City | 8 | (0) | |||||||||||||||||||||||||
2022–2023 | Negeri Sembilan | 22 | (0) | |||||||||||||||||||||||||
2023– | Johor Darul Ta'zim | 24 | (0) | |||||||||||||||||||||||||
Pasukan kebangsaan‡ | ||||||||||||||||||||||||||||
2016–2017 | Malaysia B23 | 7 | (0) | |||||||||||||||||||||||||
2022– | Malaysia | 23 | (0) | |||||||||||||||||||||||||
Pengalaman
| ||||||||||||||||||||||||||||
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 3 Disember 2023 ‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 26 Mac 2024 |
Ahmad Syihan mula bermain dengan Sekolah Sukan Bukit Jalil pada 2012. Setahun kemudian beliau bermain dengan pasukan Harimau Muda C dalam Liga FAM Malaysia 2013.
Selepas dilepaskan oleh Harimau Muda C, beliau menandatangani kontrak bersama Kelantan FA tetapi masa bermainnya terhad dalam Piala Presiden Malaysia.[2] Satu-satunya penampilan rasmi beliau untuk Kelantan ialah pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan Piala Malaysia menentang Pahang pada 20 Ogos 2016 di mana Kelantan tewas 2-0. Beliau juga menyelamatkan penalti yang diambil oleh Kogileswaran Raj dalam perlawanan itu.[3]
Pada 2018 beliau menyertai Negeri Sembilan FC tetapi digantung 20 bulan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia kerana gagal ujian doping semasa menyertai Piala Asia B-23 AFC di China.[4]
Beliau kembali daripada penggantungan pada 2020 dengan menandatangani kontrak bersama Petaling Jaya City F.C. Disebabkan kekurangan masa bermain, beliau meninggalkan kelab dan kembali ke Negeri Sembilan.[5]
Beliau membuat penampilan pertama kali kedua untuk Negeri Sembilan menentang Sabah FC pada 4 Mac 2022. Negeri Sembilan menang 1–0 yang turut menyaksikan beliau menyelamatkan sepakan penalti yang diambil oleh Neto Pessoa.[6]
Pada Disember 2022, Syihan menandatangani kontrak dengan Johor Darul Ta'zim untuk musim Liga Super Malaysia 2023 yang menyaksikan dia bermain 24 perlawanan liga dan mengekalkan 19 lembaran bersih, beliau juga dibolosi 7 gol sepanjang musim liga.
Syihan menukar nombor jersinya daripada no.33 kepada no.16 menjelang musim Liga Super Malaysia 2024–25.
Ahmad Syihan membuat kemunculan pertama dalam pasukan kebangsaan adalah perlawanan persahabatan menentang Palestin apabila menggantikan Norazlan Razali serta menyelamatkan penalti.[7]
Beliau menerima panggilan pertamanya untuk pasukan bawah-22 tahun kebangsaan dan membuat permulaan pertamanya menentang Bahrain, perlawanan berakhir dengan keputusan seri 0-0.[8][9] Pada 2017, beliau merupakan penjaga gawang pilihan pertama dalam Kejohanan Bola Sepak Piala Dubai. Pada 2018, beliau merupakan penjaga gol ketiga untuk pasukan bawah 23 tahun kebangsaan dalam Piala Asia B-23 AFC 2018. Syihan juga merupakan ahli skuad negara pada Kejohanan AFF 2022 dan Piala Asia AFC 2023.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.