Stesen MRT Cyberjaya Utara

stesen MRT di Selangor, Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia

Stesen MRT Cyberjaya Utaramap
Remove ads

Stesen MRT Cyberjaya Utara ialah sebuah stesen Transit Aliran Massa (MRT) di Cyberjaya, Selangor, Malaysia yang menjadi tempat perkhidmatan Laluan Putrajaya. Stesen ini akan dibuka rasmi pada Januari 2023 di bawah pembukaan Fasa 2 laluan tersebut. Stesen ini terletak di antara Stesen MRT 16 Sierra dan Stesen MRT Cyberjaya City Centre serta mempunyai kod stesen iaitu PY39.[1] Seperti kebanyakan stesen MRT di Lembah Klang, stesen ini adalah bertingkat.[2]

Fakta Segera Cyberjaya Utara, Lokasi ...
Remove ads
Remove ads

Sejarah

Nama stesen "Cyberjaya North" pertama kali diumumkan dalam sebuah video yang diterbitkan oleh MRT Corp di Youtube, dengan tajuk "MRT Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP) Line Alignment Video" pada 15 September 2016.[3] Dalam video tersebut, kod stesen sementara bagi Stesen MRT Cyberjaya North ialah S34.[2][3] Dalam beberapa tahun kemudian, nama stesen ini telah diubah menjadi nama stesen sedia ada iaitu "Cyberjaya Utara". Stesen MRT 16 Sierra serta Stesen MRT Cyberjaya Utara dikategorikan sebagai Pakej S209. Kontrak pembinaan stesen dan kerja-kerja berkaitan bagi pakej tersebut telah dianugerahkan kepada syarikat Acre Works Sdn Bhd pada 12 Oktober 2017, dengan jumlah sebanyak RM137.9 juta.[4][5]

Stesen MRT Cyberjaya Utara akan dibuka kepada orang ramai dan memulakan operasinya pada 16 Mac 2023 bersama-sama stesen-stesen Laluan Putrajaya di bawah Fasa 2 yang lain, iaitu dari stesen Kampung Batu sehingga Putrajaya Sentral. Pembukaan MRT Laluan Putrajaya Fasa 2 telah diumumkan pada 23 Disember 2022 oleh MRT Corp.[6] Walaupun begitu, mengikut perancangan asal stesen ini patut dibuka pada Julai 2022,[7] tetapi pembukaannya menghadapi kelewatan lagi dan ditangguhkan pada Januari 2023 akibat sesi ujian set gerabak kereta api mengambil masa lama daripada biasa dan belum selesai.[6][8][9]

Remove ads

Ciri-ciri stesen

Perkhidmatan

Stesen MRT Cyberjaya Utara menyediakan perkhidmatan Laluan Putrajaya (PYL), dan terletak di antara stesen 16 Sierra dan Cyberjaya City Centre. Kod stesen yang rasmi bagi stesen ini ialah PY39.

Lokasi

Stesen ini terletak di Cyberjaya Utara dalam Daerah Sepang, Selangor dalam kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang). Stesen MRT Putrajaya Utara akan menghubungkan penduduk sekitar kejiranan Sky Park, Ladang Sungai Gajah, Garden Residensi Bahagian Cassia, Jacaranda, dan Clover. Terletak berhampiran stesen adalah Plaza Tol Putrajaya Lebuhraya Maju (Lebuhraya MEX), Garden Plaza dan Ibu Pejabat Lebuhraya Maju (Maju Expressway Sdn Bhd).[10][11]

Pelan stesen

L2
Platform MRT
PY Arah Selatan 12 Laluan Putrajaya menghala ke  PY41  Putrajaya Sentral (Cyberjaya City Centre)
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan Akses OKU
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan Akses OKU
PY Arah Utara 12 Laluan Putrajaya menghala ke  PY04  Kwasa Damansara (16 Sierra)
L1 Aras legar Mesin tiket, pagar tambang dan pusat khidmat pelanggan Akses OKU
G Aras tanah Pintu masuk/keluar, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian Akses OKU

Stesen ini adalah stesen bertingkat dan mempunyai satu platform tengah di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Putrajaya. Terdapat dua platform yang menuju ke terminal laluan, Platform 1 ke Putrajaya Sentral manakala Platform 2 pula menuju ke Kwasa Damansara.[2]

Kemudahan

Berdasarkan, Peta Transit Berintergerasi Lembah Klang, Stesen MRT Cyberjaya Utara dilengkapi dengan kemudahan kawasan meletakkan kenderaan (Pandu dan rantau).[1] Stesen MRT Cyberjaya Utara juga dilengkapi dengan kemudahan bagi orang kurang upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai, tandas mesra OKU, butang lif rendah untuk pengguna kerusi roda, tulisan braille di butang lif dan kaunter rendah untuk pengguna kerusi roda. Selain itu, tandas awam, surau, pusat perkhidmatan pelanggan, lif dan eskalator turut disediakan bagi memenuhi keperluan dan keselesaan pengguna. Untuk pembelian tiket, pengguna boleh membelinya melalui mesin tiket layan diri di aras legar. Stesen ini juga dilengkapi dengan perkhidmatan bas pengantara ulang-alik.[11]

Pintu stesen

Maklumat lanjut Pintu, Lokasi ...

Buat masa sekarang, stesen MRT Cyberjaya Utara hanya mempunyai satu pintu masuk dan keluar sahaja.[2]

Remove ads

Kesalinghubungan

Perkhidmatan bas

Perkhidmatan bas pengantara di Stesen MRT Cyberjaya Utara terletak di Hab MRT Cyberjaya Utara (kod hentian bas – SP398). Terdapat dua laluan bas pengantara yang ditawarkan di hab ini. Rujuk jadual di bawah untuk maklumat lanjut.[12]

Maklumat lanjut Laluan, Koridor ...

Rujukan

Loading content...

Pautan luar

Loading content...
Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads