Sultan Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien
Sultan Brunei From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Maulana As-Sultan Sir Muda Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien ibni Almarhum Sultan Sir Muhammad Jamalul Alam II (kemudian dikenali sebagai Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Begawan Sultan Haji Sir Muda Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien) merupakan Sultan Brunei ke-28, dan memerintah dari tahun 1950 hingga 1967.
Remove ads
Baginda merupakan paduka adinda kepada Sultan Ahmad Tajuddin. Baginda terdidik dalam pelajaran agama, 40 kali khatam Al-Quran. Dari tahun 1932 hingga 1936, baginda menuntut di Maktab Melayu Kuala Kangsar, Perak.
Pada tahun 1947, baginda diarak menjadi Pengiran Bendahara. Pada tahun 1950, baginda naik takhta setelah kemangkatan paduka kekanda baginda. Pada tahun 1951, baginda berangkat menunaikan Fardu Haji buat kali pertama.
Kemudian pada tahun yang sama, baginda mencadangkan rancangan perpindahan bagi penduduk Kampong Ayer ke tanah darat dan Lagu Kebangsaan Brunei Allah Peliharakan Sultan diakui secara rasmi. Pada tahun 1953, baginda mula merundingkan Perlembagaan Bertulis bagi Brunei dan mula menubuhkan Sekolah Inggeris Kerajaan, mula membina Masjid Besar di Bandar Brunei yang siap dalam pada tahun 1958 dan dinamakan Masjid Omar Ali Saifuddin.
Pada tahun 1959, Brunei mempunyai perlembagaannya sendiri yang digelar Perlembagaan Negeri Brunei 1959, yang mana menurut perlembagaan tersebut, Brunei menikmati berkerajaan sendiri dengan kembalinya kuasa memerintah negara diserahkan kembali kepada sultan sebagai pemerintah. Selain itu, jawatan Residen British dihapuskan dan diganti oleh jawatan Pesuruhjaya Tinggi British.
Selepas itu, pada tahun 1954, baginda mendatangkan dua orang pakar Pengajian Islam ke Brunei. Pada tahun 1955, baginda membuat Rancangan Kemajuan Negara Lima Tahun Pertama.
Pada tahun 1957, Radio Brunei memulakan penyiarannya. Pada tahun 1959, Syarikat Minyak Shell Brunei Sendirian Berhad memulakan pengorekan minyak di luar pantai.
Pada tahun 1961, penubuhan Askar Melayu Brunei berlaku dan cadangan penubuhan Persekutuan Malaysia. Pada tahun 1962, baginda berangkat menunaikan Fardu Haji kali kedua dan satu pemberontakan berlaku di Brunei. Pada tahun 1967, Brunei mengeluarkan mata wangnya sendiri. Baginda lebih 33 kali mencemar duli berangkat ke luar negeri antara tahun 1951 hingga 1967.
Setelah 17 tahun memerintah, akhirnya pada 4 Oktober 1967, secara sukarela baginda turun dari takhta kerajaan, dan digantikan oleh putera sulung baginda, Hassanal Bolkiah.
Remove ads
Kesusasteraan
Baginda begitu masyhur dalam bidang kesusasteraan. Antara karya terunggul baginda ialah Syair Perlembagaan Negeri, Syair Nasihat, Syair Asli Rajang Hari dan Rampaian Laila Syair. Minat baginda terhadap sastera amat mendalam. Motif dan corak rekaan baginda telah diadun bukan sahaja dalam rekabentuk kain-kainan, malah juga dalam senibina bangunan. Sehingga kini, baginda terkenal dengan nama 'Arkitek Brunei Moden'.
Remove ads
Keinginan untuk menyertai Malaysia
Apabila Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu mengumumkan cadangannya untuk penggabungan Singapura, Borneo Utara, Sarawak, dan Brunei, Omar Ali Saifuddien menyaksikan ini sebagai peluang untuk mencapai kemerdekaan daripada pengaruh Inggeris. Beliau menghantar telegraf kepada Tunku Abdul Rahman, menunjukkan sokongannya terhadap penggabungan itu.
Bagi beliau, Brunei sebagai negara kecil, masih memerlukan perlindungan negara yang lebih besar; satu-satunya cara untuk mencapai matlamat ini adalah dengan menggabungkan dengan Malaya dan seluruh negara. Pandangan ini juga dikongsi oleh Lee Kuan Yew, Perdana Menteri Singapura pada masa itu.
Pemberontakan
PRB, termasuk pemimpinnya, A.M. Azahari menentang penggabungan itu. Menurut mereka, jika Brunei menyertai Persekutuan, Brunei tidak akan mencapai kemerdekaan sepenuhnya. Sebaliknya, ia hanya pemindahan kuasa dari Britain ke Tanah Melayu. Ini dipanggil sebagai neo-kolonisasi. Pada 8 Disember 1962, PRB mengetuai pemberontakan terhadap kerajaan. Dengan bantuan tentera British yang ditugaskan dari Singapura, pemberontakan itu kemudiannya dihancurkan dan PRB dikalahkan.
Semasa pemberontakan, Azahari berada di Filipina dalam perjalanan ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk mencadangkan satu lagi persekutuan yang dipanggil Persekutuan Borneo Utara, yang akan merangkumi Brunei, Borneo Utara dan Sarawak, dengan Brunei sebagai ibu negara de facto.
Pendirian Brunei mengenai isu menyertai Malaysia
Selepas pemberontakan, perbincangan masih berlangsung. Omar Ali Saifuddien menghantar delegasi untuk menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Penyatuan Solidariti Malaysia (MSCC). Pandangan rakyat juga dicari oleh jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Marsal Maun, Ketua Menteri pada masa itu.
Pandangannya berbeza-beza, ada yang menyokong Brunei menyertai Malaysia, ada yang menentang dan ada yang menginginkan Sultan membuat keputusan.
Pada tahun 1963, satu mesyuarat diadakan untuk membincangkan prospek Brunei menyertai Malaysia. Mereka gagal mencapai persetujuan mengenai isu-isu pendapatan minyak Brunei dan hak persekutuan untuk cukai. Sultan juga enggan menerima bahawa beliau telah disenaraikan sebagai ahli paling junior yang akan menjadi Yang di-Pertuan Agong Malaysia. Malah, ketika itu YDPA Malaysia pada masa itu sedang menunggu untuk menamatkan tempohnya.
Malah tarikh awal untuk persekutuan (yang pada 31 Ogos 1963) ditangguhkan hingga 16 September, tidak ada kesepakatan yang dicapai antara kedua belah pihak. Akhirnya, Persekutuan Malaysia dibentuk tanpa Brunei.
Remove ads
Kemerdekaan dan lindung
Tatkala Brunei mencapai kemerdekaan penuh pada tahun 1984, baginda dilantik sebagai Menteri Pertahanan dan dikurniakan pangkat Jeneral dalam Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.
Pada 7 September 1986, baginda lindung beberapa minggu sebelum Puja Usia ke-72. Layuan baginda kemudiannya dimakamkan di Kubah Makam Diraja, Bandar Seri Begawan, bersebelahan dengan pusara isteri baginda Raja Isteri Pengiran Anak Damit, paduka ayahanda baginda, Sultan Muhammad Jamalul Alam II, paduka nenda baginda Sultan Hashim Jalilul Alam Aqamaddin dan juga paduka kekanda baginda, Sultan Ahmad Tajuddin, yang merupakan sultan sebelum baginda.
Garis masa
Remove ads
Anakanda
Remove ads
Keturunan
Rujukan
Bacaan lanjut
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads