From Wikipedia, the free encyclopedia
Son Ye-jin (lahir Son Eon-jin pada 11 Januari 1982) ialah seorang pelakon wanita Korea Selatan. Beliau terkenal dengan lakonannya di dalam filem dan drama bertema romantik seperti The Classic (2003), Summer Scent (2003), A Moment to Remember (2004) dan April Snow (2005). Beliau telah memenangi pelbagai anugerah untuk persembahan lakonannya yang serba boleh di dalam pelbagai genre termasuk untuk Alone in Love (2006), My Wife Got Married (2008), The Pirates (2014), The Truth Beneath (2016) dan The Last Princess (2016).
Son Ye-jin | |
---|---|
Kelahiran | Son Eon-jin 11 Januari 1982 |
Pendidikan | Institut Kesenian Seoul - Filem |
Pekerjaan | Pelakon |
Ejen | MSTeam |
Ketinggian | 165 cm (5 ka 5 in) |
Pasangan | Hyun Bin (k. 2022) |
Hangul | 손예진 |
Perumian Semakan | Son Ye-jin |
McCune–Reischauer | Son Yejin |
Hangul | 손언진 |
Perumian Semakan | Son Eon-jin |
McCune–Reischauer | Son Ŏnjin |
Son Ye-jin pertama kali muncul sebagai peranan sokongan di dalam filem arahan Park Ki-hyung, Secret Tears pada tahun 2000. Beliau kemudiannya melakonkan peranan utama di dalam drama Delicious Proposal, Sun-hee and Jin-hee dan Great Ambition. Peranan berprofil tinggi pertamanya di dalam layar perak adalah di dalam filem arahan Im Kwon-taek, Chi-hwa-seon yang ditayangkan di Festival Filem Cannes dimana filem ini berjaya membawa pulang anugerah Pengarah Terbaik pada tahun 2002.
Kejayaan terbesar semasa awal kerjaya beliau adalah di dalam filem Lovers' Concerto dan The Classic. The Classic, sebuah karya pengarah My Sassy Girl, Kwak Jae-yong terkenal di Hong Kong dan China sekaligus meningkatkan populariti Son di Asia. Son mengukuhkan status beliau sebagai bintang Hallyu pada tahun 2003 dengan melakonkan watak utama di dalam drama Summer Scent, drama ketiga di di dalam siri drama Endless Love arahan Yoon Seok-ho.
Dua filem beliau yang seterusnya juga mencapai kejayaan besar di Asia: A Moment to Remember, sebuah filem berdasarkan siri terkenal Jepun berjaya mencatat rekod box office di negara tersebut.[1] Lebih daripada dua juta tiket panggung wayang filem ini juga terjual di Korea Selatan.[2] Beliau kemudiannya membintangi filem April Snow bersama Bae Yong-joon dimana filem ini juga mencapai kejayaan di Jepun dan China. Ia walau bagaimanapun mencatat kutipan box office yang rendah di negara sendiri.[3]
Son kemudiannya membuang imej gadis berperwatakan baik di dalam projek-projek beliau yang seterusnya. Beliau melakonkan watak seorang penipu yang licik di dalam filem The Art of Seduction, seorang pemberita yang bercita-cita tinggi di dalam drama Spotlight, seorang perempuan penggoda di dalam filem Open City dan seorang janda di dalam drama Alone in Love. Pada tahun 2008, persembahan lakonan beliau sebagai wanita poliandri di dalam filem My Wife Got Married membolehkan beliau untuk memenangi kategori Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Filem Blue Dragon[4]. Beliau turut menerima pencalonan di beberapa majlis anugerah lain.
