Remove ads
Pendakwah bebas Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Syamsul Amri Ismail atau lebih dikenali sebagai Syamsul Debat (lahir 3 Ogos 1977) merupakan seorang pendakwah bebas, pengacara, pakar motivasi, ahli politik, personaliti media Malaysia.[1][2] Beliau terkenal dengan rancangan televisyen keagamaanya yang kebanyakkannya disiarkan di TV AlHijrah.[3]
Syamsul Debat | |
---|---|
Kelahiran | Syamsul Amri bin Ismail 3 Ogos 1977 |
Pendidikan | Diploma Pentadbiran Awam dan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang |
Pusat pendidikan | Universiti Teknologi MARA (UiTM) |
Pekerjaan | Pendakwah bebas, pengacara, pakar motivasi, ahli politik, personaliti media |
Tahun aktif | 1997–kini |
Pasangan | Ungku Norhayati Binti Ungku Abu Bakar |
Beliau dilahirkan sebagai Syamsul Amri bin Ismail pada 3 Ogos 1977 di Kampung Ayer Dedali, Batu Kikir(TK),Jempol, Negeri Sembilan. Beliau memulakan persekolahannya di Sekolah Kebangsaan Paroi (1983-1989) seterusnya Sekolah Menengah Agama Persekutuan, Labu (1990-1992) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Haji Mohd Said, Seremban (1993-1994). Beliau telah melanjutkan pengajian di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Lendu Alor Gajah , Melaka dalam diploma Pentadbiran Awam dan seterusnya menyambung pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda undang-undang juga di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam.[4]
Syamsul memulakan kerjaya awalnya di Majlis Perbandaran Seremban. Selain itu, beliau juga mengendalikan urusan membawa jemaah menunaikan ibadah umrah dan program pelancongan.
Beliau paling dikenali sebagai pengacara rancangan keagamaan Syamsul Debat yang bersiaran di TV AlHijrah. Selain itu, beliau juga pernah berlakon dalam filem This Is Pilah yang dikeluarkan pada 2018.[5]
Syamsul mengumumkan telah melepaskan semua jawatan beliau dalam UMNO berkuat kuasa serta merta pada 18 Mei 2018 selepas pilihan raya umum ke-14 setelah Najib Razak kehilangan kuasa sebagai Perdana Menteri,[6] namun beliau kekal sebagai ahli UMNO.[7][8]
Syamsul kini memegang jawatan sebagai Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (Adam) yang terlibat aktif dengan ceramah motivasi serta program pembangunan kerjaya dan masyarakat.[9]
Beliau berkahwin dengan Ungku Norhayati Ungku Abu Bakar, beliau lebih mesra dengan panggilan Abang Acoy oleh keluarganya.[10] Pada Mac 2018, Syamsul Debat memberikan respons beliau ketika mengulas laporan akhbar tempatan yang mendakwa dirinya mempunyai skandal dengan isteri orang, namun beliau bagaimanapun menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut dan belum disoal pihak berkuasa.[11] Beliau melahirkan rasa terkejut selepas dihujani pelbagai pertanyaan daripada ahli keluarga sebaik saja pulang dari mengerjakan umrah di Makkah, Arab Saudi.[12][13]
"Saya tidak tahu (kandungan laporan polis itu), cuma saya berdasarkan laporan akhbar yang menyebut dan meletakkan gambar saya, merujuk kepada saya dan meletakkan biodata dan profil saya. Itu pada saya agak (tidak kena). Sebab itu saya panggil sidang media untuk penafian ini. Laporan akhbar tulis ada laporan polis dibuat di Johor Bahru dan kita pun tak tahu siapa, lelaki ke perempuan ke, (dan) orang yang buat tuduhan dan saya tak boleh kata apa cuma kalau tuduhan itu kata libat isteri orang, saya menafikan. Apa tuduhannya pun kita tak jelas,"
— Syamsul Debat memberikan respons pada sidang media.[14]
Pada Mei 2018, satu rakaman video tular di media sosial kononnya ceramah Syamsul tidak mendapat sambutan orang ramai disahkan palsu. Rakaman tersebut telah diubah suai dipercayai dengan niat memburuk-burukan calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sikamat.[15][16]
Syamsul Debat mendedahkan dalam temuramah eksklusif bersama Utusan Malaysia bahawa beliau pernah dirotan oleh Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd. Yusof Ahmad ketika berada di tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Haji Mohd Said (SMKA SHAMS), Seremban. Menurutnya, hukuman itu diterima kerana beliau dan rakan-rakan tidak hadir ke sekolah dan sering menghabiskan masa di luar. Beliau berkata: "Masa itu pernah ponteng sekolah dan melepak bersama kawan-kawan di luar. Waktu itu, Datuk Mohd. Yusof merupakan pengetua di SMKA SHAMS sehinggalah ketidakhadiran kami ke sekolah dapat dihidu oleh guru-guru".[9]
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2018 | This Is Pilah | Dirinya sendiri | Filem pertama, penampilan khas |
2021 | Kampung Latah Kena Kuarantin | Bro Aji | Penampilan khas |
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2021 | Janda Kosmopolitan | Dirinya sendiri | Awesome TV |
Lockdown | Ustaz | Astro Ria | |
Keluarga Untuk Disewa | Ustaz Ismail | TV9 | |
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV |
---|---|---|---|
2016 | Syamsul Debat | Pengacara | TV AlHijrah |
2017 | Sejuta Rahsia | ||
2018 | Duo Syamsul | ||
Tahun | DUN | Calon | Parti | Undi | Lawan | Parti | Undi | Jumlah undi | Majoriti |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2018 | Sikamat, Negeri Sembilan | Syamsul Debat | BN (UMNO) | 6,419 | Aminuddin Harun | PH (PKR) | 9,832 | 17,579 | 3,413 |
Rahim Yusof | PAS | 1,331 | |||||||
Bujang Abu | BEBAS (RUMAH) | 15 |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.