Sura Sojangi

Pelakon wanita Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia

Maisurah "Sura" Sojangi (lahir 10 Jun 1990)[1] merupakan seorang pelakon wanita Malaysia dan merupakan bekas peserta Pilih Kasih musim ketiga.[2]

Fakta Segera Kelahiran, Pekerjaan ...
Sura Sojangi
Kelahiran
Maisurah binti Sojangi

(1990-06-10) 10 Jun 1990 (umur 34)
PekerjaanPelakon, model
Tahun aktif2009kini
PasanganAhmad Hakim Yazid (k. 2015)
Tutup

Kerjaya

Sebelum menyertai Pilih Kasih, Maisurah, lebih mesra dengan panggilan Sura, pernah mencuba nasibnya dalam rancangan realiti Anak Wayang pada 2009 dan menjadi salah seorang dari 25 peserta yang terpilih bersama-sama Amar Baharin, Alex Yanz, Feeya Iskandar, Afzan A. Rahman, Hairi Safwan dan Dayana Roza.[3]

Beliau merupakan salah seorang dari 16 peserta rancangan pencarian bakat baharu bidang lakonan, Pilih Kasih musim ketiga, yang turut disertai oleh Reen Rahim yang bergelar juara dan Saiful Nizen Ayob (kini Allahyarham).[4]

Selepas Pilih Kasih tamat,[5] beliau memegang watak Dina, rakan karib Tasha lakonan Puteri Sarah dalam siri drama aksi Evolusi KL Drift: The Series arahan Syafiq Yusof dan Rizal Ashreff. Ini diikuti oleh lakonannya dalam Setia Hujung Nyawa. Sura membuat penampilan pertamanya di layar lebar menerusi filem Mistik Syirik Tahyul yang ditayangkan pada 2014.[6]

Meskipun kurang menerima perhatian media, Sura melangkah setapak ke hadapan dengan menjayakan watak sebagai Adira dalam drama Kerana Anisa yang dibintangi oleh Zara Zya dan Mustaqim Bahadon yang bersiaran di Slot Samarinda TV3.

Kehidupan peribadi

Sura berkahwin dengan naib juara Pilih Kasih musim ketiga, Ahmad Hakim Yazid pada 2015.[7]

Filemografi

Filem

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...
Tahun Tajuk Peranan Catatan
2014 Mistik Syirik Tahyul
Tutup

Drama

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...
Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2012-13 Evolusi KL Drift: The Series Dina TV2
2012 Setia Hujung Nyawa Sofea TV3
2012 Saiful Nita Netty TV3
2013 Dejavu di Kinabalu Thalia
2013 Bunga Merah Punya Ika
2015 Rubber Band Ana
2015 HidayahMu Ramadan Julia TV3
2015 Cinta Iris TV3
2015 Masihkah Ada Kasih
2016 Mr. Tanda Soal Malia
2016 Dawai Asmara
2016 Ainur Mardhiyah Ainur Mardhiyah
2017 Kerana Anisa Adira
Kias Ramadan Iffa TV3 Episod: "Asid Si Fasik"
2018 Cinta Koko Coklat Jasmin ntv7
Selafaz Cinta Farisya Astro Prima
Tutup

Televisyen

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...
Tahun Tajuk Peranan Saluran
2009 Anak Wayang Dirinya sendiri/Peserta Astro Ria
2011 Pilih Kasih (Musim 3) Dirinya sendiri/Peserta TV2
Tutup

Pencapaian

Maklumat lanjut Tahun, Anugerah ...
Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2011 Pilih Kasih Tempat keempat
Tutup

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.