Pada tahun 2009, Son membintangi filem misteri, White Night.[5] Pada tahun berikutnya, beliau memilih untuk membintangi drama romantik komedi, Personal Taste.[6] Ia disusuli dengan filem romantik komedi seram, Spellbound pada tahun 2011.[7] Pada tahun 2012, Son membintangi filem blockbuster, The Tower, sebuah buatan semula filem Hollywood tahun 1974, The Towering Inferno.[8] Beliau kembali ke televisyen pada tahun 2013 menerusi drama Don't Look Back: The Legend of Orpheus.[9] Beliau kemudiannya membintangi filem Blood and Ties.[10]
Son bersatu semula bersama Kim Nam-gil di dalam filem tahun 2014, The Pirates. Filem ini menerima ulasan bercampur tetapi mencatat kejayaan komersial. Persembahan lakonan Son di dalam filem ini membolehkan beliau untuk memenangi kategori Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Grand Bell. Son kemudiannya membintangi filem komedi gelap, Bad Guys Always Die bersama pelakon Taiwan, Chen Bolin. Filem ini merupakan sebuah penerbitan bersama diantara China dan Korea Selatan dimana penggambaran mengambil tempat di Pulau Jeju.[11]
Pada tahun 2016, Son bersatu semula bersama bintang My Wife Got Married, Kim Joo-hyuk di dalam filem seram ngeri politik, The Truth Beneath.[12] Beliau memenangi kategori Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Filem Buil ke–25 dan Anugerah Pengkritik Filem Busan ke–17.[13][14] Beliau kemudiannya melakonkan watak Puteri Deokhye di dalam filem biopik, The Last Princess.[15] Filem ini menerima ulasan positif daripada pengkritik filem dan mencapai kejayaan box office dengan kutipan AS$40.35 juta di seluruh dunia. Son dipuji oleh pengkritik filem untuk persembahan lakonannya.[16]
Pada tahun 2017, Son telah dipilih untuk berlakon di dalam filem seram ngeri jenayah, Negotiation bersama Hyun Bin.[17] Pada tahun 2018, Son membintangi bersama So Ji-sub di dalam filem Now I Will Meet You, berdasarkan novel Jepun Be With You.[18] Pada tahun yang sama, Son kembali berlakon di dalam drama selepas lima tahun menerusi drama JTBC, Something in the Rain.[19]
Tahun | Tajuk | Peranan |
---|---|---|
2000 | Secret Tears | |
2002 | Chi-hwa-seon | So-woon |
Lovers' Concerto | Shim Soo-in / Gyung-hee | |
2003 | The Classic | Ji-hye/Joo-hee |
Crazy First Love | Ju Il-mae | |
2004 | A Moment to Remember | Su-jin |
2005 | April Snow | Seo-young |
The Art of Seduction | Han Ji-won | |
2007 | Yobi, the Five Tailed Fox | Yobi (suara) |
2008 | Open City | Baek Jang-mi |
My Wife Got Married | Joo In-ah | |
2009 | White Night | Yoo Mi-ho / Lee Ji-ah |
2011 | Spellbound | Kang Yeo-ri |
2012 | The Tower | Seo Yoon-hee |
2013 | Blood and Ties | Jung Da-eun |
2014 | The Pirates | Yeo-wol |
2015 | Bad Guys Always Die | Ji-yeon |
2016 | The Truth Beneath | Kim Yeon-hong |
The Last Princess | Puteri Deokhye | |
2018 | Be with You | Soo-ah |
Negotiation | Ha Chae-yoon |
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran |
---|---|---|---|
2001 | Delicious Proposal | Jang Hee-ae | MBC |
Sun-hee and Jin-hee | Shim Sun-hee | ||
2002 | Great Ambition | Choi Dong-hee | SBS |
2003 | Summer Scent | Shim Hye-won | KBS2 |
2006 | Alone in Love | Yoo Eun-ho | SBS |
2008 | Spotlight | Seo Woo-jin | MBC |
2010 | Personal Taste | Park Kae-in | |
2011 | Secret Garden | Diri sendiri (kameo, episod 20) | SBS |
2013 | Don't Look Back: The Legend of Orpheus | Jo Hae-woo | KBS2 |
2018 | Something in the Rain | Yoon Jin-ah | JTBC |
Tahun | Anugerah | Kategori | Kerja | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2001 | Anugerah Drama MBC | Pelakon Baru Wanita Terbaik | Delicious Proposal, Sun-hee and Jin-hee |
Menang |
2002 | Anugerah Persatuan Pengkritik Filem Korea ke–22 | Pelakon Baru Wanita Terbaik | Lovers' Concerto | Menang |
Anugerah Filem Blue Dragon ke–23 | Pelakon Baru Wanita Terbaik | Tercalon | ||
Anugerah Filem Korea Pertama | Pelakon Baru Wanita Terbaik | Tercalon | ||
2003 | Anugerah Seni Baeksang ke–39 | Pelakon Baru Wanita Terbaik (Filem) | The Classic | Menang |
Anugerah Grand Bell ke–40 | Anugerah Populariti | Menang | ||
Pelakon Baru Wanita Terbaik | Menang | |||
Anugerah Filem Blue Dragon ke–24 | Anugerah Bintang Popular | Menang | ||
Anugerah Filem Korea ke–2 | Pelakon Baru Wanita Terbaik | Tercalon | ||
