From Wikipedia, the free encyclopedia
Sungai Ulun (Jawi: سوڠاي اولون) merupakan sebatang sungai di negeri Sarawak, Malaysia. Secara pentadbirannya, Sungai Ulun merupakan sungai yang terletak di dalam kawasan Daerah Dalat dalam Bahagian Mukah. Sungai Ulun juga merupakan anak sungai kepada Batang Oya (Sungai Oya) dalam Bahagian Mukah.[2][4] Kedudukan sungai ini terletak kira-kira 1,100 kilometer (683.5 bt) ke bahagian timur dari ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur.
Sungai Ulun | |
---|---|
Anak sungai kepada Batang Oya | |
Lokasi | |
Negara | Malaysia |
Negeri/wilayah | Sarawak |
Bahagian | Mukah |
Daerah | Dalat |
Daerah kecil | Oya |
Ciri-ciri fizikal | |
Sumber | |
• lokasi | kira-kira 1.8 km (1.1 bt) ke barat daya dari Kampung Bakong |
• koordinat | 2°50′09″N 111°52′53″E |
• ketinggian | kira-kira 0–10 m (0–33 ka) |
Muara | Batang Oya |
• lokasi | kira-kira 0.2 km (0.1 bt) ke barat daya dari Kampung Terus |
• koordinat | 2°50′13″N 111°53′41″E |
• ketinggian | kira-kira 0–10 m (0–33 ka) |
Panjang | 2.3 km (1.4 bt)[1][2] |
Aliran | |
• lokasi | Batang Oya |
Ciri-ciri lembangan | |
Pergerakan | Batang Oya → Laut China Selatan |
Sistem sungai | Oya[3] |
Peta topografi | JUPEM Kampung Masjid (DNMM5201) |
Toponim Sungai Ulun pertama kali dipaparkan dalam peta topografi Malaysia Timur siri T735 terbitan Direktorat Survei Antarabangsa Great Britain (Directorate of Overseas Surveys Great Britain) untuk Direktorat Pemetaan Negara Malaysia (kini dikenali sebagai Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia), dengan label nama "S. Ulun".[3] Toponim bentuk muka bumi ini juga telah dimasukkan ke dalam pangkatan data geografi GeoNames dengan pengenal pasti Sungai Ulun dalam GeoNames ialah 1738371.[4] Sungai Ulun juga mempunyai nama lain iaitu Sungei Ulun.[4]
Sungai Ulun berpunca di sekitar kawasan perhutanan berpaya air masin di dalam Daerah Dalat, Sarawak. Lokasi punca bagi sungai ini terletak kira-kira 1.8 km (1.1 bt) ke arah barat daya dari kawasan Kampung Bakong berdekatan dengan Skim Tanaman Padi dan Rumbia Tanjung Lupeh. Ketinggian di punca bagi Sungai Ulun ialah di antara 0 dan 10 m (0.0 dan 32.8 ka) dari atas permukaan laut. Pergerakkan Sungai Ulun pada umumnya akan menuju ke bahagian selatan di bahagian hulu dan membengkok ke timur laut untuk bercamtum dengan Batang Oya sebagai penamat dan seterusnya mengalir ke Laut China Selatan. Penamat bagi sungai ini terletak kira-kira 0.2 km (0.1 bt) ke arah barat daya dari Kampung Terus, Sarawak di ketinggian di antara 0 dan 10 m (0.0 dan 32.8 ka) dari atas permukaan laut.[1][2] Kuala Sungai Ulun terletak bertentangan dengan Tanjung Latib. Panjang keseluruhan Sungai Ulun dari bahagian hulu hingga ke bahagian hilir di Batang Oya ialah kira-kira 2.3 km (1.4 bt).[1][2]
Sungai Ulun merupakan sebahagian daripada sistem lembangan Oya yang terletak di dalam Bahagian Mukah.[3] Kedudukan sungai ini dalam Batang Oya terletak di antara Sungai Ribuk dan Sungai Kersa.[2][4] Pemerhatian muka bumi oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) mendedahkan bahawa terdapat kira-kira 25 ke 250 orang yang mendiami di sekitar kawasan lembah Sungai Ulun.[5] Kebanyakan kawasan lembah Sungai Ulun dilitupi dengan kawasan perhutanan dan pertanian, iaitu kawasan penanaman buah-buahan bercampur.[5][6] Tiada kawasan petempatan manusia yang terbina di sekitar lembah Sungai Ulun tetapi Kampung Bakong, Kampung Patok dan Kampung Terus merupakan petempatan yang terhampir dengannya. Pekan yang terletak berhampiran dengan Sungai Ulun ialah Oya, yang terletak di bahagian utara dari sungai ini.[1][3]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.