Sukan Para Malaysia 2022, juga dikenali sebagai Para SUKMA ke-20 merupakan sebuah temasya sukan yang telah diadakan di Kuala Lumpur dari 1 hingga 6 November 2022. Pada awalnya temasya ini dinamakan sebagai Sukan Para Malaysia 2020 dan dijadualkan berlangsung pada tahun 2020 dengan Johor sebagai tuan rumah, namun telah ditangguhkan kepada 5 hingga 10 April 2021 akibat Pandemik COVID-19. Temasya itu seterusnya dibatalkan dan diteruskan dengan Sukan Para Malaysia 2022.

Fakta Segera Bandar tuan rumah, Cogan kata ...
Sukan Para Malaysia XX
Bandar tuan rumahKuala Lumpur
Cogan kata#DemiMalaysia
Penyertaan pasukan14
Penyertaan atlet1824
Sukan10
Acara294
Upacara pembukaan1 November 2022
Upacara penutupan6 November 2022
Pembukaan dirasmikan olehTun Jeanne Abdullah
(Penaung Majlis Paralimpik Malaysia)
Tempat upacaraAxiata Arena
Laman sesawanghttps://sukma2022.nsc.gov.my/para/
Tutup

Pembangunan dan persiapan

Setiap tempat pertandingan dibahagikan kepada lima zon;[1]

Maklumat lanjut Zon, Tempat ...
Zon Tempat Sukan
Zon 1
Bukit Jalil
Ballroom Hotel Unicorn Catur
Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil Renang
Padang Turf MSN Memanah
Stadium Mini MSN Olahraga
Gimnasium 2, MSN Ping pong
Zon 2
Kampung Pandan
Pusat Kecemerlangan Paralimpik MSN, Kampung Pandan Boccia
Pusat Kecemerlangan Paralimpik MSN, Kampung Pandan Powerlifting
Zon 3
Bukit Kiara
Kompleks Sukan Bukit Kiara Badminton
Kompleks Sukan Bukit Kiara Boling padang
Zon 4
Bandar Sunway
Sunway Megalane, Sunway Pyramid Boling sepuluh pin
Tutup

Perkampungan sukan

  • CASA MSN Bukit Jalil
  • Hotel Unicorn, Sungai Besi
  • Pusat Kecemerlangan Paralimpik MSN, Kampung Pandan
  • Kompleks Rakan Muda Bukit Kiara

Pemasaran

Cogan kata

Cogan kata rasmi temasya ini ialah "#DemiMalaysia".

Kombinasi warna merah, jingga, kuning, hijau, biru, indigo dan ungu di dalam logo temasya ini adalah simbolik warna pelangi yang menggambarkan kepelbagaian rakyat Malaysia. Huruf X secara bertindanan menunjukkan Sukan Malaysia dan Para SUKMA yang ke-20 menggambarkan pergerakan atlet yang dinamik dan sentiasa ke hadapan dalam bentuk yang pantas.

Maskot

Maskot rasmi temasya ini adalah dua ekor harimau Malaya yang dinamakan "Oyen". Nama tersebut dipilih kerana mudah diterima dan diingati setiap lapisan masyarakat, bersesuaian dengan warna oren yang melambangkan keberanian. Maskot ini juga menggambarkan atlet muda yang tidak luntur semangat dan tabah menghadapi perjuangan dalam memburu kegemilangan.[2]

Penyertaan

Sebanyak 14 pasukan yang menyertai temasya ini melibatkan pasukan dari 13 negeri dan wilayah persekutuan.

  • Johor
  • Kedah
  • Kelantan
  • Kuala Lumpur
  • Labuan
  • Melaka
  • Negeri Sembilan
  • Pahang
  • Pulau Pinang
  • Perak
  • Perlis
  • Sabah
  • Sarawak
  • Selangor
  • Terengganu

Acara sukan

Terdapat 294 acara yang dipertandingkan dalam 10 sukan di temasya ini;[1]

Takwim

OCUpacara pembukaan Pertandingan acara 1Acara pingat emas CCUpacara penutupan
Maklumat lanjut November, 1 Sel ...
November 1
Sel
2
Rab
3
Kha
4
Jum
5
Sab
6
Aha
Pingat
UpacaraOCCC
Badminton 8 8
Boccia 7 2 9
Boling padang 9 4 13
Boling sepuluh pin 6 6 5 1 18
Catur 12 12 24
Memanah 2 2 4 5 13
Olahraga 31 23 40 26 120
Powerlifting 2 3 3 3 11
Ping pong 3 2 5 9 19
Renang 13 14 15 16 58
Acara pingat harian 0 13 57 78 63 82 293
November 1
Sel
2
Rab
3
Kha
4
Jum
5
Sab
6
Aha
Acara
Tutup

Pungutan pingat

Nota: Jumlah keseluruhan pingat ditampilkan, mengikut urutan kedudukan pada jumlah pingat yang diperolehi, ialah seperti berikut dari 1 November hingga 6 November 2022.[3], Jumlah Pingat WP Labuan diasingkan dari Jumlah Pingat WP KL ("WP KL" juga boleh dipanggil sebagai "Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur"), untuk Sukan Para Malaysia, WP Putrajaya tidak dilibatkan.

  *   Tuan rumah (Kuala Lumpur)

Maklumat lanjut Kedudukan, Negeri ...
Jumlah pingat Sukan Para Malaysia 2022 (Para SUKMA 2022)
KedudukanNegeriEmasPerakGangsaJumlah
1 Sabah543635125
2 Sarawak504749146
3 Johor38302593
4 Selangor28262478
5 Perak25151454
6 Pulau Pinang15151343
7 Negeri Sembilan14111035
8 Kedah11161138
9 Kelantan10161036
10 Melaka9191240
11 Kuala Lumpur*9162651
12 Pahang96419
13 Terengganu819835
14 Perlis86216
15 Labuan2147
Jumlah (15 negeri)290279247816
Tutup

Rujukan

Pautan Luar

Wikiwand in your browser!

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.

Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.