Anugerah Drama KBS | Anugerah Kecemerlangan, Pelakon Wanita | Summer Scent | Tercalon | |
2004 | Anugerah Filem Cinta Antarabangsa Moscow ke–9 | Pasangan Terbaik bersama Jo Seung-woo | The Classic | Menang |
2005 | Anugerah Filem Blue Dragon ke–26 | Pelakon Wanita Terbaik | April Snow | Tercalon |
2006 | Festival Filem Hundred Flowers dan Golden Rooster ke–15 | Pelakon Wanita Terbaik di dalam Filem Asing | A Moment to Remember | Menang |
Festival Filem Asia Pasifik ke–51 | Pelakon Wanita Terbaik | April Snow | Menang | |
Festa Jam Tangan & Barang Kemas Antarabangsa Korea ke–4 |
Barang Kemas Terbaik | — | Menang | |
Anugerah Drama SBS | 10 Bintang Teratas | Alone in Love | Menang | |
Anugerah Kecemerlangan Tertinggi, Pelakon Wanita | Menang | |||
2007 | Anugerah Festival Model Asia ke–2 | Anugerah Bintang Model | — | Menang |
Anugerah Seni Baeksang ke–43 | Pelakon Wanita Terbaik (TV) | Alone in Love | Menang | |
Anugerah Reka Bentuk & Fesyen Korea | Anugerah Ikon Fesyen | — | Menang | |
2008 | Anugerah Style Icon Pertama | Style Icon - Pelakon Wanita | — | Menang |
Wanita Fun Fearless | — | Menang | ||
Anugerah Barang Kemas Korea Pertama | Anugerah Berlian | — | Menang | |
Anugerah Pemakaian Terbaik Korea ke–25 | Pemakaian Terbaik - Bintang Filem Wanita | — | Menang | |
Anugerah Filem Blue Dragon ke–29 | Pasangan Terbaik bersama Kim Joo-hyuk | My Wife Got Married | Menang | |
Anugerah Bintang Popular | Menang | |||
Pelakon Wanita Terbaik | Menang | |||
Festival Filem Universiti Korea ke–4 | Pelakon Wanita Terbaik | Menang | ||
Anugerah Filem Korea ke–7 | Pelakon Wanita Terbaik | Tercalon | ||
2009 | Anugerah Seni Baeksang ke–45 | Pelakon Wanita Terbaik (Filem) | Menang | |
2010 | Anugerah Budaya & Seni Korea Pertama | Anugerah Utama, kategori Pelakon Filem | White Night | Menang |
Anugerah Seni Baeksang ke–46 | Anugerah InStyle | — | Menang | |
Anugerah Saluran Penerbit Asia-Pasifik (APN) ke–5 | Anugerah untuk Figure di dalam Filem Asia | — | Menang | |
Anugerah Filem Blue Dragon ke–31 | Anugerah Bintang Popular | White Night | Menang | |
2012 | Anugerah Seni Baeksang ke–48 | Pelakon Wanita Terbaik (Filem) | Spellbound | Tercalon |
2013 | Anugerah Drama KBS | Anugerah Kecemerlangan, Pelakon Wanita di dalam Drama Pertengahan Panjang |
Don't Look Back: The Legend of Orpheus | Tercalon |
Anugerah Kecemerlangan Tertinggi, Pelakon Wanita | Tercalon | |||
2014 | Festival Filem Fantastic Antarabangsa Puchon ke–18 | Anugerah Pilihan Penerbit | — | Menang |
Anugerah Grand Bell ke–51 | Pelakon Wanita Terbaik | The Pirates | Menang | |
Anugerah Filem Blue Dragon ke–35 | Pelakon Wanita Terbaik | Blood and Ties | Tercalon | |
Anugerah Malam Pelakon | Bintang Terkenal Korea | The Pirates | Menang | |
2015 | Anugerah Max Movie ke–10 | Pelakon Wanita Terbaik | Tercalon | |
Anugerah Seni Baeksang ke–51 | Pelakon Wanita Terbaik (Filem) | Tercalon | ||
Anugerah Gambar Akhbar KOPA & NIKON ke–4 | Pelakon Wanita Paling Fotogenik | — | Menang | |
2016 | Anugerah Filem Buil ke–25 | Pelakon Wanita Terbaik | The Truth Beneath | Menang |
Anugerah Persatuan Pengkritik Filem Korea ke–36 | Pelakon Wanita Terbaik | The Truth Beneath, The Last Princess | Menang | |
Anugerah Filem Blue Dragon ke–37 | Pelakon Wanita Terbaik | The Last Princess | Tercalon | |
Anugerah Populariti | Menang | |||
Anugerah Pengkritik Filem Busan ke–17 | Pelakon Wanita Terbaik | The Truth Beneath | Menang | |
Anugerah Persatuan Penerbit Filem Korea ke–3 | Pelakon Wanita Terbaik | The Truth Beneath, The Last Princess | Menang | |
Anugerah Wanita Di dalam Filem Korea ke–17 | Pelakon Wanita Terbaik | The Truth Beneath, The Last Princess | Menang | |
Anugerah Grand Bell ke–53 | Pelakon Wanita Terbaik | The Last Princess | Menang | |
2017 | Anugerah Filem KOFRA ke–8 | Pelakon Wanita Terbaik | Menang | |
Anugerah Filem Asia ke–11 | Pelakon Wanita Terbaik | Tercalon | ||
Anugerah Seni Baeksang ke–53 | Pelakon Wanita Terbaik (Filem) | Menang | ||
Anugerah Seni Filem Chunsa ke–22 | Pelakon Wanita Terbaik | The Truth Beneath | Menang | |
2018 | Anugerah Seni Baeksang ke–54 | Pelakon Wanita Terbaik (Filem) | Be with You | Tercalon |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.