sultan kelapan Kesultanan Melayu Melaka From Wikipedia, the free encyclopedia
Sultan Mahmud Shah (سلطان محمود شاه; memerintah 1488–1511, 1513–1528; mangkat 1528) merupakan Sultan Melaka ke-8 dan terakhir, adalah putera kepada Alauddin Riayat Shah. Selepas kemangkatan ayahandanya pada tahun 1488, Sultan Mahmud Shah yang masih muda mewarisi Melaka yang telah mencapai kemuncak kuasa dan merupakan pusat dagangan yang unggul di Asia Tenggara. Semasa baru mula-mula menjadi sultan, Sultan Mahmud Shah dikenali kerana sikapnya yang kejam. Mujurlah pentadbiran Melaka pada ketika itu berada di tangan Bendahara Tun Perak yang bijaksana dan berkebolehan. Selepas kematian Tun Perak pada tahun 1498, Tun Mutahir dilantik menjadi Bendahara Melaka yang baru.
Nada atau gaya rencana ini mungkin tidak mencerminkan nada ensiklopedia yang digunakan di Wikipedia. (Januari 2025) |
Sultan Mahmud Shah سلطان محمود شاه | |||||
---|---|---|---|---|---|
Sultan Melaka VIII سلطان ملاک كلاڤن | |||||
Sultan Melaka VIII | |||||
Pemerintahan | Kesultanan Melaka: 1488–1511, 1513–1528 | ||||
Kemahkotaan | - | ||||
Didahului oleh | Sultan Alauddin Riayat Shah I | ||||
Diikuti oleh | Ahmad Shah | ||||
Sultan Johor I | |||||
Pemerintahan | 1515 - 1528 | ||||
Kemahkotaan | - | ||||
Didahului oleh | jawatan baru | ||||
Diikuti oleh | Sultan Alauddin Riayat Shah II | ||||
Keputeraan | - - - | ||||
Kemangkatan | 1528 Kampar, Riau, Sumatera | ||||
Pemakaman | - - | ||||
Pasangan | 6 | ||||
Isteri |
| ||||
Anakanda | - | ||||
| |||||
Kerabat | Kerabat Diraja Melaka | ||||
Wangsa | - | ||||
Ayahanda | - | ||||
Bonda | - |
Baginda juga terkenal kerana ingin beristerikan Puteri Gunung Ledang. Baginda juga dikelilingi oleh pahlawan-pahlawan yang gagah seperti Hang Tuah, Khoja Hassan dan Laksamana Hang Nadim.
Pemerintahan Sultan Mahmud Shah seorang raja yang cekap, akan tetapi beliau juga seorang mangsa keadaan. Portugal pada awal abad ke-16 sedang mengasaskan sebuah empayar luar negeri.
Pada tahun 1509, Diego Lopez de Sequiera dengan 18 buah kapal dari Angkatan diRaja Portugal tiba di Melaka. Mereka merupakan orang Eropah pertama yang tiba di Asia Tenggara dan digelar "Benggali Putih" oleh orang tempatan. Oleh kerana orang-orang Portugis membuat kacau di Melaka seperti mengusik gadis-gadis dan mencuri, disamping perselisihan faham, Sultan Mahmud Shah kemudiannya mengarahkan supaya orang-orang Portugis dihalau dari Melaka. Angkatan Portugis diserang dan 20 anak kapalnya ditahan.
Pada 1510, Sultan Mahmud Shah menyerahkan kuasa sementara pada puteranya, Ahmad Shah. Selepas mengambil balik kuasa, baginda membunuh Tun Mutahir sekeluarga kerana termakan fitnah yang Tun Mutahir cuba merampas kuasa tetapi itu semua adalah sebuah rancangan yang dibuat oleh Portugis untuk merampas Melaka.
Pada 10 Ogos 1511, sebuah armada laut Portugis yang besar dari India diketuai oleh Alfonso de Albuquerque kembali ke Melaka. Albuquerque membuat beberapa permintaan membina markas Portugis di Melaka tetapi permintaannya ditolak oleh Sultan Mahmud Shah. Selepas 10 hari mengepung, pihak Portugis berjaya menawan Kota Melaka pada 24 Ogos. Sultan Mahmud Shah terpaksa berundur ke Bertam, Batu Hampar, Pagoh dan seterusnya ke Pahang di pantai timur di mana beliau gagal dalam percubaannya mendapat pertolongan daripada negara China.
Kemudiannya, Sultan Mahmud Shah berpindah ke selatan dan mengasaskan Kesultanan Johor sebagai pusat dagangan saingan kepada Melaka. Dengan ibu kotanya di pulau Bentan yang terletaknya berdekatan dengan Temasik (Singapura), beliau terus menerima ufti dan kesetiaan dari kawasan-kawasan sekeliling yang diberinya sewaktu beliau masih menjadi Sultan Melaka. Sultan Mahmud Shah menjadi ketua gabungan Melayu dan berkali-kali menyerang Melaka. Pada tahun 1525, Laksamana Hang Nadim berjaya mengepung Kota A Famosa sehingga pihak Portugis terpaksa membuat catuan makanan dari Goa.
Pada 1526, pihak Portugis membalas dengan seangkatan kapal yang besar di bawah Pedro Mascarenhaas dan memusnahkan ibu kota Bentan. Sultan Mahmud Shah berundur ke Kampar tetapi anakandanya, Alauddin Riayat Shah II tinggal dan mengembangkan Johor sebagai sebuah empayar yang berkuasa dan yang mencapai keunggulannya pada abad ke-18 dan ke-19. Seorang lagi anakanda Sultan Mahmud Shah, Mudzaffar Shah, dijemput oleh orang-orang utara untuk menjadi sultan mereka dan baginda mengasaskan Kesultanan Perak pada tahun 1528. Ahmad Shah dihukum bunuh kerana gagal menawan kembali Melaka.[2]
Sultan Mahmud Shah mangkat dua tahun kemudian di Kabupaten Pelalawan, Riau pada tahun 1528.
Baginda mempunyai beberapa orang isteri. Antaranya ialah:
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.