From Wikipedia, the free encyclopedia
Skon (bahasa Inggeris: scone ; Jawi: سكون) ialah sejenis roti cepat/kek yang biasanya dibuat daripada tepung gandum, barli atau mil oat dengan serbuk penaik sebagai agen pengikat dan dibakar di atas kuali leper. Skon sering diperisakan manis dan kadangkalanya diberus dengan lapisan kuning telur sebelum dibakar.[1] Ia ialah komponen asas hidangan-hidangan teh krim (cream tea) atau Devonshire (Devonshire tea). Kuih ini berbeza daripada pai epal atau mana-mana roti manis lain yang dibuat dengan menggunakan yis.
Skon | |
---|---|
Jenis | Kek atau roti cepat |
Tempat asal | United Kingdom |
Bahan utama | Gandum, barli atau oat |
sunting · sunting di Wikidata |
Skon orang Britain sering kali mempunyai rasa manis, tapi ada juga skon yang dibuat dengan rasa berlauk. Isinya termasuk kismis, buah anggur, keju atau kurma. Di Scotland dan Ulster, skon jenis berlauk termasuk soda scone (atau soda farls) dan skon kentang (dikenali sebagai tattie scone) yang menyerupai lempeng kecil nipis berlauk yang diperbuat daripada kanji kentang. Skon kentang paling biasanya digoreng dan dihidangkan dalam hidangan full Scottish breakfast atau Ulster fry.
Jenis skon lain yang sering didapati ialah skon titis (drop scone)[2] yang berbentuk seakan-akan penkek yang mana adunan dituangkan ke pemanggang atau kuali untuk memasaknya, dan skon air limau (lemonade scone) yang dibuat dengan air limau dan krim menggantikan mentega dan susu. Terdapat juga skon buah (fruit scone/fruited scone)[2] yang berbentuk seperti skon bulat biasa, dibuat dengan mencampurkan buah-buahan seperti anggur, sultana, kulit buah dan halwa ceri dalam doh.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.