Remove ads
From Wikipedia, the free encyclopedia
Kelab Bola Sepak Bandaraya Petaling Jaya, atau dikenali Bandaraya PJ, ialah sebuah kelab bola sepak profesional Malaysia yang berpusat di Petaling Jaya, Selangor. Ditubuhkan pada tahun 2004 sebagai PBIM, kelab ini sedang bertanding di liga utama Malaysia, iaitu Liga Super Malaysia. Kelab ini dimiliki oleh Qnet Group dan ditubuhkan bagi mewakili komuniti Petaling Jaya. Pada tahun 2016, kelab ini telah memenangi gelaran liga tahap ketiga, Liga FAM Malaysia dan telah dinaikkan pangkat ke liga tahap kedua bola sepak Malaysia, Liga Premier Malaysia. Kelab ini dikenali dengan nama KB Bandaraya PJ sejak 2019.
Nama penuh | Kelab Bola Sepak Bandaraya Petaling Jaya | ||
---|---|---|---|
Diasaskan | 26 April 2004 , (PBIM)[1] 4 Mac 2014 , (MSIM-PBIM) 16 Januari 2019 , (Kelab Bola sepak Bandaraya Petaling Jaya) | ||
Stadium | Stadium Petaling Jaya, Petaling Jaya, Selangor (Kapasiti: 25,000) | ||
Presiden | Vijay Eswaran | ||
Pengurus | K. Rajendran | ||
Jurulatih | P. Maniam | ||
Liga | Liga Super Malaysia | ||
2020 | ke-7 | ||
Tapak sesawang | Laman kelab | ||
|
Majlis Sukan India Malaysia - Persatuan Bola sepak India Malaysia ataupun singkatannya, MSIM-PBIM merupakan sebuah kelab bola sepak yang mewakili kaum India Malaysia. Kelab ini diasaskan di Kuala Lumpur. Kelab ini bermain di liga tertinggi di dalam liga Malaysia, iaitu Liga Super Malaysia. Pada tahun 2013, kelab ini menjuarai Kejohanan India Antarabangsa Perancis. [2] Kelab ini ditaja oleh Majlis Sukan India Malaysia.
Sebagai persiapan untuk penyertaan kelab di Liga FAM Malaysia, kelab telah disediakan dengan belanjawan RM 1.3 Juta dan persediaan telah bermula enam bulan sebelum sepak mula liga. Pada musim pertama dalam kejohanan ini, kelab berjaya menduduki tempat kesembilan. Kelab ini hampir dipromosikan ke liga tahap 2 iaitu Liga Premier Malaysia selepas menduduki tempat kedua dalam Kumpulan B, Liga FAM Malaysia 2015.
Selepas dua tahun tanpa piala dalam kempen mereka, pasukan telah meningkatkan belanjawan mereka untuk musim 2016. Untuk musim ini di Liga FAM Malaysia, kelab itu telah menetapkan belanjawan RM 800,000 untuk sasaran memenangi kejohanan ini. Pada 10 Oktober 2016, kelab ini akhirnya layak untuk dipromosikan ke Liga Premier Malaysia 2017 setelah menjuarai Liga FAM Malaysia.
Pada tahun 2017, pasukan ini telah menetapkan bajet bernilai RM3.5 juta untuk musim pertama mereka pada di Liga Premier Malaysia. Kelab mengakhiri kempen Piala FA 2017 pada pusingan kedua selepas kekalahan 6-3 menentang Negeri Sembilan.
Pada musim 2018 di Liga Premier Malaysia, kelab memperbaiki kedudukan mereka dengan menamatkan kempen liga ditempat ketiga dan melakukan kejutan pada kempen Piala Malaysia dengan mengalahkan juara bertahan Johor Darul Ta'zim di peringkat kumpulan. Walaupun demikian mereka gagal untuk melayakkan diri ke peringkat seterusnya dalam kempen ini. Pada Disember 2018, MFL mengumumkan bahawa kelab akan dinaikkan ke Liga Super Malaysia pada tahun 2019 bagi menggantikan Felcra yang juga naib juara liga dengan membuat keputusan tidak beraksi lagi dalam liga Malaysia. Pengurusan pasukan juga telah bercadang kemungkinan bagi melakukan penjenamaan dan pertukaran nama pasukan.
Pada 16 Januari 2019, kelab telah dijenamakan semula sebagai KB Bandaraya Petaling Jaya. Musim ini juga kelab menamatkan kempen Liga Super Malaysia di tempat kelapan. Tewas di dengan pasukan Kedah di pusingan 3 Piala FA Malaysia dan bersaing pada peringkat kumpulan di kejohanan Piala Malaysia.
KB Bandaraya Petaling Jaya dimiliki oleh Qnet Group.
Kit pasukan KB Bandaraya Petaling Jaya telah dihasilkan oleh Umbro sejak musim 2016. Pada musim 2018, kelab beralih tajaan kepada Puma.
Penaja utama jersi kelab ini adalah QNet.
Nota: Bendera menunjukkan pasukan kebangsaan seperti yang ditakrifkan di bawah peraturan kelayakan FIFA. Pemain boleh memegang lebih daripada satu kewarganegaraan bukan FIFA.
|
|
Jawatan | Nama |
---|---|
Presiden | Datuk Seri Vijay Eswaran |
Pengurus | K. Rajendran |
Penolong Pengurus | S. Vinodkana |
Jurulatih | Djajang Nurjaman |
Penolong Jurulatih | K. Devan |
Penolong Jurulatih | P. Maniam |
Penolong Jurulatih | Rajan Koran |
Jurulatih Penjaga Gol | Megat Amir Faisal |
Jurulatih Penjaga Gol | V. Murugan |
Jurulatih Kecergasan | Arulchelvan |
Fisioterapi | R. Dervan |
Jurulatih B21 | K. Gunalan |
Penolong Jurulatih B21 | Lingeswaran a/l Muniyani |
Jurulatih Penjaga Gol B21 | G. Jeevananthan |
Jurulatih Kecergasan B21 | G. Mahathevan |
Fisioterapi B21 | Ahmad Muiz Noor Esa |
Jurulatih B19 | |
Penolong Jurulatih B19 | |
Jurulatih Penjaga Gol B19 | |
Jurulatih Kecergasan B19 | |
Fisioterapi B19 | Dheeneesh Raj |
Tahun | Jurulatih |
---|---|
2014—2015 | K. Thaiyananthan |
2015—2017 | Jacob Joseph |
2017—2020 | K. Devan |
2021— | Djajang Nurjaman |
Kejohanan | Juara | Naib Juara |
---|---|---|
Divisyen 3/Piala FAM Malaysia | 2016 |
Nota:
Juara Naib-Juara ke-3 Promosi Tersingkir
Musim | Liga | Piala | Asia | |||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Divisyen | P | M | S | K | J | B | Mt | Pos | Sumbangsih | FA | Malaysia | Kejohanan | Keputusan | |
2014 | Liga FAM | 22 | 6 | 5 | 11 | 28 | 37 | 23 | ke-9 | – | — | – | – | – |
2015 | Liga FAM | 16 | 11 | 3 | 2 | 33 | 17 | 36 | ke-2 (Kumpulan B) | – | Pusingan ke-2 | — | – | – |
2016 | Liga FAM | 22 | 15 | 4 | 3 | 41 | 18 | 48 | Juara | – | Pusingan Awal | — | – | – |
2017 | Liga Premier | 22 | 4 | 2 | 16 | 36 | 51 | 14 | ke-10 | – | Pusingan ke-2 | — | – | – |
2018 | Liga Premier | 20 | 9 | 5 | 6 | 36 | 26 | 32 | ke-3 | – | Pusingan ke-2 | Peringkat Kumpulan | – | – |
2019 | Liga Super | 22 | 8 | 2 | 12 | 22 | 29 | 26 | ke-8 | – | Pusingan ke-3 | Peringkat Kumpulan | – | – |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.