From Wikipedia, the free encyclopedia
Jeneral Sonthi Boonyaratglin (Thai: สนธิ บุญยรัตกลิน; nama pertama juga dieja sebagai, Sondhi; nama keluarga juga dieja sebagai Boonyaratkalin ) Kini beliau dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Thailand dalam kerajaan sementara Thailand. Raja Bhumibol Adulyadej telah berkenan dengan perlantikan itu setelah bersara dari Panglima Tentera Darat Diraja Thailand.
Sonthi Boonyaratglin | |
---|---|
สนธิ บุญยรัตกลิน | |
Timbalan Perdana Menteri Thailand | |
Dalam jawatan 1 Oktober 2006 – 28 Januari 2008 | |
Perdana Menteri | Surayud Chulanont |
Presiden Majlis Reformasi Pentadbiran Thailand | |
Dalam jawatan 19 September 2006 – 1 Oktober 2006 | |
Raja | Bhumibol Adulyadej |
Didahului oleh | Thaksin Shinawatra (Perdana Menteri) |
Digantikan oleh | Surayud Chulanont (Perdana Menteri) |
Panglima Tentera Darat Thai | |
Dalam jawatan 1 Oktober 2005 – 30 September 2007 | |
Didahului oleh | Prawit Wongsuwan |
Digantikan oleh | Anupong Paochinda |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Pathum Thani, Thailand | 2 Oktober 1946
Parti politik | Parti Chartthaipattana (2018-kini) |
Gabungan politik lain | Parti Matubhum (2009-2018) |
Pasangan | Sukanya Boonyaratglin Piyada Boonyaratglin |
Tempat belajar | Sekolah Persediaan Akademi Angkatan Tentera Akademi Tentera Diraja Chulachomklao Maktab Pertahanan Nasional Thailand[1] Universiti Ramkhamhaeng (Ph.D.)[2] |
Bidang pengkhususan | Askar |
Tandatangan | |
Perkhidmatan tentera | |
Kesetiaan | Thailand |
Cabang/khidmat | Tentera Darat Diraja Thai |
Tahun khidmat | 1969–2007 |
Pangkat | Jeneral |
Pangkalan | Panglima Tentera Darat |
Perang/Pertempuran | Perang Vietnam Pemberontakan komunis di Thailand Pemberontakan di Selatan Thailand |
Sebelum ini beliau adalah Panglima Tentera Darat Thai. Beliau juga seorang Muslim pertama yang menjawat jawatan tertinggi di dalam sebuah angkatan bersenjata yang majoriti menganut agama Buddha. Pada 19 September 2006, beliau telah dilantik oleh tenteranya sebagai Perdana Menteri sementara Thailand, selepas satu rampasan kuasa yang mengguling kerajaan Thaksin Shinawatra.
Sonthi Boonyaratglin lulus daripada Akademi Tentera Diraja Chulachomklao pada 1969 dan ditugaskan ke dalam Pasukan Infantri Diraja. Beliau kemudiannya memimpin beberapa unit tertinggi termasuk pasukan elit, Unit Khas Peperangan.
Pada Ogos 2004, Sonthi telah dilantik sebagai Timbalan Komander Tentera. Bertentangan dengan jangkaan awam, beliau kemudiannya dilantik sebagai Komander Tentera pada Oktober 2005. Perlantikan Sonthi telah disokong oleh Komander Jeneral Tertinggi (Bersara), Jeneral Surayud Chulanont dan presiden Majlis Privi, Prem Tinsulanonda. Kedua-dua mereka berkhidmat sebagai penasihat untuk Raja Bhumibol Adulyadej.
Pada 2 Oktober 2007, Jeneral Sonthi Boonyaratglin telah mendapat perkenan daripada Raja Bhumibol Adulyadej menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri Thailand dalam kerajaan sementara Thailand. Perdana Menteri Surayud Chulanont akan memberi tanggung keselamatan dalam negeri. Inilah kali pertama Timbalan Perdana Menteri Thailand disandang oleh pegawai beragama Islam di sebuah negara majoriti penduduknya Buddha.
Sebelum ini beliau adalah pengerusi Majlis Keselamatan Kebangsaan Thailand , sebuah badan tentera yang dibentuk selepas 19 September 2006. Sonthi telah yang menjadi ketua angkatan tentera diraja Thailand telah melakukan rampasan kuasa dengan menggulingkan Perdana Menteri Thaksin Shinawatra pada 19 September 2006.
Spekulasi bertiup kencang di Thailand bahawa Sonthi akan menjadi Perdana Menteri jika Surayud meletak jawatan ekoran perletakan jawatan 5 menteri kabinetnya yang memiliki saham lebih 5 % :
Sementara 3 menteri lagi enggan meletak jawatan walaupun memiliki saham lebih 5 % :
Pilihan raya Thailand 2007 dijangka diadakan pada 23 Disember 2007 dan Perdana Menteri baru dilantik pada 10 Februari 2008.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.