Pengiran Muda Mohamed Bolkiah
Adinda Sultan Brunei From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah ibni Almarhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien (diputerakan pada 27 Ogos 1947) ialah ahli kerabat diraja Brunei.
Remove ads
Baginda ialah putera kedua Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan Brunei ke-28, dan Raja Isteri Pengiran Anak Damit. DYTM ialah Ketua Wazir Brunei memegang gelaran, ‘Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar’’. Selepas kemerdekaan Brunei pada tahun 1984, baginda menjadi menteri asing pertama negara, berkhidmat dari 1 Januari 1984 hingga 22 Oktober 2015. Baginda berkhidmat dalam kabinet sebagai Menteri Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan Brunei bersama Timbalan Menteri Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan, Lim Jock Seng.
Remove ads
Latar belakang
Pengiran Muda Mohamed Bolkiah diputerakan pada 27 Ogos 1947 di Istana Darussalam di Bandar Brunei. DYTM ialah putera kedua Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan Brunei ke-28, dan isteri baginda, Almarhumah Suri Seri Begawan Raja Isteri Pengiran Anak Damit. Kakanda dan adinda DYTM ialah Sultan Brunei kini, Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, DYTM Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah, Pengiran Muda Jefri Bolkiah, Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, Pengiran Anak Puteri Hajah Nor'ain, Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam, Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Rakiah, Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Nasibah dan Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Jefriah.
Remove ads
Pendidikan awal
Bersama dengan kakanda dan adinda baginda, Pengiran Muda Mohamed Bolkiah mendapat pendidikan awal di Lapau (bangunan istiadat diraja).
Gelaran baru
Pada 29 September 1967, Pengiran Muda Mohamed Bolkiah dilantik oleh paduka ayahandanya, Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, sebagai Pengiran Temenggong, salah satu wazir tradisional Brunei wazir.
Pada tahun 1970, Pengiran Muda Mohamed Bolkiah dikurniakan oleh Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah gelaran baru Perdana Wazir, ketua wazir tradisional Brunei, "mata dan telinga" pemerintah.
Terasul, gelaran dan kurniaan
Terasul dan gelaran
- 27 Ogos 1947 – 29 September 1967: Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda Mohamed Bolkiah ibni Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Maulana As-Sultan Sir Muda Haji Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien
- 29 September 1967 – 6 Februari 1970: Yang Teramat Mulia Seri Paduka Duli Pengiran Temenggong Sahibul Bahar Muda Mohammad Bolkiah ibni Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Begawan Sultan Sir Muda Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien
- 6 Februari 1970 – kini: Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien
Remove ads
Perkahwinan
Pada bulan Ogos 1970, Pengiran Muda Mohamed Bolkiah mengahwini sepupu baginda, Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam, adinda Pengiran Anak Hajah Saleha, Raja Isteri.
Kemerdekaan Brunei
Berikutan kemerdekaan Brunei Darussalam pada tahun 1984, Pengiran Muda Mohamed Bolkiah telah dilantik sebagai Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan, dan telah memegang jawatan itu sejak kemudian. DYTM juga memegang gelaran Perdana Wazir.
Ketika rombakan kabinet pada 22 Oktober 2015, DYTM diganti oleh paduka kakandanya, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.[2]
Karya
Kurniaan
Baginda telah dikurniakan: [3]
Kurniaan Kebangsaan
Darjah Kerabat Mahkota Brunei (DKMB)
Darjah Kerabat Laila Utama Yang Amat Dihormati - D.K. (Laila Utama) (DK, 1963)
Pingat Hassanal Bolkiah Sultan Darjah Pertama (PHBS, 1.8.1968)
Pingat Bakti Laila Ikhlas (PBLI, 1975)
Pingat Jasa Kebaktian (PJK, 1954)
Kurniaan Malaysia
Johor :
Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia Pangkat Pertama, Dato’ Sri Paduka Mahkota Johor - Dato' (SPMJ)
Kelantan :
Pahang :
Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang Yang Amat Di Mulia, Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) - Dato' Sri
Darjah Seri Paduka Cura Si Manja Kini (SPCM) - Dato' Seri
Selangor :
Kurniaan asing
Jerman : Grand Cross of the Order of Merit of the Federal Republic of Germany (16.11.1985)
Jepun : Grand Cordon of the Order of the Rising Sun (2009) [4]
Filipina : Grand Cross of the Order of the Golden Heart (31.7.2007)
Korea Selatan : Grand Cross of the Order of Diplomatic Service Merit of Korea
Thailand : Grand Cross of the Order of the White Elephant
United Kingdom : Honorary Knight Grand Cross of the Order of St Michael and St George (GCMG - 17.9.1998)
United Kingdom : Honorary Commander of the Royal Victorian Order (CVO - 29.2.1972)
Remove ads
Anakanda
Keturunan
Nota
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads